Saturday, May 30, 2009

Gambar Panas

Demi 16k...i kena cari gambar panas...buat post panas untuk meningkatkan duit nuffnang ni...

hehehehehe...gambar di bawah diambil oleh cikgu nursery bebe...hehehehee...[tak sangka cikgu bebe pun tau i ni dok gila-gila dengan nuffnang..]

img_00201

img_0022

Tak payah cari...tak ada bebe kat dalam gambar tu...hehehehehe

Friday, May 29, 2009

Video Bebe

Nak tengok video bebe...pi kat link di bawah...

http://notitlepunya.blogspot.com

Ini kan blog berbayar...so, i takut kalau upload video tu akan makan banyak disk space...i kena berjimat cermat maaaa....Betul tak watie? betul tak emy?

Walaupun takut [sebab pakcik google ni boleh gunakan sihir hitamnya untuk buat blog kita ni hilang dan tidak akan dikesan lagi buat selama-lamanya], tapi i masih gunakan perkhidmatan free blogger yang menawarkan perkhidmatan blogging yang amat memuaskan hati i...

membebel macam ah sou pula...Oklah...pi tengok video...perbualan ayam dan itik...bebe semakin pandai berbahasa melayu [ i ingat nak didik dia jadi anak melayu yang tak tau berbahasa melayu...gagal misi i]

mulakan dengan sarapan

dsc03558

kena makan sarapan, baru ada tenaga nak buat kerja [blogging]...actually nak tunjuk cawan i yang baru tu...semalam dirasmikan [28/5/2009]...

cup
cawan yang before tu i guna since 2003, kerja kat herbs n food, subang jaya...

cawan yang baru ni beli kat KK...3 biji 10 ringgit...murah sebab ada cacat...cawan tercomot dengan painting...so, diorang jual murah-murah...Mula-mula beli tu ingat nak guna di melaka, mana tau tak jadi pindah, so, cawan ni pun disimpan di bawah meja...

Thursday, May 28, 2009

sangat sunyi!!!

Bukan sikit-sikit punya sunyi, bukan tipu-tipu punya sunyi tau...Tapi banyak-banyak punya sunyi dan betul-betul punya sunyi...

bila tinggal i dan bebe aje di rumah...


Rumah sunyi sampai jarum jatuh pun boleh dengar [i saja-saja bagi contoh ni laaaa sebab i tengah buat projek i tu...hehehehehe]...tak bestlah suasana macam ni...walaupun i tak suka riuh rendah, tapi janganlah sampai tahap kesunyian macam ni...

img_0035
bebe pun sunyi dan bosan...

img_0036
...sampai bakul big projek i pun dia pakaikan kat kepala...

bayangkalah betapa bosannya bebe i tu...i pun tak halang dia sebab i tau dia pun bosan dan sunyi seperti i...i faham perasaannya...

Nasib baiklah my sis dok dengan i bila sawsomi di melaka...kalau tak, dah lama i berhenti kerja...dah lama i dan bebe berkepit dengan sawsomi kat melaka...

malam ni satu malam lagi menanggung dan mengharungi kesunyian dan kebosanan...

Semakin teruk ke asma bebe?

semalam kan sawsomi bawa bebe pi check up...i 'terletak' kamera kat diapers beg bebe...[dengan harapan somi terperasan kamera tu dan ambik gambar bebe...tapi dia tak perasan juga ada kamera...lepas i bagi tau kat dia barulah dia tau ada kamera dan biskut 4 segi cap tesco dalam beg]

i saja-saja kata kalau ada masa ambiklah gambar bebe kat hospital...nak update kat blog...
bebe
so, selama lebih kurang 2 jam menunggu...inilah 3 keping yang diambik sawsomi...pastu agak kurang kualitinya...mesti bebe sangat buas dan hilang kawalan masa kat sana...notty bebe...

berat: 12kg
tinggi : 88cm

Somi bagi doktor cakap dengan i thru hp...line pula tak clear....macam ayam dan itik bercakap...
Then doktor pesan sawsomi kena catit penggunaan asma inhaler, berapa kali batuk sebelah malam...semakin teruk ke asma bebe?

img_00411
ini ubatnya...2 asma inhaler...3 botol krim aquas untuk sapu pada badan...

next appointment 2/9/2009

Hari Makan BakChang

Hari ni ikut kalendar cina ialah 5 haribulan 5 [bulan 5 ya...], iaitu Duanwu jie [Duan wu Festival]...
Hari ni family cina akan makan bakchang [meat dumpling] sempena mengingkati Qu Yuan...[kalau nak tau lebih lanjut u all pi cari kat wikipedia...]

img_0025

cleaner office kasi vegetarian sayurchang kepada i sebab dia tau i tak boleh makan bakchang yang berisi pok pok...

tapi tapi tapi...sayurchang ni kurang sedap laaaa...bakchang juga yang sedap!!!!

