Tuesday, March 31, 2009

kenyang...alhamdulillah

dsc03306
my bebe

dsc03307
pelanggan sila pilih prize masing-masing untuk dimasak...

dsc03309
prize kami...ikan kembung

dsc03310
burung puyuh...1st time makan burung ni...i sumpah i tak akan makan spesis burung ni lagi...

minggu lepas...

kami pergi ke birthday makan makan adriana amani...

img_0001

img_0003

img_00061

i tak ambik banyak gambar sebab i malu...nasib baik ada linda, linn linn dan sue...terjumpa kak mimi, hirda, sham, wanie dan ramai lagi yang i cam muka tapi tak berapa nak ingat nama...

Monday, March 30, 2009

adjust mood

tengah adjust...

mood deman,
mood nak sepak muka sicelakaktu,
mood mengantuk,
mood blogging.....

sendiri mau ingat

Bila kena kat anak sendiri,
barulah tau apa tu 'SAKIT'...

img_0030
doktor cakap, benjol tu akan bertukar-tukar warna...mula-mula warna merah, then biru, then hijau, last sekali kuning...

takpe bebe,
kejatuhan akan membuat kita lebih kuat!
kita kena bangun!!
maka kita adalah winner!!!

sakit hati or hati sakit

sakit hati ialah perasaan marah+ geram yang buat kita sangat-sangat marah dan hilang kawalan diri...macam nak sepak muka orang...

hati sakit pula ialah perasaan sedih apabila orang yang kita sayang tu mengalami kecederaan...kalau boleh biarlah kita tanggung untuk pihaknya...

semalam satu hari i terperuk kat rumah SIL ke-2...FIL datang dari perak...tapi dalam pukul 1 tghari...dia dah belah balik perak...maklumlah isteri kesayangan tak datang...Then...anak-anak dia pun berkumpul kat rumah SIL ke-2 kat taman datuk harun tu...

lepas pi kenduri kawin, i ingat balik rumah SIL ke2 tu mandikan bebe dan nak bertolak ke rumah as...i suruh hubby mandikan bebe sebab i dah nak pitam masa kat kenduri kawin...tapi somi kesayangan i ni dok tengok sukan...i dah naik benggang...i bangun nak mandikan bebe...entah macam mana, masa bebe nak jalan ke bilik air...tergelicir jatuh...geram sangat i...tukang cakap banyak sangat...tukang tolong tu sikit...i lepaskan geram kat bebe...pok sekali kat paha bebe...

Then, bila bebe dah siap, somi kesayangan i masih lagi tak ada niat nak keluar...masih lagi ada hati nak berborak dengan kakak kesayangannya dan bermain dengan anak buah kesayangannya...Bebe dah mengantuk...so bebe pun dah terlena...

bila bebe dah terlena...SIL 1st tu suruh kami berdua pi rumah kawan i...biar bebe tidur kat rumah...haloo...ini birthday budak, bukannya birthday orang besar...kalau tak bawa bebe, lebih baik jangan pi...i pun merajuk laaa...nasib baik somi kesayangan i memujuk...dan angkut bebe pi ke rumah as....

so, huhahuhahuha di rumah as...kami pun balik laaa...balik ke rumah SIL ke-2 tu lagi...nak pi rumah jiran baik mereka...(saudara-mara jiran baik mereka datang rumah, adik-beradik somi nak pi bermesra dengan saudara mara orang...pelik betul...dengan makcik dan pakcik sendiri pun tak begitu baik...)

masa somi tengah parking, i pun tanya somi, nak naik lagi ke? suruhlah mereka turun...Somi kata naik lah dulu...

fine...naiklah dulu...Bila naik saja...peristiwa dah berlaku...

somi dukung bebe, ketuk pintu...sil 1st tu datang buka pintu...then sil 1st tu dukung bebe...somi masauk, diikuti i...

sil 1st tu letak bebe kat atas kerusi dan dia duduk di sebelah bebe...somi tak sabar-sabar buka sukan...i lalu depan bebe and nak bersila di atas lantai...

Tiba-tiba i terdengar bunyi macam ada benda jatuh...pandang ke belakang, bebe dah ada di atas lantai...dengan kepala lipat...i jerit...bebe menangis...

sil 1st yang duduk di sebelah bebe tu angkat bebe...dakap...i nak ambik pun dia tak nak kasi...celakak betoi....

dahi bebe dah benjol..besar sangat...

masa tu memang i dah marah...marah sangat...marah sebab kenapa dia tak tengok budak yang dok di sebelah dia...marah sangat kenapa dia nak letak anak i di atas kerusi...anak dia sendiri pula letak di atas lantai....

bila benda dah jadi, asyik dok cakap...budak tengah lasak, budak memang macam ni, bebe tak cukup tidur...mengantuk...mereka redha dengan apa yang berlaku...mereka tidak sedar ke ini adalah kecuaian orang dewasa? come on laaa...bayangkan semalam tu, i yang letak anak dia kat atas kerusi, then anak dia yang jatuh...rasanya i dah tak ada nyawa nak tulis entry ni lagi...silap-silap dia pergi ke dapur keluarkan pisau...potong i 10 kerat...

anak diaorang anak emas, anak i rumput...jatuh 10 kali pun takpe...tapi anak dia jangan jatuh sekali...

bila anak kita dah jatuh...kenapa pula nak compare-comparekan anak dia pun jatuh, benjol sana benjol sini...

