Tuesday, March 10, 2009

Bihun Soto dan keow teow soto

i dan sis pergi pasar malam,
i nak beli bihun soto, tapi tiba-tiba tekak i nak makan keow teow soto pula...
so bila dah sampai gerai jual bihun soto...
i pun tunjuk kat bihun soto yang telah dibungkus dan tanya abang yang jual bihun soto
' ada bihun soto?'
' ni lah bihun soto!'
'tak! saya nak bihun soto!'
' Nilah bihun!'
mesti abang jual soto tu ingat i ni buta...bihun pun tak nampak!
then sis tepuk bahu i...barulah i terbangun...
'ok!ok!'

sebenarnya i nak tanya,
'ada keow teow soto?'
bukannya
'ada bihun soto?'

tapi dalam kepala i dok set...tukar bihun kepada keow teow, tukar BIHUN...BIHUN...BIHUN...so, i pun tanya bihun laaa....

disebabkan rasa malu...i tak beli bihun soto tu...

No comments:

Post a Comment