Tolong mana mau cari bakchang [i mean ayamchang laaa] yang halal dan fresh?

Wednesday, May 27, 2009

Cepatnya 4 hari berlalu

[ulang sekali lagi]
cepatnya masa berlalu...4 hari sawsomi cuti dah habis...Hari ni somi masuk shift petang...

lepas hantar bebe ke nursery, somi sempat lunch dengan i...

dsc03549
somi tengok i ke tengok latna i?

dsc03550
dah nak bertolak ke melaka dengan motor...

Sedihnya...malam ni hingga jumaat berdualah i dengan bebe kat rumah [my sis balik as]...weekend ni somi tak balik sebab month end, nak buat kira-kira...somi akan balik 4 jun...walaoooo...8 hari lor....

Bebe appointment @ hosp Ampan'

hari ni, jam 9 pagi bebe ada appointment kat hospital ampang...doktor nak follow up asma bebe...

sawsomi yang bawa bebe ke hospital [i tak ikut, nak simpan cuti i untuk bulan depan]...harap somi boleh handle si kecik ni...[somi ada complaint sukar nak handle]

burpppppp

syukur alhamdulilah...kenyang...

img_0009
telur dadar
sup abc
ayam sos tiram
kelabuKerabu {thanks dedek} mango [beli]

Mari memperkenalkan tukang masaknya

img_0005

tukang masak yang tiba-tiba datang mood memasak...kalau hari-hari ada mood masak lagi bagus...hehehehehe

mama

lepas chat dengan raihan,
tiba-tiba rindu dengan mama...
Dah 6 bulan tak jumpa mama...

1_952542335l
Cantikkan mak i? rasanya masa ni dia umur 18-19 kot....kita orang adik beradik pun tak secantik mak i...


Ingat june ni balik as nak singgah jumpa mama jap...Tapi tak bolehlah atas faktor yang tidak dapat dielakkan...nanti mak i mesti nak masak ni, nak masak tu bagi i makan..[pok pok laaa...]

Macam mana ya agak perasaan tu kalau i tak jumpa bebe dalam masa 6 bulan...mesti i sangat-sangat rindu kat bebe kan...Entah mama i ada rindu kat i tak?
.
.
.
.
.
.
.


Nota untuk somi,
Be, boleh tak kita cancel balik ke perak dan tinggal satu malam kat as? Cukuplah setakat i pandang mak i dari jauh...

[jangan salahkan sawsomi ya...dia tak pernah halang i berjumpa dengan family i...malah setiap kali i pi jumpa nenek i, dialah yang jaga bebe...]

i bukan tak nak hebohkan hal kita...tapi i rasa ia bukan masa yang sesuai [bila masa yang sesuai? i tak tau...i belum dapat petunjuk lagi]...mereka tak setuju dengan pendapat i...mereka reject pendapat i...Tapi mereka harus percaya, ia mesti ada hikmahnya...U masih ingat macam mana i terbuka hati untuk memeluk islam setelah sekian lama i ragu-ragu? So, u harus percaya, Dia ada cara yang terbaik untuk kita semua...Apa yang perlu kita buat ialah tunggu...[sekali lagi mereka tak setuju dengan pendapat i]

mereka mesti ingat i tak berusaha...asyik nak tunggu aje kan...tapi i ada alasan i...alasan i ialah...mak i tinggal sorang kat kampung...adik-adik i pun sekali sekala balik kampung...memang kita boleh balik dan terangkan apa yang berlaku...lepas tu, kita sapu punggung dan balik ke sini...bagaimana dengan mak i yang dok sorang kat kampung...bagaimana dia nak terima hakikat ni? mereka boleh jamin dia tak akan fikir yang bukan-bukan...mesti mereka cakap, jemput mak u datang dok dengan u orang...masalahnya, bukan i tak buat semua ni...dalam tempoh 3 tahun ni, i asyik pujuk mak i datang dok kat sini supaya dia jauhi dengan makcik dan pakcik yang ingat hal ini adalah dunia kiamat...tapi mak i tak nak...dia ada kehidupannya di kampung...dia ada kawannya...dia ada kerjanya...i dah cuba...adik beradik i pun dah cuba pujuk mak i datang sini...

i tau ia sungguh-sungguh tak adil bagi pihak u...menantu lain dikutuk-kutuk oleh mak mertuanya, tapi u tak ada peluang dikutuk oleh mak mertua sendiri...i pun tau ia sungguh tak adil bagi bebe...

i tau u pun sama seperti i sentiasa disoal oleh orang lain sampai tak tau nak jawap apa...sampai timbul niat nak berbohong untuk cover soalan yang ditujukan...

i pun tau tak baik tipu mak i ataupun sembunyi hakikat sebenar dari mak i lagi...i tau jangan tangguh lagi...Tapi macam mana nak buka mulut? i umpama mengambil sebelah pisau yang tajam menikam mak i akibat perbuatan i...mereka asyik dok cakap, walaupun dah memeluk agama islam, kena taat mak bapa juga, tapi pada masa yang sama mereka nak i tikam mak i...macam mana tu?