Apa? tiba-tiba nak berlawan pula siapa jatuh paling banyak kali, benjol siapa paling besar?

Lepas tuam dengan ais...i dah bising-bising bawa pi klinik sebab i nampak kepala bebe terlipat...tapi tak ada seorang pun percaya kat i...i ajak somi pi klinik....sekali dia dia buat endah tak endah...apa kakak kedua dia dah masak entah apa kuih pisang yang macam t#hi tu...nak makan dulu...then kena tunggu lepas maghrib...then tunggu pula makan malam...8 malam baru bertolak balik...

i sangat sedih tau...orang buat macam ni kat anak i....ini bukan benda nak jadi!! OK! ini kecuaian orang dewasa ok!!!!

terus terang i kata, i memang tak suka family somi...SIL ke-2 tu i tak benci sangat...yang lain tu...pi laaa mampus....!!!

memang i pendendam...i benci apa yang telah mereka buat ke atas i...i akan ingat sampai i dah masuk kubur pun, i akan merangkak keluar balik...bagi tau kat diorang "i hate u"...

Friday, March 27, 2009

Dah mati

dsc03302
Baru perasan lesen memandu sudah mati!!!
How???
Petang nanti kena ambik bebe! esok kena hantar bebe ke nursery lagi!!
How???
ada siapa-siapa nak tolong i hantar dan ambik bebe???

bebe yang baik

bebe sangat sangat baik 2 hari ni...
...hanya sekali buat i marah iaitu ketuk tangan i dengan senduk...

i picit picit kepala,
i bagi tau bebe, kepala mummy sakit...tolong picit
dia pun cubit dahi i
hohoho...terus hilang sakit kepala

bila tengah malam i terjaga untuk makan ubat...dia pun turut terjaga...
dalam kegelapan, boleh nampak matanya terbuka dan dok senyum-senyum dengan i...
i tanya dia mau susu tak?
dia nanak...
then i bagi dia air kosong,
dia minum air kosong dan self service
i tak larat nak layan dia...
selalunya kena garu belakang badan dia...
tapi 2 hari dia boleh tidur sendiri tanpa garu belakang...

kita yang asyik ingat mereka masih lagi kecil...
apa-apa pun tak tau
tapi actually mereka juga memahami...
cuma mereka tak tau nak tunjukkan aje...

dah tak larat

i still pi kerja....tak MC...
pergi tidur kat office

kepala berat...
kerongkong bengkak dan sakit...telan air liur pun sakit
selsema...satu kotak tisu dah habis
satu badan sakit...sampai nak dukung bebe pun tak larat

beli ubat deman dan selsema
makan ubat hilangkan bengkak pun tak jalan...
kena makan antibiotik kot!!!!

Harga Sebuah Kereta & ANAK

email foward-foward yang i dapat...
kalau ia adalah kisah benar...memang menyedihkan...
harus kita jadikan sebagai iktibar dan pengajaran......



Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata
majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak
itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng
kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.





kan ada 1 iklan yang anak-anak buang remote control ke dalam aquarium...mengecat tv...

apa yang harus kita lakukan sekiranya berlaku ke atas kita?

Peluk anak tu dan memberi pujian kepadanya...

rasanya i pun akan pukul anak tu terlebih dulu...

Thursday, March 26, 2009

Tengah rajin...

dsc03301

dengan tekunnya translate komik dan pada masa yang sama 'dengar' movie yang dapat award...

Turn maknya pulak

bebe dah sembuh,
turn i pula yang selsema, deman panas, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan...

tengah malam tadi...dalam 3.30am...
lepas bergelut dengan kesejukan...
akhirnya i gagah bangun juga...

check suhu
38.4
satu badan tak selesa...

i suruh my sis pi tidur dengan bebe,
i nak pi hosp gov...

halangan 1:
kereta kena block...
kena remove 3 biji kereta...
terpaksa minta bantuan tauke mamak tolak kereta

halangan 2:
sampai kat hosp gov...
kat kaunter pertanyaan,
permintaan i dah ditendang...
boy tu suruh esok pagi pi klinik kerajaan kat pekan ampang...

