Wednesday, May 13, 2009

sudah pengsan...

sawsomi ni badan aje besar macam gajah...tapi sebenarnya dia seorang yang sangat penakut....[mesti i teruk dikerjakan kalau dia dapat tau i mengumpat dia kat sini]...bukan takut kepada hantu laaaa...cuma takut kepada benda yang remeh temeh...

masa couple tu, i ingat dia mabuk laut...rupa-rupanya dia takut naik feri...sebab kami ke langkawi, then dalam feri tu dia asyik tidur aje...masa tu, dia tak kasi tau yang dia mabuk laut...dia just bagi tau dia mengantuk...nak tidur...

then, lepas kawin, i bersedudukan dengan dia...i pelik kenapa setiap kali nampak lipas kena spray setengah botol punya ridsect...bukan ke senang dan mudah ambil kasut ataupun surat khabar pukul itu lipas...ni tak...asyik dok kejar n spray itu lipas...bila lipas tu dah mabuk, mulalah ia berterbangan macam lipas gila...

rahsia sawsomi takut kepada lipas terbongkar masa i pantangkan bebe...pada suatu malam, kita orang semua duduk kat hall...then, tiba-tiba raksasa lipas yang terbang tak tentu arah dan terbang ke arah bebe...my sis dan sawsomi lari lingkang pukang meninggalkan bebe kecil ...i macam super woman terbang pergi menyelamatkan bebe [cewah cewah]...serius...masa tu rasa marah pun ada, rasa lucu pun ada...tak boleh nak bayangkan lelaki yang tinggi 188cm, berat hampir 100kg ni takut dengan lipas...

kali ni sawsomi bagi tau, dia takut naik flight...tapi i cuma boleh bayangkan yang dia akan tutup mata pura-pura tidur....tak sangka bebe muntah, sawsomi pengsan kerana flight tu asyik dok langgar awan menyebabkan sawsomi pucat lesu...aduh!

before:
img_0020

after:
img_0026
dah mula pening...lepas tu baik punya landing....

nasib baik masa balik cuaca baik...barulah sawsomi boleh huhahuha...makan dalam flight....

2 comments:

  1. oliiiiiii
    zana x leh bayangkan ler faizal penakut ngan lipas...hu hu hu
    matiler nie kalu faizal tahu zana pun tumpang ngumpat dia...he he he

    zana ingat...bila oli ckp faizal pengsan dlm flight
    just gurau yg dia tido..rupanyer pengsan betul.....
    he he he

    ReplyDelete
  2. ha ha... tang lipas tu memang sama dengan my hubby. nampak je lipas, terus ambil ridset, sembur sampai lipas tu mati. sembur pulak dari jauh. last2 wife dia juga pegi semburkan. kalau tak, ridset habis satu botol, lipas tak mati, orang dalam rumah yang pengsan :-p

    ReplyDelete