Daripada mereka dok kecoh dengan family i, lebih baik merekal sentiasa ingatkan i jangan tinggalkan sembahyang ataupun ajar i tentang keagamaan lagi bagus...ni tak? asyik dok kecoh dengan mak i dah tau belum? somi dah bebe dah jumpa mak i belum? Ataupun mereka risaukan i tiba-tiba mati, then mak i nak rebut mayat pula? then lagi dahsyat daripada mati ialah macam mana kalau mak i cari bomoh siam, gunakan ilmu hitam kat i ...then i pun dah pening-pening pulang ke pangkuan mak i...n i jalani kembali kehidupan i sebelum revert islam...mana sawsomi nak cari i kalau mak i sembunyikan i?

i tau penulisan i ni akan dapat maki hamun, kutukan dan hinaan dari sesetengah pihak yang mengatakan i ni pembohong, penipu, anak derhaka....i dilabelkan dengan semua ni sebab i revert to islam...Inilah hakikatnya..inilah yang kami lalui...demi Allah

Terpanjang cerita pula...tak ada keberanian nak publish pula...takut kena saman...heheheheeheh

Tuesday, May 26, 2009

Syiok sendiri!!!

swimwear untuk bebe...
splash2

swil-bsb-sb913g-2t

swimwear_world

http://www.thekidswindow.co.uk/sun-protective-clothing.htm

nota for me: @ taobao
http://item.taobao.com/auction/item_detail-0db1-1495a9276ee10737f0194af41f24dfac.jhtml?cm_cat=0


http://item.taobao.com/auction/item_detail-0db1-62154cf08e3029530ceac101521fa328.jhtml?cm_cat=0

http://item.taobao.com/auction/item_detail-0db1-02529e3ef418db201c559050806932e0.jhtml?cm_cat=0

http://item.taobao.com/auction/item_detail-0db1-61d6cd234cde928b580fe3389f926b43.jhtml?cm_cat=0

http://item.taobao.com/auction/item_detail-0db2-5fc4fb6fe620a5f14204e7e7893b0aa6.jhtml?cm_cat=0

http://item.taobao.com/auction/item_detail-0db2-0c3835d95819ee893965648f8d4ea1fb.jhtml?cm_cat=0&pm2=3

Kenapa tutup aurat?
tidak ingin insiden bali berlaku lagi...bebe jemur sampai jadi arang...terlalu ketara sangat ke'hitam'an...bebe jenis yang serap cahaya...

alang-alang google yang bebe, i pun google untuk i sekali [semangat tinggi tau]

1549_1
no komen lor....

yang 2 ni ok lor...tak payah takut hitam...
1347

a101-nc-f

[dalam hati sebenarnya nak pakai bikini]

Bila Due???

Eija pregnant...

then sabtu lepas entah macam mana kami boleh terbual bila due date...then eija kasi tau mula-mula tu check due tu 8, pastu check lagi 10...

stacybellyweb

then, i pun mula pelik lor...mei mei pun pregnant bulan 3, due dia bulan 12, kenapa eija punya due bulan 10...macam mana doktor tu kira...eija kawin bulan 3, then last period dia tu awal bulan 3...kiraan secara menegak ke ataupun kiraan secara melintang pun bulan 12 maaaa...Lain lah kalau baby nak keluar awal kan...Tapi macam mana doktor tu tau baby nak keluar awal?

2 3 hari ni 1 dok fikirkan eija aje [ apa boleh buat, terlalu senang nak jaga tepi kain orang...mentang-mentang laaa i dah ada anak sorang, so i ingat i dah expert laaa nak mengira berapa bulan pregnant...]

then, pagi ni i dah tak boleh tahan lagi...[boss tak ada], so i pun tangkap eija dan tanya dengan mendalam...

cissss!!

rupa-rupanya, 8 dan 10 eija tu ialah HARI BULAN dan bukannya BULAN...i pula ingat 8 dan 10 tu BULAN!!!!

duedate dia tu ialah 8 Disember ataupun 10 Disember dan bukannya OGOS ataupun OKTOBER...

Cisss! Hantuk kepala ke dinding!!! Buat penat aje beberapa hari ni dok fikir macam mana baby nak keluar bulan 10 ni...macam mana doktor boleh tau baby nak keluar awal...

Cissssssssssssssss!!!

Tulah lain kali dengar betul-betul...jangan dengar apa yang nak didengar aje...hehehehehe...

