Friday, March 6, 2009

Just want to share

OMG! OMG!

SOALAN
salam kak aliya,
nani nak mintak nasihat sikit (banyak sebenarnya). nani tak tenang langsung hari ni. nani terlewat sampai sekolah 2 minit (silap tgk jam) pagi tadi. punchkad tulis 7.32, kelas nani pukul 7.30. walaupun tak merah, (lepas pukul 8 baru merah), nani tetap dah lambat 2 minit. 2 minit tu pada salary nani dah tak halal. macam mana nak asingkan (untuk tak digunakan) 2 minit tu dr RM gaji penuh yang nani akan dapat nnt? 2 minit tu bukan hak nani dah. :,,(

nani tak tau apa nk buat. nani dah bagitau mak, mak suruh ikut prosedur maktab bila jadi benda macam ni. ikut prosedur maktab, nani kena mintak tandatangan pengetua atau timbalan kat kad kuning nani tu, bhw nani terlambat dgn keizinan (nani akan bgtau alasan sebenarnye lah).

tapi hati nani masih tak tenang. nani taip ni pun sambil menangis, kak aliya. ape nani nak buat dgn dua minit yang nani takkan dapat balik dah tu? rasa bersalah sangat. lagi2 bile mak kata jangan tambah masalah, nnt susah. rase nk tukar kerja dibuatnya..nak start baru somewhere else di mana nani tak payah ade tompok hitam dalam rekod kehadiran... memanglah tak ada org tau kalau nani tak ckp..tapi benda tu tetap salah. nani cakap ke, nani tak cakap ke, tak hilang pun rasa berdosa nani tu.

mak kata, bila-bila ada masa penghujung period, tambah a few minutes dalam pengajaran sebagai ganti yang nani terlepas tu..tapi nani terfikir jugak, boleh ke hilang beban dalam hati nani ni dengan buat macam tu?

kalau kelas tu nani ganti aje takpe la. tp itu memang kelas nani pun.

ni lah nak mintak pandangan dan nasihat kakak, ape nak buat ye kak aliya?

solat taubat je yang nani mampu fikir, selain tu buat macam mak suruh..tambah a few minutes sebagai ganti (walaupun hari ni baru dimulakan dengan ice-breaking saja sebab budak2 belum pun dapat buku apa2 lagi).

selebihnya nani menangis je. takut sangat-sangat, kak aliya. 2 minit tu dah jadi dosa nani. Allah SWT marah!

kak aliya, nani sangatlah tak tau nak buat ape dah. =(


dari blogger adikmu yang sangat-sangat susah hati,
Nani.


bila i terbaca komen dari blog salah seorang blogger...i memang terperanjat habis laa...beliau baru 2 minit lewat masuk kerja aje dah tak tenang...apa akibat termakan salary yang tak halal? macam makan pork n minum beer ke?

kalau macam i ni yang masa kerja dok blogging, google tu, dok chatting tu macam mana...so, salary i tu tak halal lor...kalau termakan salary tu macam mana ni...
sebagai tebusan, i memang kena ambil kerja buat kat rumah untuk menggantikan masa yang i dok google n blogging tu lorr...takuutnya termakan salary yang tak halal...



JAWAPAN
Waalaikumussalam Nani,
Syukur alhamdulillah kerana masih ada orang seperti Nani untuk mengingatkan kita semua tentang kepentingan menepati masa.
Bertenanglah. Isyghtifar. Memang kita tidak dapat menggantikan masa yang telah pergi tetapi manusia juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bukannya sengaja lambat tetapi terlambat. Terlambat oleh faktor di luar kawalan manusia.
Pendapat Mak Nani memang benar. Sebab itulah guru-guru sentiasa bekerja lebih masa. Menghabiskan lebih banyak masa bersama pelajar dengan tujuan berkongsi ilmu, di samping mendapat pahala akan dapat 'cover-up' masa yang tidak dapat digunakan untuk pengajaran seperti cuti sakit, terlewat, mesyuarat dll. Dalam rutin kerja harian, kita perlu menepati masa tetapi apabila berlaku sesuatu di luar kawalan kita yang menyebabkan kita terlewat, kita perlu bersikap jujur. Kta ambil ikhtibar dariapda kesilapan dan teruskan hidup.
Semua yang berlaku pada Nani pagi ini adalah ketentuanNya.Nani sudah buat yang terbaik. Lakukan solat taubat jika ia mampu menenangkan hati. InsyaAllah kak aliya yakin dosa Nani akan diampuniNya. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.


Credit to kak aliya n nani

No comments:

Post a Comment