Monday, August 13, 2007

[Fotopages] Welcome To Ashadieeyah's photoPages



Assalamulaikum

Selamat datang ke rumah Asha. Rumah Asha ada 3 orang iaitu daddy, mummy dan juga Asha...Sekarang ni dah tambah 2 orang lagi iaitu Xiao Yi (makcik bongsu Asha) dan “nenek indon” (pengasuh Asha)

Nama penuh Asha ialah Ashadieeyah Sofea Saw binti Mohamed Faizal. Nama ni diberi oleh mummy dan juga mak U-G"Asha. Asha lahir pada 18/5/2007 pukul 1:44 tengahari di PPUM. Menurut daddy, masa tu dia berada di masjid nak sembahyang Jumaat...Kesian dengan mummy seorang diri di labour room untuk melahirkan Asha...

Asha mempunyai banyak nama, kadang-kadang Asha sendiri pun confuse…
daddy panggil Asha --“buchuk daddy”
mummy panggil Asha -- “baby”
Xiao Yi panggil Asha --SU FEI 蘇菲
Umi dan mak U-G panggil Asha –Asha
Abang Syamil (sepupu Asha) panggil Asha – baby Asha…

Begitu juga ketika mereka bercakap dengan Asha, pelbagai bahasa digunakan…ada Melayu, Inggeris, Hokkien dan Mandarin…Sampai Asha pening mendengarnya…Tapi sebagai tanda hormat dan sopan santun, Asha senyum dengan mereka tak kira bahasa apa yang mereka gunakan…Mereka begitu teruja apabila melihat Asha senyum terhadap mereka...Hahahaha…

Hari ni, Asha berusia 2 bulan + 25 hari…Lagi 5 hari, Asha berusia genap 3 bulan.