Tak sedar diri punya impian

i google swimming course [ tiba-tiba ada benda baru pula yang nak dilakukan]

dsc_0603

konon-konon bila i dah terrer berenang, i nak ambik scuba diving course pula laaaa...lepas tu i nak pi scuba diving laaaa...

then masa i dok google tu, i ternampak swimming course yang sangat menarik...

kat sini

http://www.learn2swim.com.my/

ada infant and toddler swimming class

ada parent-child swimming class

ada ladies swimming class

[dalam hati i dok fikir...mesti mahal gila yurannya...]

then, i ternampak pula ni...

http://www.swimlesson.com.my/lesson.html

tak mahal sangatlah...[kira i masih mampu bayar lagi laaaa]

best laaa...teringin nak belajar swimming...so, tak payahlah melompat-lompat dan jalan-jalan aje dalam air...

OK...lepas dah terrer bab ni...nak try yang ni pula...

http://www.dolphinsportadventure.com/

http://www.kidsscuba.com/

mesti mahalkan? tak apa laaa...apa-apa pun belajar swimming dulu [ bila nak start swimming tu??????]

Monday, May 25, 2009

sepetang dengan sawsomi

oliole : halo
oliole : boleh berkenalan?
oliole : saya hang lli po
marsyal_mo .: bleh
marsyal_mo .: sy jet li
oliole : ooo...pandainya jet li berbahasa melayu
oliole : u tak berlakon ke hari ni?
marsyal_mo .: mlm ni ader movie i kt tv3.
marsyal_mo .: jgn lupa tgk
oliole : IC
oliole : pukul berapa?
marsyal_mo .: pukul 10mlm
oliole : tak sangka u begitu prihatin dengan stesen tv malaysia
marsyal_mo .: tp xde cozkena pegi subang
marsyal_mo .: nk tgk tapak gerai
oliole : bila nak pergi?
marsyal_mo .: dlm pukul 10mlm
marsyal_mo .: pegi naikmotor jer
oliole : oooo....
oliole : u punya driver?
marsyal_mo .: mc
oliole : oooo
oliole : then kenapa tak nak bawa kereta mahal u?
marsyal_mo .: i ni ridermaut
marsyal_mo .: born 2 ride
oliole : ooooo
oliole : u datang malaysia tengok gerai?
oliole : u nak bisnes ke?
marsyal_mo .: yup
marsyal_mo .: nkkembangkan apa yg patut
oliole : oooo

.......

Karnival Kesyukuran Ibunda Day

i sumpah, kalau i tau ada karnival ni, mesti i mandi, tukar dress, pergi salon ataupun cari mak andam make up muka i, set rambut i...[hakikatnya i pakai baju tidur, rambut tak sikat, muka tak cuci, gigi belum digosok, mandi tu tak payahlah cakap......]...bukan aje i, anak i pun tak mandi, tak gosok gigi, tak tukar baju, sawsomi i pun sama [dia cakap dia dah gosok gigi]...

kami dalam keadaan selekeh [i lah yang paling terserlah keselekahan ] dan tak sedar diri masuk ke dalam resort orang sebab kemasukan adalah percuma...[dengan alasan kalau tak buka kepada umum, entahlah bila baru ada peluang nak masuk sepang goldcoast ni...]

kami sebenarnya dalam keadaan selekeh ni ada alasan...kami nak mandi laut [lumut]...tapi sayang sekali, laut surut hingga ke hujung dunia....so, niat mandi laut [lumut] ni terpaksa cancel sebab kami diejmput jadi VVIP karnival resort orang......[dah orang jemput, takkan kita nak tolakkan?]


img_0224

img_0182

img_0186

img_0191

img_0212

img_0221

Boleh tahan resort sepang goldcoast ni...[tapi rugilah kalau nak bermalam kat situ sebab rumah arwah atok dekat aje dengan resort tu...]

Banyak acara yang dijalankan seperti melukis, karaoke, magic show...[niat i nak ambil gambar aje...]

Pelik, tapi benar!!!

Dah 2 kali [2 kali tau] ikan haruan belaan my somi di dalam akuarium nak lari dari rumah seperti Finding Nemo...