i malas nak argue dengan dia...
masa tu tak ada seorang pesakit kat ER pun...
kalau ada ramai pesakit,
i boleh faham juga...
sebab kes i ni small matter aje...
mungkin mengganggu big kes kan...
ni 1/2 manusia pun tak ada...
apa salahnya kasi i jumpa doktor...
apa salahnya merawat i

ataupun diaorang beranggapan...
i orang dewasa...
mampus pun tak pe...

yes...
i dah dewasa,
terencat akal pun dah tak pe...
yes...
i dah dewasa,
tersumbat hingus dan menyebabkan kesesakan nafas pun tak pe...

mungkin ini prosedur diorang
tapi
tapi
kenapa sebelum ni
i pi dengan somi tengah malam buta
dia kasi i jumpa doktor

kenapa kali ni i pi seorang
dia halang i jumpa doktor?

bukan i,
adik i high fever pi pun ditendang balik...
suruh tunggu esok pagi pi klinik kerajaan...
then
somi bawa pi,
barulah pihak hosp sudi membenarkan my bro jumpa doktor...

adakah i tak merangkak pi hosp
sebab tulah nampak i masih sihat?


bayangkan kalau i miskin,
kebetulan hanya tinggal 40 ringgit untuk akhir bulan ni...
pi klinik kerajaan bukannya bayar 1 ringgit...
ikut harga ubat juga...
macam mana tu???


ishhh
ishhh
ishhh


dsc03296
tutup aje laaa kalau memilih sangat...

dsc03297
boy tu kasi i 4 biji ubat deman..untuk tahan sampai esok pagi...dia pesan jangan over dos...

dsc03298
bebe terjaga...

doakan i cepat kaya
i nak tukar duit syiling 1 sen
i nak kambus hosp tu dengan 1 sen...

Wednesday, March 25, 2009

makcik yang lapar kebulur

ini dia kisah makcik yang buli kami masa makan-makan seafood

img_0038
makcik yang baru sampai terus datang ke meja kami dan tanya kami dah siap belum (kami dah 50% loading makan, sisa makanan dah bertaburan...)...kami dengan sopan santun jawap belum...then, makcik tu yang dalam lingkungan 40-an tu seolah-olah tak ada maksud nak berambus dari meja kami...dia bersandar di meja kami bersama-sama dengan 2 orang anaknya dengan menyampaikan mesej kepada kami "halo, kamu bertiga, cepat berambus...makcik nak makan"...i yang terima mesej tu, cepat-cepat kelip-kelip mata 7 kali dengan my hubby "makan pelan-pelan, biar makcik tu tunggu!" hubby kelip mata 2 kali yang bermaksud 'OK'...

pastu kami pun slow motion makan ketam...makan kerang...makan nasi...
makcik dah mula menunjukkan ke'tidaksabar'annya...dia nak tarik kerusi kosong di sebelah hubby...kerusi tu i letak beg i...mesti dalam hatinya maki hamun kat beg i...'beg pun nak duduk kerusi ke?'...
pastu...
img_0040
Kami berdua nyaris jatuh dari kerusi sebab dia suruh anak dia pi ambik kerusi kat tempat lain untuk dia! nampak tak? dia duduk semeja dengan kami!!!!!

i pandang laki i, laki i pandang i...pastu kami dua-dua pandang makcik tu...tapi makcik tu buat bodoh!!!!

mana ada selera nak makan lagi??? hati memang dah tak syiok...privasi dah tercabul...

kami pun buat bodoh laaaa...anggap makcik tu tak wujud... pelan-pelan makan dan bual-bual kosong yang penuh dengan kepura-puraan...

akhirnya makcik dan keluargannya dapat meja lain...so, mereka pun berambus dari meja kami...lepas makcik tu selamat duduk di atas kerusi, hubby pun pergi bayar ...turn kami pula berambus...

rasanya tak salahkan kalau makcik tu cakap dengan kami, dia nak duduk sementara dapat meja...mungkin kakinya sakit ataupun dia pregnant...mesti i akan bagi kerusi yang i letak beg tu kat dia...

rasanya tak salah kalau makcik tu duduk berjauhan dari meja kami, tak semestinya nak duduk semeja dengan kami sambil letak sikunya di atas meja kami...

moral dari cerita ni...alas perut sebelum anda keluar makan...kalau tak anda pasti tak larat nak berdiri menunggu meja kosong...hehehehehe

makan dengan kitty cat

img_0096
tengah makan roti dengan kitty cat!!! bila kitty cat tak buka mulut, bebe marah kitty cat!

bebe dah pandai menabung! pantang tengok duit syiling...dengar bunyi syiling pun tak boleh...mesti dia minta syiling...pastu masukkan ke dalam kitty cat yang zana kasi tu!!

