Tuesday, April 14, 2009

pernah tak terfikir?

memang kita tak minta benda-benda yang tak baik menimpa kita...
dan sememangnya hidup dan mati berada di tangan tuhan...
tapi, pernah tak terfikir, bagaimana dengan anak-anak sekiranya sesuatu yang malang berlaku ke atas kita, contohnya kematian...

kalaulah kita dan pasangan mati, bagaimana dengan anak-anak? ke mana anak kita nak ditempatkan? dihantar kepada atok dan nenek kat kampung yang sudah tua? adik beradik kita yang bela mereka? kos kehidupan yang tinggi pada zaman ini, mampukah adik beradik kita membela anak-anak kita? ataupun anak-anak kita akan dihantarkan ke rumah kebajikan or rumah anak yatim?

in my case, rasanya anak-anak i tak boleh dibela oleh family i...sebab berlainan agama...so, tinggal adik beradik sawsomi aje...
tapi adik beradik sawsomi juga mempunyai anak-anak sendiri...mampukah mereka nak membela anak-anak i lagi? lain lah kalau ada harta yang ditinggalkan...tapi kang ni pun hutang keliling pinggang, macam mana nak kumpul harta...kuikuikui...so, macam mana dengan bebe? huhuhuhuhuhu...i tak sanggup nak fikir lagi....

semoga tuhan panjangkan umur kami, miskin ke, kaya ke, biarlah kami bersama-sama buat selama-lamanya....

No comments:

Post a Comment