1st time tu masa kejadian bakar motor, semasa kami masih kepochi kat bawah, my sis naik dulu ke atas rumah setelah disahkan selamat...then, dia terjumpa ikan haruan berada di tepi pintu utama [satu-satunya pintu keluar]...Rupa-rupanya, ikan haruan pun nak selamatkan diri...

pagi ni berlaku lagi kejadian ikan haruan nak lari dari rumah...i terbau rumah macam ada bau ikan...tengok akuarium...terkejut ikan haruan dah hilang...kita orang pun cari laaa ikan haruan...akhirnya terjumpa ia kat tepi depan pintu...kali ni i ambik gambarnya...nak kasi dia glamour..tak nak kasi change sama nemo yang glamour seekor aje...

img_0246
ikan haruan dah ada kat depan pintu...akuarium dan pintu tu sawsomi cakap ada dalam 10 meter...

yang i pelik ialah...kenapa ikan haruan ni tak ke bilik air ke? pintu belakang ke? ia ke pintu depan aje...adakah dia tau bahawa pintu tu akan membawanya keluar dari dunia akuarium [mungkin ia selalu intai masa kami keluar masuk pintu tu kot]

img_0250
somi menyelamatkan ikan kesayangannya...entah dah berapa lama ikan haruan ni menunggu di depan pintu...tapi belum mati lagi [harap-harap petang ni tak mati laaaa]...kuat betul semangat dia nak lari dari rumah...

nota untuk somi,
Tolonglah memahami ikan haruan u tu...dia sudah tak ada 'hati', tak guna u nak 'paksa' dia lagi...paksaan tidak akan membawa kebahagiaan...i percaya, ikan harian u tu akan melakukan ekspedisi lari dari rumah lagi untuk kali ke3, ke4 dan kali yang seterusnya sekiranya terdapat peluang...

Percutian yang amat singkat

Projek run away dari rumah!!!
Sangat sangat singkat dan langsung tiada perancangan....
somi ajak 'jom', i terus angkat kaki....
terlalu menonjolkan i ni seorang yang tak suka dok kat rumah...

img_0135

img_0237

well,
negara kami kan sejuk...
so kami perlu ke tempat yang ada matahari, yang ada pantai...
yes,
kami ke...

Gold Coast!!!


[Sepang Gold Coast]
aje...

Saturday, May 23, 2009

Mari kita tonggeng sama-sama

Aktiviti terbaru bebe...siapa yang ajr? Horeyyy...mummy dia yang ajar....tunjuk sekali aje dia dah dapat buat!!! kakakakakaka

bebe1

我說,我累了

leile

Friday, May 22, 2009

Bertimbang rasa

sawsomi dah call...[pasal entry tu n i pun dah privatekan]
dia baru cakap...' i baca blog u, tak payah laaa..' [lebih kurang macam tu laaaa]
i terus matikan call...
beberapa kali dia call...i tekan kasi call tu mati...

pastu dia sms...
tanya naper i tak nak angkat fon, kenapa i nak tulis macam tu dalam blog i kalau i tak suka, bincang dengan dia..dia nak i bertimbang rasa...

yup!!!
bertimbang rasa!!!
Terima kasih kerana memperingatkan i tentang moral yang telah i kembalikan kepada cikgu moral i....

somi dah mula beri respon terhadap blog i...
nampak gayanya i kena tulis dalam bahasa cina lor ataupun privatekan blog lor...

habislah!!
malam ni dia balik ke KL
nampaknya ada persembahan menarik bakal ditayangkan!!!

Memang mau cari pasal!!! Cepat baca...nanti akan diprivatekan!!!

geram
marah
tahap maksimum
..........
dengan kakak ipar ummy kesayangan yang dok kat klang....

hari tu birthday bebe,
kakak ipar ni call i
tapi i tak mau angkat

pastu tadi i call sawsomi
sawsomi bagi tau kakak kesayangan dia call dia
tanya kenapa tak celebrate birthday bebe?
[padahal kami dah celebrate dengan kakak ipar u-g kat pizza hut...n bebe pun dah 3 kali tiup lilin...]
out betul laaa dia tu!!!!

tahun lepas kita orang celebrate birthday bebe besar-besaran kat titiwangsa
dia sombong, berlagak tak nak datang...
[oppsss...masa tu dia sakit kepala...tak boleh datang]

tahun ni bila kita buat kecil-kecilan,
dia pula sibuk nak celebrate...

then, sawsomi bagi tau i...
weekend ni nak pi rumah dia kat klang celebrate birthday bebe kat klang...

adakah patut nak buat macam?
kenapa nak buat macam ni?

bebe punya birthday
bukanke dia yang datang ke tempat kita celebrate untuk anak buah dia?
kenapa pula kita yang kena pergi ke tempat dia celebrate birthday anak kita?
padahal mereka selalu datang ke pandan indah...
pandah indah dengan pandah cahay tu dekat sangat...
tak payah 5 minit dah boleh sampai rumah buruk kami!!!
ni tak pernah datang...
then asyik dok suruh kita pi rumah dia yang kat penghujung dunia klang...
apa motif tu?
kalau rindu sangat kat kita orang
datanglah tengok kita orang
kenapa u rindu kat kita orang
kena kita orang pi tengok u pula...
sebab u kakak sulung
so, u ada hak
ada kuasa nak arah orang lain
[ishhhh...macam nak carut aje...]