H.A.P.P.Y G.I.R.L

img_0095
payung pink ni beli di Guardian dengan harga 5.99 dan beg disney tu beli kat buy sell n trade 5 ringgit

hari ni masih di bawah jagaan my sis...kebetulan my sis cuti seminggu, so dia merelakan diri nak jaga bebe...

fever bebe dah terkawal...(but but but semalam tengah malam panas balik)
hingus hijau dah berubah kepada hingus yang berupa air...

Tuesday, March 24, 2009

malas nak pregnant

cewah...
bunyi macam berlagak pula kan...
macam laaa senang sangat nak pregnant tapi i yang tak mau aje kan...

memang bukan senang nak pregnant
selain usaha somi isteri
kena tengok juga Tuhan mau kasi ataupun tidak...

hari ni tergerak hati nak tulis post ni sebab ternampak post raihan 'short note'...n pada masa yang sama bayar hutang sham yang i janji nak buat tajuk ni beberapa minggu yang lepas...

alhamdulillah laaa
selepas 2 bulan kawin,
dapat good news yang i pregnant...

luckly i tak tegas dengan cita-cita i
nak berdua-duaan selama 2 tahun
kalau tak, tak adalah bebe lagi...

sepanjang pregnantkan bebe
memang senang laaaa...
memang enjoy sangat...

review jap apa yang i buat 10 bulan tu:
-kerap morning sickness time gosok gigi
-2 kali kejang kaki tengah malam yang jerit macam han2
-sekali tergelincir di depan bilik air...
-sentiasa panas sampai gaduh dengan officemate group majalah weekly sebab mereka buka fan air cond...
-menangis sebab kaki bengkak
-suka makan pizza...
-tak boleh makan nasi di rumah sendiri...

then, masa bersalin bebe pun tak sakit
i cakap kat orang
tapi orang tak percaya
hehehehe...sebab i inject epidural maaaa
tapi sebelum inject epidural tu
sakit like a hell laaa

disebabkan dah inject epidural
sampai nak teran pun tak tau...
i teran sampai muka i merah..
tapi anak tak keluar-keluar pun...
hehehehehe...
sangat kelakar bila fikir balik....

bila anak dah keluar...
uri i pula tertinggal kat dalam
kena bawa pi operation nak keluar kan uri
operation yang dimaksudkan tu
bius

tukar watak?

dsc03160

keadaan bebe

:: masih lagi deman panas
:: hingus yang pekat dan hijau
:: ada sikit-sikit batuk
:: t#hi cair

sebulan yang lepas...

iaitu 23/2/2009 @ JJ Maluri

dsc03163

dsc03164

dsc03162

mula-mula bebe agak malu-malu dan teragak-agak...maklumlah tak pernah main benda macam ni...lepas tu...main sampai baring...buat macam katil sendiri...

Monday, March 23, 2009

Makan untuk jadi super m.o.m

supermom_lrg-copy1
credit to www.thedoodgirl.com

selepas 24 jam,
akhirnya i terpaksa menamatkan mogok makan
supaya i boleh jadi super mom to bebe...

she is sick...poor bebe

csc_0122

dsc_0097

dsc_0115

pet house

kat great eastern mall...

dsc03279

dsc03280

dsc03281

dsc03283

bebe masih deman

4 jam 4 jam dok makan ubat spare...
tapi demannya naik dan surut...
sekarang ni
macam dah ada selsema (hingus hijau)
dan sedikit batuk-batuk
nanti nak minta keizinan boss
nak bawa bebe pi klinik...

kang ni bebe kat rumah dengan my sis
kesian laa nak hantar nursery...

Sunday, March 22, 2009

PC rumah rosak!!!

rosak pada masa yang tidak tepat!!!
sebab sudah tak ada bajet!!!
kena tunggu next month lor!!!!!

buat masa ni
i rembat hubby punya laptop...
untuk update blog

bebe deman panas

bebe deman panas!!!

lepas makan ubat,
kepanasannya terkawal...

lepas tu
kepanasan badannya mula meningkat...

huhuhuhuhu

kalau ubat spare tak mampu nak kawal deman panasnya...
kena bawa bebe pi klinik ambik ubat lor!!!

nasib baik hubby ada...
pandai betoi bebe memilih masa nak deman!!!

