Wednesday, March 25, 2009

makcik yang lapar kebulur

ini dia kisah makcik yang buli kami masa makan-makan seafood

img_0038
makcik yang baru sampai terus datang ke meja kami dan tanya kami dah siap belum (kami dah 50% loading makan, sisa makanan dah bertaburan...)...kami dengan sopan santun jawap belum...then, makcik tu yang dalam lingkungan 40-an tu seolah-olah tak ada maksud nak berambus dari meja kami...dia bersandar di meja kami bersama-sama dengan 2 orang anaknya dengan menyampaikan mesej kepada kami "halo, kamu bertiga, cepat berambus...makcik nak makan"...i yang terima mesej tu, cepat-cepat kelip-kelip mata 7 kali dengan my hubby "makan pelan-pelan, biar makcik tu tunggu!" hubby kelip mata 2 kali yang bermaksud 'OK'...

pastu kami pun slow motion makan ketam...makan kerang...makan nasi...
makcik dah mula menunjukkan ke'tidaksabar'annya...dia nak tarik kerusi kosong di sebelah hubby...kerusi tu i letak beg i...mesti dalam hatinya maki hamun kat beg i...'beg pun nak duduk kerusi ke?'...
pastu...
img_0040
Kami berdua nyaris jatuh dari kerusi sebab dia suruh anak dia pi ambik kerusi kat tempat lain untuk dia! nampak tak? dia duduk semeja dengan kami!!!!!

i pandang laki i, laki i pandang i...pastu kami dua-dua pandang makcik tu...tapi makcik tu buat bodoh!!!!

mana ada selera nak makan lagi??? hati memang dah tak syiok...privasi dah tercabul...

kami pun buat bodoh laaaa...anggap makcik tu tak wujud... pelan-pelan makan dan bual-bual kosong yang penuh dengan kepura-puraan...

akhirnya makcik dan keluargannya dapat meja lain...so, mereka pun berambus dari meja kami...lepas makcik tu selamat duduk di atas kerusi, hubby pun pergi bayar ...turn kami pula berambus...

rasanya tak salahkan kalau makcik tu cakap dengan kami, dia nak duduk sementara dapat meja...mungkin kakinya sakit ataupun dia pregnant...mesti i akan bagi kerusi yang i letak beg tu kat dia...

rasanya tak salah kalau makcik tu duduk berjauhan dari meja kami, tak semestinya nak duduk semeja dengan kami sambil letak sikunya di atas meja kami...

moral dari cerita ni...alas perut sebelum anda keluar makan...kalau tak anda pasti tak larat nak berdiri menunggu meja kosong...hehehehehe

6 comments:

  1. memang makcik tue lapar kebulur.. kalau saya laa agak tersentap gak kalau jumpa makcik yg sebegini

    ReplyDelete
  2. ADUHHH... PADAN MUKA MAKCIK TU. SANGAT KURANG SOPAN. ELOK PON OLIE BUAT MCM TU. HEHEHHEHE.....

    ReplyDelete
  3. hadoiiii sungguh kurang hajar itu makcik... yerlah ckplah elok2 kan.... bukan kita nak marah pun... bila dia ckp camtu... kita yg elok2 ok pun jadi marah kan..

    ReplyDelete
  4. ish ish memang mengganggu selera makan... tak der budi pekerti la.. kot yer pun cakap la baik baik kan....

    salam ziarah kembali... selalu perasan awak singgah blog.. br ni sempat nyinggah..

    ReplyDelete
  5. apasal ngan makcik 2.....tertekan sgt ker perasaan nyer...hek eleh...

    ReplyDelete
  6. pergh sangat kurang sopan itu makcik. kebulur sangat ker sampai org lain makan pun nak terjah!

    eee kalo saya kat situ, silap2 saya terjah dia balik. Pantang tul aku kalo org kurang ajar waktu makan nih

    ReplyDelete