i tak minta pun u orang tolong celebratekan birthday anak i....
so, please laaaa
jangan cipta masalah untuk i
boleh tak?
kalau teringin sangat nak celebrate birthday anak...
buatlah kat anak u...
tak semstinya nak tunggu cukup tahun...
bulan-bulan pun boleh celebrate...
ada faham?
madam besar klang


cukup cukup tak faham...
kan i cakap banyak-banyak sawsomi pula tak happy sebab i asyik dok kritik kakak kesayangan dia yang banyak bagi dia duit masa dia belajar...
nanti dia kutuk adik beradik i,
i tak happy pula
sebab adik beradik i bukan orang baik...
semuanya jahat-jahat belaka...
kalau sawsomi terbaca
n rasa marah ataupun kecil hati dengan penulisan i...
i pun tak boleh nak buat apa...
kalau dengan cakap
mesti gaduh...
so, lebih baik i tulis kat sini ketidakpuasan i...
sekuarang-kurangnya ada juga tempat i boleh lepaskan geram...

tak tau laaa nak cakap apa lagi...
suka hati u all laaa...
janji u all happy
janji u all bahagia
i ni siapa bagi u all...
....hanya orang luar!!!

[tarik nafas dalam-dalam....]

(entry baru di bawah)PENGUMUMAN PENTING! Sila Ambil Perhatian!!

nama penuh bebe

a'shadieeyah sofea


{sedap n penuh bermakna...}
{pandainya mak dia cari nama}
{bila belajar tulis nama, mesti anak yang comel ni menangis sebab namanya terlalu panjang}
{bayangkan nak belajar tulis 1 muka surat buku latihan yang mempunyai kira-kira 20-25 baris...A'shadieeyah Sofea Saw Binti Mohamed Faizal}
{diatas kesedaran ni, i ringkaskan nama cinanya kepada 2 perkataan aje...nak menebus kesalahan}
{jenuh anak yang comel ni nak tulis nama panjang-panjang setiap kali isi ruangan nama...masa tu dalam hati anak yang comel ni akan maki hamun, kutuk-kutuk maknya yang berlagak dan pandai-pandai kasi nama yang panjang-panjang...}

tapi kita orang pandai-pandai pendekkan namanya yang bermakna jadi asha [ entah apa-apa ]...tak ada makna langsung...kadang-kadang ada juga orang yang tersilap panggil dia 'aisyah'... [at least aisyah tu ada makna juga]
{tiba-tiba tersedar dari kesilapan yang i singkatkan nama bebe apabila buat tag puan linda ummeh ghazi yang comel}

dsc_0248
so,
mulai hari ni...
22 May 2009
asha bukan lagi asha

asha akan jadi a'shadieeyah


[bergulung lidah nak sebutkan?]

tak apa
kita ada alternatif
sila panggil asha sebagai

SOFEA


so,
panggil aje

SOFEA


Lepas ni no more ASHA lagi ya!!!
kalau siapa panggil ASHA...
Denda 5 kupang...
[jangan ingat i tak berani minta yoooo...muka i ni sangat tebal tau]

sekian terima kasih!!!!
Kerjasama anda amat dihargai!!
dan
i nak minta maaf
maafkan kesilapan dan kejahilan yang telah i buat since 2007
dengan pandai-pandai registerkan nama anak yang panjang-panjang,
[apa boleh buat...terlalu excited ada peluang nak bagi nama kat orang...]
pastu malas nak gulung lidah dan sekali lagi pendekkan namanya!!!
dan sekarang sekali lagi i berlagak pandai
nak suruh kenalan dan kawan ubah panggilan anak i pula...
So sorryyyyyyyyyyyy

projek baru i

dsc03530

Harap i tak hangat hangat tahi ayam...harap i boleh siapkan projek ni dengan jayanya!!!

Mari kita Cuci Toilet

Sue kasi i home work...Cuci TOILET!!! Kerja rumah yang paling i suka ialah cuci bilik mandi [tak suka cuci jamban]...tak tau kenapa...tapi i memang suka cuci bilik mandi...

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
Kalau bilik mandi, semalam masa mandi...gosok sikit-sikit kotoran...Kalau jamban, last 2 week kot, tu pun gosok sambil pejam mata...selalunya jamban sawsomi yang cuci...i geli laaa nak cuci jamban...

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
sabun cuci baju + clorox [ tak tau eja]...Jamban guna pencuci cap tesco...

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
i jarang mop lantai sebab itu tugas adik i...kecuali dia ada exam, baru i ambil alih tugasnya...seminggu 2 kali yang serius, yang tak serius tu setiap kali habis masak mesti mop sebagai syarat...

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
Buat kuih odeh-odeh, sapu lantai, mop lantai [adik i ada exam n kebetulan ada guest nak datang rumah]

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
kuih odeh-odeh untuk i dan guest...bebe makan potato rebus sos spagetti...