Saturday, March 21, 2009

Gu, naa!!!

dulu
kalau bebe sebut 'Gu,naa'
i ingat bebe cakap hokkien...yang bermaksud 'Nak lagi'
so, i sangat bangga laaa sebab bebe tau cakap hokkien...

sekarang
kalau bebe sebut 'Gu, naa'
I akan sebut...'mummy'...'bu shi cikgu'
then i buat tak layan dia sehingga
dia sebut 'amiii'

Adakah patut dia panggil i 'cikgu'?
ishhhh
kalau panggil i mama,
boleh laaa juga i accept
ni panggil i 'gu'
i memang angin satu badan kalau bebe panggil i 'gu'

bayangkan
lepas ambik bebe dia nursey sehinggalah dia tidur..
berpuluh-puluh kali dia panggil i 'Gu'...
ohhh tidak!!!
i tak boleh terima tamparan yang sehebat ni...
sebab...
bebe hanya ingat kat 'cikgu' kat nursery
and
bebe ingat i ni 'cikgu' kat rumah...

apasal dia tau sebut 'daddy' setiap kali nampak daddy dia,
walaupun seminggu jumpa sekali...

apasal dia panggil i 'Gu',
walaupun my sis tanya dia mana 'mummy',
bebe tunjuk i
Tapi kenapa dia masih panggil i 'Gu'!!!!

oh! tidak!!!
teringin nak hantuk kepala kat dinding...

Amaran!!
Jangan ketawa!!!
i tak menghalalkan!!!!

Tak ada apa-apa laaa (part 2)

semalam i tidur-tidur ayam...i tak dapat tidur lena sebab ketakutan...kejap-kejap buka mata...takut tapi nak tengok!!! gila kan!!!

ni sambungannya....

bebe masuk bilik tidur dalam 8 lebih, then 10 lebih dia terjaga...
alang-alang dia dah terjaga,
so i pun transfer dia ke bilik my sis
(kan i dah cakap i dah tanam niat nak tidur di bilik my sis)

lepas bentang toto, lapik lagi satu toto di atas toto...
kami pun start baring...

selalunya

selalunya

walaupun bebe terjaga,
sekejap aje dia akan tidur semula...

tapi kali ni...
dah beberapa kali dia angkat kaki, mengeraskan badan, cucuk tangan dan mata dengan bucu bantal...
tapi masih tidak berjaya TIDUR!!!

then akhirnya dia menangis...

disebabkan my sis esok kena pi kerja
dia perlukan tidur yang cukup,
kalau tak dia akan berubah jadi hijau!!!!
kikikiki
(my sis mengajar orang weekend...weekday dia diajar orang pula)

so, i pun bawa bebe balik ke bilik kami walaupun i berasa takut sangat-sangat...
masa i tengah transfer selimut, bantal...
bebe pula keluar pi main kat hall
(tengah malam buta nak main pula)


then, i pun panggil bebe masuk bilik yang lampu terang benderang...
bebe dah baring atas katil...
tapi masih tak mau tidur...
tiba-tiba rajin nak belajar pula...
dia ambik buku dan dan i tunjuk gambar....

dah habis belajar...
dia nak keluar...
menangis ketuk pintu
sambil sebut 'mamamamamamama'

sudah!
sudah!
bebe panggil siapa?

bebe tak panggil i mama ataupun mummy
bebe panggil i 'GU' (cikgu)
(tolong jangan ketawa ya! i tak menghalalkan!)

i dah keras di atas katil...

i ambik hp, call hubby
i suruh dia dengar anak dia panggil siapa mamamamamama
hubby cakap dengan bebe...
tak jalan juga....
(berpuluh-puluh kali i call hubby sebab i takut...)

akhirnya kemarahan i dah mengatasi ketakutan!!!
i dukung bebe keluar dari bilik!
i buka semua lampu!!!
i tanya bebe mau apa!!!

of course
bebe buat tak endah!!!

then
i tanya bebe
"yao nen nen ma?"
"nen nen"
bebe nak susu
cepat-cepat i bancuh susu untuk bebe
lepas minum susu
bebe pun tidur!!

cis!
Cis!
Cis!

Rupa-rupanya nak susu aje!!!

tak ada apa-apa laaa...

bebe pandang balkoni belakang rumah lagi...
pandang-pandang kemudian tunjuk-tunjuk...
balkoni belakang tempat sidai pakaian...

so, i pujuk hati sendiri...
mungkin pakaian bergoyang kot...
that y bebe pandang-pandang and tunjuk-tunjuk...
tak ada apa-apa laaa....

tiba-tiba...
i teringat cerita yang sue bagi tau pasal maryam nampak 'kakak' kat rumah...

seram...takut...

malam ni kena pi tidur dengan adik i...
huhuhuhuhu

Friday, March 20, 2009

bebe ke?

img_0034-51

i terjumpa gambar ni terselit kat salah satu folder PC ofis i lepas pc i diformat...

(ohya! pc i sudah sihat sepenuhnya walaupun mengalami letupan dalaman...)

i nampak my hubby, tapi i macam tak berapa nak cam itu baby yang my hubby cium tu? anak sape tu?nyaris-nyaris tumpah cuka kecemburuan!!!

