Friday, April 17, 2009

tak romantik langsung...

Lagi 11 hari i akan muda 1 tahun lagi...31!!! nombor yang sangat cantik!!! Sejak i kenal cinta, i begitu berharap hari kengsaraan mak i dihabiskan dengan bf dan hubby...(anak yang tak kenang budi...lebih mementingkan cinta daripada kemuliaan mak sakit nak beranak...)

Mula-mula couple, ada present, card dan makan kat luar dengan bf ...kini hari kesengsaraan mak i hanya disambut dengan makan-makan kat luar saja...Mana pergi present i dan birthday card i? kenapa bf i yang kini digelar hubby sudah tak ada ke'romantik'an lagi? apakah punca yang menyebakan dia sudah tak ada ke'romantik'an lagi? adakah i yang selaku gf sudah turun pangkat jadi 'wife' yang tidak perlu lagi ambil hatinya ataupun risau dikebas orang? ataupun my kilograms dari 53kg meningkat menjadi 72kg dan turun balik 56.5kg ( pagi ni baru timbang) dan tidak boleh kembali kepada angka 53kg lagi? ataupun perut buncit i yang 1 lapis kini telah menjadi 3 lapis?
Sepatutnya...macam ni...[imaginasi sendiri]...pada hari kesengsaraan mak i (tepat 12 malam), hubby call ataupun send sms wish me happy birthday...(eh? 27 tengahmalam, hubby ada kat rumah laaa...i ingat dia kat melaka...kalau macam tu, dia datang bisik-bisik kat telinga i...i pura-pura tidur laaa)...Then, tiba-tiba lepas i balik kerja, hubby berada di rumah...hubby sedang menunggu kepulangan i...(birthday i jatuh pada hari selasa)...Then, dia tutup mata i, bawa i ke bilik...jantung i berdebar-debar...apalah hubby nak buat kat i...Dia buka mata i...
1000roses
1 jambak bunga rose 100 kuntum berada di atas katil dengan sekeping birthday card dengan tulisan yang jiwang-jiwang...(bebe datang nak memusnahkan bunga i, cepat-cepat i angkat tinggi-tinggi)...Then, hubby ajak keluar makan, dia kata dia nak bawa i pi makan kat restoran kesukaan i...then, kami pun bertolak ke destinasi...hubby bawa i ke restoran saisaki...tak sangka dia begitu memahami isi hati isterinya...dia tau i suka makan makanan jepun...so, dia bawa i pi makan makanan jepun...i sangat terharu...


apabila tengah makan, tiba-tiba manager dan beberapa orang waiter bawa sebiji 1/2 kg kek black forest dan nyanyi lagu happy birthday untuk i...
birthday-cake-black-forest


then bebe berebut nak potong kek dengan i...so sweet...lepas habis makan, kami pun balik ke rumah...kami cepat-cepat tidurkan bebe...lepas bebe dah tidur, hubby kata ada suprise untuk i...Dia suruh i tutup mata lagi...then, dia suruh i kira sampai 3 then buka mata...apabila i buka mata, hubby tengah pegang nikon d90...
nikon-d90-rumor
(kalau tak ada d90...d60 pun jadilah...)


i senyum sampai ke telinga...i pun cepat-cepat peluk hubby, then terus rampas kamera dari tangannya...then, hubby pun ajak i tidur...so, i pun tidur...pelik? kenapa bantal ikeras macam ada benda...i pun tepuk-tepuk bantal i...eh! ada benda laaa...i keluarkan benda tu...mini laptop...
mini-laptops1


sekali lagi i suprise dan gembira...i cium pipi hubby dan ucap terima kasih...disebabkan suara i terlalu kuat, bebe terjaga dan menangis...

dan mimpi siang hari di tempat kerja i pun terjaga...


Hakikatnya begini:
Last week hubby tanya i nak makan kat mana sempena dengan hari kesengsaraan mak i...so, i pilih saisaki, makanan jepun...hubby suruh i call reserve pada 27 malam...sehari awal makan-makan dengan i...

Hakikat adalah begitu kejam!!!

Namun i tetap bersyukur laa sekurang-kurang hubby tanya juga i nak pi makan kat mana...walaupun hari-hari dia dok tanya juga i nak pi makan kat mana, tapi 'makna' tanya pada hari biasa dengan birthday itu jauh beza!!!

i dah call hubby tanya dia dah baca blog belum? hehehehehe...harap dia lebih memahami laaa selepas baca 'mimpi siang di tempat kerja' i ni...

Ini rumusannya (supaya hubby cepat tangkap apa yang i tulis ni...takut dia tak faham apa yang i tulis dengan perasaan syiok sendiri ni...)

1. kamera DSLR

2. mini laptop

3. bunga rose sebab bunga tak naik harga sebab bukan valentine day [OPTION] tak ada pun tak apa...

4. cake 1/2 kg...kalau boleh black forest...

2 comments:

  1. alahai...
    siannya mummy...
    ala..faizal saje je tu..wat2 taktau..nanti ttiba dia bg surprise kat oli..!
    haa...

    (papa miRayyan kata paling tak tahan bab nikon D90 tu...best..best..! hehe..)

    ReplyDelete
  2. so u were born on 27 April, 31 yrs ago? if it's true, what a coincidence laaa! i was born on 27 May, 31 yrs ago gak!!

    hahahaha...

    ReplyDelete