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI
kat opis minum Tea or hot chocolate...kat rumah jarang buat minuman...

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
Tengok TV

Thursday, May 21, 2009

Rindu kat bebe busyuk

Tadi lunch balik rumah...rumah kosong dan sunyi...
then ternampak mainan bebe bersepah kat lantai [pagi ni main tak sempat simpan dah pergi ke nursery]

tiba-tiba terasa amat rindu dengan bebe...
4514_95999492312_529832312_1763517_6629721_n
credit to Materazi Muhamad

macam nak pi nursery bawa bebe balik aje...alangkah bagus kalau tak payah kerja, jaga bebe kat rumah aje, boleh main masak-masak dengan bebe, main kemas-kemas dengan bebe, main solek-solek dengan bebe, pastu gauh-gaduh dengan bebe...

$$$$$$$$

sambil sambil buat kerja bergaji...
sambil sambil tu click iklan kat blog berbayar [dah lama duit nuffnang i tak naik-naik]

i bekerja 26 hari sebulan [untuk dapat gaji yang tak cukup cover perbelanjaan i]
pastu gaji yang sikit tu [kedekut punya boss]
digunakan untuk bayar yuran blog berbayar i [nak harap duit iklan nuffnang?...no komen laaaa...seminggu baru naik 2 kupang...entah bila baru boleh dapat 16k?]

Wednesday, May 20, 2009

Request nak hapy.u.u

bertuah punya budak...semalam balik kerja...dok bising nak hapy u u [happy birthday to u]

nasib baik laaa kek pasar malam 5 ringgit 5 kupang tu belum masuk dalam perut, kalau tak mana nak cari kek hapy u u...
i ingat keluar kan kek then nyanyi untuk dia masalah pun selesai laaa... mana tau dia nak lilin, dia tak tau sebut...dia buat tiup tiup...aduh!!! nasib baik ada juga magic candle yang tiup tak padam padam tu...

so, tuan tuan dan puan puan...semalam kami sambut birthday bebe buat kali yang ke-3...

4395_1177196869651_1219998813_486991_4936417_n

4395_1177196949653_1219998813_486993_3017894_n

4395_1177197269661_1219998813_487001_2165931_n
buat muka terkejut bila lilin tu padam...

apa-apa aje laaa...janji u happy!!!

Tuesday, May 19, 2009

Dah buat reservation!!!

awal-awal lagi sawsomi dah suruh i buat room reservation...tapi i pula gatal dok pi tanya kawan i, CPC, boleh tak kami tumpang kat banglow dia yang ada sea view tu....[konon-konon nak jimat duit penginapan 200 ringgit tu laaa]...

tulah gatal punya pasal...jatuh maruah...alasan yang CPC bagi...salah 1 bilik tetamu tu dia reserve untuk kawan kami,Wong yang tak confirm lagi datang ke tak datang...then ada lagi 1 bilik kosong...Leong dan i pun cadang nak dok kat rumah CPC...CPC cakap, kalau kami tak mind, kami boleh share...CPC cakap lagi, dia tak sure Wong tu mind ataupun tak mind share bilik dengan kami...leong ada 5 orang, i ada 3 orang...total 8 orang kongsi bilik tu...Leong tak mind share dengan i [walaupun kami islam]...Then CPC cakap pula, rumah dia ada sembah patung berhala...entah sawsomi mind ataupun tak mind...[aiiii...ada aje alasan...]...

kalau tak boleh dok kat rumah hang, terus terang aje cakap laaa
'ah foon, sorry, rumah i dah full'
senang dan habis cerita...tak payah laaa nak cakap ni cakap tu yang buat i terasa...[dah laaa i ni sensitif orangnya]

so, pagi ni i buat online room reservation [rasa tercabar dengan alasan CPC lor]..10% reservation [19.80]...tak susah mana pun!!! senang aje nak buat online reservation!!! [ hujung bulan baru punggung kena sapu minyak sebab nak bayar hutang credit card]...

Tapi senang juga...wedding dinner kat bawah, bilik kami kat atas...best!!!syioknya!!!!

Thanks Leong sebab nak tolong jimatkan duit i...malah dia sanggup call kawannya yang lain tanya sama ada boleh tumpang kat rumah mereka tak...Leong, U tak payah susah susah call kawan u laaa...u dok laaa kat banglow CPC...i dah book bilik...Thanks Leong!!!!

b'day gal

sekali lagi sambut birthday bebe...saja-saja...terlalu senang...so kena cari something untuk dibuat...

dsc_00051

dsc_0013

Monday, May 18, 2009

Kami baru kawin semalam!!!

dah 3 tahun kawin baru terhegeh-hegeh pi ambik gambar kawin...alaaa yang gaun putih labuh dan panjang tu...idaman tau!!! walaupun dengan dengan badan baldi, i tetap tak sedar diri dan tak rasa malu demi merealisasikan impian saya....

img_0083

si mei mei dah tak sabar-sabar nak tengok gambar...kepochi betul dia ni....

satu perkataan - GEMUK!!!