Oppsss...rupa-rupanya anak sendiri...anak sendiri pun tak cam...

gambar tu diambil feb 2008, bebe 9 bulan...

lutut bebe cedera

dsc_0008-copy

bebe jatuh di jalan bertar...berdarah...
asyik mengadu sakit...
masa nak bersihkan luka dia pun,
dia picit paha di sendiri...
mulut kecik dia asyik dok 'ohh...ohhh'!
mesti sangat sakit kan...

then, dia rampas kapas...
dia sapu luka tu sendiri...
dsc_0005-copy

malam tidur pun mengadu sakit...
sangat manja...

tak pe bebe,
mummy dah jampi kat luka...
nanti tak sakit lagi....

sedangbuatkerjaofisdirumah

walaupun mengantuk,
walaupun nak baring di sebelah bebe...
tapi
terpaksa dok kat depan pc juga...
sebab
nak siapkan kerja ofis!!

gila punya kerja kan!!!

i yang gila buat kerja macam tu!!!

Tak faham?

i sendiri pun tak faham!!!

wish me good luck!!!
boleh tidur sebelum 12 mid nite!!!

Thursday, March 19, 2009

nuffnang v.s advertlets

tak nafikan i memang

$mata duitan$

hohohohohoho

so

mana satu

yang memberi income yang lebih lumayan?

nuffnang?

ataupun

advertlets?

Adik bebe?

semalam i dok 'kemas kini' gambar bebe di ilovemybebe...
sekejap aje bebe dah besar...dah 2 tahun , sekejap lagi 4 tahun, 6 tahun, 8 tahun, 16 tahun, 20 tahun...kalau i panjang umur, masa tu i dah jadi makcik yang berumur 50++...

tak kenang budi kan!!

Picture ni diambil sept 2008, masa tu bawa mak angkat pi beli susu untuk cucunya yang baru lahir...bapa budak tu bz...mak budak pula tengah pantang...kebetulan kita pi rumah, so hubby merelakan diri bawa mak angkat pi shopping...
dsc01596

since bulan 11 2008 sampai sekarang i tak pi rumah mak angkat...

tak kenang budi kan!!! orang dah tolong macam-macam time kami kawin, bila dah senang lupakan olang pula....

aiiii...sejak kejadian duit raya RM1 tu dan anak mak angkat si intan tu dok tanya kenapa bagi duit kat mak dia, tak kasi kat bapa dia...i dah jadi malaaaasss...

tambahan pula last sekali kami pi rumah, si intan tu asyik dok bagi signal bagi duit kat mak dia...then, planning nak pi melaka...then, si intan tu cakap : 'takpe...faizal sponsor duit minyak...'...pastu asyik dok bagi tau kita olang...mereka susah ni...mereka susah tu...minta tolong cari kerja...tapi memilih nak mampus...nak kerja yang senang-senang...

kita bukan nak kira sangat pasal duit-duit ni...tapi kita orang pun tengah susah...duit investment 20k lingkup, pastu bulan-bulan kena bayar bank...memang nampak gaji besar, tapi hutang pun besar lor...

Takkan pi rumah olang dok habaq, kita susah ni, kita susah tu...mesti diam-diam kan...tulah yang diorang kita ni hidup 'mewah'...padahal, susah nak mampus...ada siapa tau!!

nak kasi banyak, kang bajet lari...kasi sikit, takut orang tanya kenapa kasi 20 ringgit aje...tak kasi, tak sedap hati pula...so, tak payah pi lagi senang....

bukan nak buat perbandingan, tapi ia adalah benar...mak i ataupun nenek i susah macam mana pun tak pernah mintak duit dengan anak-anak...kita kasi duit, diorang tak mau ambil...suruh kita simpan untuk sendiri pakai...then start laaa dok main tolak-tolak...kita tolak duit kasi diorang, diorang tolak balik kasi kita...then, terpaksa kita masukkan ke dalam poket diorang dan kita lari likang-pukang...

itulah perbezaan olang yang berharta dan olang yang tak berharta...
olang yang berharta sentiasa mengadu tak ada duit, olang yang tak berharta berlagak macam olang kaya...

pelikkan?
tapi ia adalah benar!!!

Earth Hour : Turn Off Your Light

earth

Jom
Jom
Jom
Jom

Kita buat sama-sama nak tak?

28 mac ni,
8.30pm-9.30pm
kita tutup lampu rumah kita ya!!!!



http://earthhour.org.my/

ah sou kutip sampah

Pagi ni masa hantar bebe ke nursery...jiran nursery bebe yang selang 10 biji buah rumah ada buang 'sebiji rumah banglo' kat rumah depan diorang...

mula-mula tak berani nak ambik...then, pergi round sekali lagi tengok...

