Wednesday, April 29, 2009

Impian Bali Hancur Berkecai

Peluang untuk pasport i siap sebelum 6 may adalah sangat nipis...peluang yang ada ialah 0.000000000000000001%

So, secara rasminya,

TRIP I KE BALI TELAH HANCUR BERKECAI!!!


dah 8 bulan tunggu, akhirnya habuk pun tak ada!!!


2

3

Bayangkan betapa kejamnya i terpaksa lambai-lambai dengan my sis, my brother, somi dan bebe yang berada flight...tak boleh i nak bayangkan...mesti i mengalir air liur sampai basah baju...

i suruh somi pi memandangkan pasport dia dah ada, bebe tak payah pi [dengki dengan bebe, so gunakan alasan dia masih kecik untuk teman i]...tapi somi cakap, 'nak pi sama-sama, nak tinggal sama-sama' walao eh...terharu sampai nak mampus...somi cakap tak ada makna dia sorang enjoy kat sana, bini dia mengalir air liur kat ofis...somi cakap kualiti time harus spend dengan bini dan anak tersayang...walao eh...nyaris i menangis kat depan pejabat imigresen subang...

ini pertama kali nak ke oversea[ke bukit kayu hitam tak dikira...sebab hanya jalan kaki menyeberangi sempadan...tak ada kelas...tak ada gaya sebab tak naik flight...ke hattyai pun tak dikira sebab hanya naik bas...i nak naik flight!!!!]...banyak dugaan dan susah nak mampus [ lebih kepada kesilapan diri sendiri dan percayakan pegawai yang ada niat nak menganiayai i kerana dengki dengan i nak ke bali]

Tak apa...mungkin tuhan nak kasi i pi tempat lain kot[alasan yang busuk]...mana tau i ada peluang ke Hawaii, barbados, bora-bora borak-borak sampai mulut berbuih dengan mimi...

aiyo...susah-susah sangat nak ke pulau antarabangsa...pi aje pulau tioman...tak payah pasport!!!

Amaran
akan terus post entry tak dapat pi bali[sehingga hati i rasa kebas dengan perkataan bali], sekiranya tak tahan dan rasa meluat!!! sila jangan baca!!!

1 comment:

  1. ish kalo fad pun mau meraung tuh... sib baik husband pandai jaga ati iya!

    ReplyDelete