Kenapalah i tak diet betul-betul...menyesal betul...3 tahun dengan jayanya menaikkan berat badan...syabas bagi diri sendiri...tepukan gemuruh untuk diri sendiri...

Walaupun i gemuk dan penat sangat-sangat seharian dok pose dan senyum [pose sampai pinggang kejang], i tetap rasa puas...sebab somi merealisasikan impian i iaitu pakai gaun putih....

fpkids day out 2009

pagi-pagi buta bangunkan bebe...nasib baik ini budak punya mood banyak elok...kalau tak pagi-pagi buta dah berperang mak dan anak...

kita orang [sue, i, as dan niza] bermati-matian ingat start 7.30am...mana tau dah sampai kat sana, tengok kat papan kenyataan, baru tau acara mula 9 pagi...sue orang pertama sampai...i dan bebe di tempat yang kedua...penganjur fpkids ni tak bagi hadiah kepada guest yang datang paling awal ke? kekekekekekeke...

n704601143_1758405_8088960

n704601143_1759100_5989017

gambar credit to siti ruzaimah...[gambar yang i ambik tu entah apa-apa...] [walaupun entah apa-apa...balik dari fpkids aje, i terus upload ke dalam facebook...terover rajin!!!]

seronok dapat berjumpa dengan semua mama yang join fpkids...tahun ni agar kecil-kecilan berbanding dengan tahun lepas...seronok jumpa yanti [ setahun jumpa sekali]...dapat jumpa dengan fad...[bila dah jumpa tak tau nak sembang topik apa pula...malu-malu konon...], sue, as, linda dan lain-lain yang cam muka tapi tak tau nama...

Happy 2nd birthday my bebe

dah 2 tahun pun.....[dah 2 tahun pun i jadi mak orang]...Disebabkan birthday bebe jatuh pada isnin dan daddy terpaksa balik ke melaka kerja...so, kitaorang sambut birthday bebe awal sehari [beberapa jam lebih awal...makan-makan pada pukul 8 lebih...]....

Tahun ni mummy bebe tak excited sangat sebab sudah tak ada bajet [dalam bahasa pasar tu TAK ADA DUIT laaa] untuk birthday bebe...bila tak ada bajet [duit]...dok diam-diam lor...tak tau lagi nak beli hadiah apa untuk bebe...sama seperti last year kot...TAK ADA PRESENT!!!!!! [tiba-tiba teringat...bukanke mummy dan daddy dah bawa cuti-cuti kat b@li? itu hadiah birthday bebe laaa...]

daddy belanja makan...small gathering dengan family ibu U-G kat pizzahut...
img_0091

ibu U-G suap bebe makan kek...
img_0098

daddy suap bebe makan kek...
img_0106

bebe dan sepupunya...
img_0102

i kurang puas hati dengan gambar yang i ambik ni...so, balik kerja nanti, i plan nak beli kek kecil...i nak minta my sis ambik gambar bebe potong kek dengan kamera mahalnya...

Perkembangan bebe:

Berat : 12kg (timbang kat Bali)
Tinggi : 80cm++ (kat imigresen wangsamaju)
Gigi : - [bukan tak ada gigi, tapi dah habis tumbuh]
Susu : Dutchlady 123 (honey)
Size kasut : 4 @ 5

- dah boleh sebut 2 perkataan ke atas...
* daddy work
* ah gu work
* ah yi school
* su fei school
* dog dog fly [ my sis jemur patung dog dog kat tingkap, then bagitau bebe dog dog fly, bila nampak dog doh aje mesti dog dog fly]
* dan lain-lain perkataan yang i tak faham....

- sangat melekat dengan i...asyik nak i dukung aje, orang lain tak nak...tidur pun i kena tidur sebelahnya....kena nampak muka i...kalau tak mesti buka mulut dan menangis...

[update later...i dah mengantuk sangat sangat ]

Sunday, May 17, 2009

51 sen

semalam pi tesco cari baju kemeja putih sawsomi...then kebetulan ada lelong baju...baju-baju reject...yang ada sikit kotor, sikit koyak tu...

dsc03497
baju tidur dewasa 51 sen? sepasang 51 sen...apa lagi rembat 2 pasang laaa...

dsc03498
ada sedikit kotor lor...kalau kotor tu basuh tak hilang pun tak ada jejas langsung...sebab pakai dalam rumah saja maaa....

dsc03500
ni t shirt untuk bebe..harga 54 sen...i ambil 2 helai yang sama saiz, sama pattern dan sama color...buat pakai kat rumah...