Eh! rumah tu rumah kosong laaa...memang orang buang 'sebiji rumah banglo' tu laaa...

apa lagi...berhenti kereta...suruh my sis pergi angkut 'sebiji rumah banglo' masuk ke dalam kereta...

nak cepat, tapi pergerakan jadi lambat...then, asyik dok ketawa...nak cover itu cemas ambik barang orang tanpa izin orang dan nak cover perasaan malu sebab mungkin jiran-jiran lain nampak kami pungut sampah...

hehehehehe...

inilah sebiji rumah banglo yang belum siap dibina tuannya...
dsc03230-copy1

siap ada almari lagi ooooo...
dsc03231-copy1

masih belum tahu nak buat apa dengan 'sampah' ni...nanti i jahit langsir kat banglo ni dengan menggunakan sampah tempoh hari....

Wednesday, March 18, 2009

link-link

blog ni untuk olang tua-tua...
sebab
tak ada kemudahan yang blogspot ada...
(ataupun i yang tak tau nak cari kemudahan yang ada pada blog olang tua-tua?)

link-link kat blog olang tua-tua ni
sekadar perhiasan untuk mencantikkan blog aje...
langsung tak klik pun..

walaupun http://sawsawlady.blogspot.com sudah pun dicantas oleh pakcik google yang kuat dengki dengan blog i tu....
namun blog yang i follow tu masih ada dalam dashboard...
so, semua link-link yang i suka tu berada di sana lor

masa blog i hilang,
i ada create 1 temporary blog
http://notitlepunya.blogspot.com
blog tu biarkan begitu saja...
so, jangan sia-siakannya
biarlah dia berbakti untuk i...
untuk menempatkan link-link yang boleh i habiskan masa di waktu kerja...
sekarang ni i sudah tukar url itu kepada
ilovemybebe

so, kalau u all tak nampak link kat sini...
jangan merajuk dulu...
pi kat sana tengok
kalau tak ada,
barulah merajuk!
OK!!!!!!

kalau kat sana tak ada juga link u all,
tolong kasi tau sama i
dengan menelefon no ni...
253548677942134643512 sambungan 1255

kalau no ni tak dapat dihubungi,
sebab i sangat bz...
so tinggalkan mesej di ruangan komen yang disediakan di i lovemybebe...
PA i akan menguruskan kes u all...
i sangat bz tau
OTW nak terbang ke kutub utara
nak tengok perkembangan pembinaan banglo i kat sana
sekian terima kasih...

Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . Up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
You are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every dinner, he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak


hmmm...jangan ketawa!!!!

bebe suka baby

masa pi gahtering thephotomama february hari tu...
kaum wanita dan anak-anak dok dalam rumah melayan anak-anak main toys
mak oii..
tuan rumah tu ada banyak toy...
bukan toy yang cap ayam kampung yang macam i beli kat bebe
tapi semua branded punya ooo...

bebe suka
i pun suka...

antara banyak-banyak toys tu..
bebe paling berkenan dengan 'baby'
usung ke sana , usung ke sini
siap berebut dengan budak lain...
huhuhuhuhu
malunya....
tapi apa boleh buat
ini 1st time dia jumpa 'baby'
kat rumah tak ada 'baby' pun
sebab dia punya daddy tak kasi beli...

kakak bebe yang sangat sayang baby
thephotomama-001

bawa baby main gelongsor
thephotomama-003

korek mata aje...sikit aje....
thephotomama-005

bebe nak adik????
thephotomama-007

Hujan Day, Tidur Day

pagi ni tersedar,
hujan...
apa lagi tarik selimut,
tidur lagi 5 minit....

suka hujan yang renyai renyai macam ni...
sejuuuuk aje...

ikut kalendar lunar,
sekarang adalah musim lawat kubur
so, banyak hujan...

Tuesday, March 17, 2009

Cadangan Tak bernas

ini adalah cadangan i yang tak lulus exam spm...
sampai nak apply apa-apa kerja pun tak boleh...cis
tapi,
cadangan i yang mampu mencelarukan kepala otak orang!!!!

Apa kata
setiap kali kita rasa tak puas hati...
kita adakan perlawanan tinju?

tinju3-copy

ada berani cuba tendangan ni?
mak!!! takutnya!!!
kalau kena, confirm gigi gugur 10 batang
muka bengkang macam balon!!

bila hati tengah panas...
apa yang dipedulikan...
marilah!
siapa takut sama siapa!!
yang penting lepaskan angin panas dalam badan dulu!!!
mati belakang kira


tapi kan
i rasa better gusti
gusti ni lebih mesra alam
walaupun teruk juga dibelasah...
sebab lama-kelamaan
ia akan cenderung ke sukan lain

hehehehehehe...

senyuman lebar sampai ke telinga

11.48am
dah call!
dah call pujuk-pujuk!

hehehehehehe

lalalalalalalalalalalalala

kan kan kan

kan tadi baru cakap!!!
wanita ni ada option untuk hilang ingatan tau!!!
wanita sangat hebat kan!!!!!

Hidup wanita!
Hidup wanita!
Hidup ahFoon!!!

Pujukan yang ditunggu-tunggukan

sedang menunggu pujukan...
belum sampai-sampai lagi...

kalau dulu 2 minit dah cepat-cepat pujuk...
sekarang dah 36 jam pun belum tentu pujuk...

kalau dulu, dok tunggu pujukan
sekarang pun masih dok tunggu pujukan...

Langsung tak ada kemajuan!!! Ciss! untuk diri sendiri
Bila dah dipujuk,
senyum lebar sampai ke telinga,
mata penuh dengan bling-bling
terus hilang ingatan...
buat-buat macam apa pun tak ada berlaku...
Macam dunia dia punya!!!
Oh! i sangat bahagia! i pompuan yang terbahagia di dunia ni!!!
hehehehehehehe


kenapa susah sangat nak mengekalkan hubungan sebelum kawin, baru kawin dan lama kawin?

dia tak suka i cakap pasal family dia, pasal kawan dia
i tak suka dia cakap pasal family i, adik beradik i...

kan bangsa yang sejenis...
tapi kenapa tak boleh hidup baik-baik?

bila sebut aje...
bom tangan terus dilemparkan ...
peperangan dingin tercetus...
darurat diistiharkan!!!

hohohoho

Macam musuh ketat dok kat satu bumbung!
bayangkan muka apabila nampak musuh...
macam tulah muka kami!!!

kelakar pun ada!!!
sifat kebudak-budakan masih lagi dibawa-bawa ke alam rumahtangga!!!
dulu,
tak faham kenapa mak bapa selalu gaduh!!
sekarang tak faham kenapa kita orang pula yang gaduh!!!

Mungkin masa kecik
i berikrar tak nak kawin
tapi bila dah besar gedik-gedik pi kawin
tu yang kena sumpahan?

sekarang ni,
buat apa pun kena berhati-hati,
cakap kena berhati-hati,
gurauan kena berhati-hati
kalau terlepas cakap,
satu pihak akan istiharkan perang dingin!!!

hohohohoho!

tunggu dan lihat laaa...
ataupun
..................

my bebe

s1-copy

my penawar hati- buchuk bebe!!!

L.I.F.E must G.O ON

inikah yang dipanggilkan
'life'?
'kehidupan'?

Ataupun ini adalah satu ujian dariNya?

Depan orang 'lovely couple'
Belakang orang 'busuk couple'

nak gaduh pun dah malas....

seorang ke ulu,
seorang ke hilir...

bukan sekali
dah banyak kali...
berapa kali lagi boleh tahan macam ni?

nomood

Iwasinnomoodtobehappy

kelab kutu celah gigi

biggggg-copy

kelab kutu celah gigi...
untuk orang miskin papa macam kami dah ditubuhkan!

Kelab kutu celah gigi bakal memalukan persatuan kutu sedunia...
sebab...
cabutan tak cukup 4 angka...
memalukan!!

kesian kat ketua kutu...sampai sekarang masih tak boleh dapatkan 10 orang...

kalau tak ada 10 orang
maka tak boleh nak berlagak dengan 1000 ringgit malaysia...

Kenapa begitu susah nak mecukupkan kuota?

ada 2 kemungkinan:
1. Orang tak percaya kat ketua kelab kutu celah gigi ni
2. Orang-orang sekarang ni sangat senang lenang belaka berbanding dengan kami yang papa miskin

semoga ketua kutu berjaya cukupkan kuota...
selamat maju jaya kelab kutu celah gigi!!!
Semoga dapat pergi bercuti ke new zealand dan london dengan cabutan kutu!!!!

kakakakakaka

Monday, March 16, 2009

Tak faham betoi

facebook
bagi i sedikit masa lagi...lepas ni i mesti teror...

mak oiiii...
susahnya...
banyak benda betoi...
sampai kepala i pening tengok...
tengok orang dok 'cakap-cakap'...
dari mana datangnya 'cakap-cakap' tu?

pastu,
ada request...
apa benda tu?
nak buat macam mana?
accept aje ke?

hahahahahaha

i akan study hard untuk lulus 'mukabuku'!!!

Burppppp

sia sia aje 2 minggu punya diet...

tapi

i tak menyesal....

sebab...

burppppssss...

ada faham?

hehehehe

makanan untuk 2 dewasa dan seorang budak kecil...

img_0021

img_0031
ikan siakap 3 rasa

img_0032
sotong tepung

img_0033
ketam sambal

img_0034
kerang bakar

img_0035
ikan pari untuk i sorang

sedaaaap...

total 53.70 tapi cashier kira 53.00 aje...

Terima kasih, datang lagi!!!

(kami kena buli oleh seorang makcik!!!...huhuhuhuhuhuhu)