Monday, May 4, 2009

tak sedar diri

kadang-kadang kita [ i laaa] akan jadi tak sedar diri...ingin melakukan sesuatu yang berada di luar kemampuan kita [ i laaaa]...

contohnya...

dsc03473
pi kedai perabot yang juai perabot import dari hk dan korea...harga 1k and above [untuk barang besar laaa]...salesman budak kecil [ i tengok dia macam sekolah menengah aje] puji perabot yang mereka juai lebih baik berbanding dengan yang local...[ macamlah terhantuk kat katil buatan local ni aje yang benjol dan bengkang...hantuk kat katil import ni tak akan ada sebarang effect]

dsc03469
i bagi signal kat sawsomi, suruh dia ambil gambar, i layan salesman...
nilah hasil tangkapan sawsomi...bila keluar dari kedai tu, i macam nak pengsan tengok gambar ni...actually dalam kedai tu ada banyak set tidur kanak-kanak yang cantik-cantik dan comel comel, tapi sawsomi hanya ambil gambar katil kereta ni...aduh!!! macam nak hantuk kepala ke dinding..[ohya! masa tu mood sawsomi kurang baik...apasal mood tak ada baik? ham sap lor]

dsc03472
gambar ni pula i curi-curi ambik sementara salesman budak kecil tu layan sawsomi pula...i berkenaan dengan katil ni [yang lain pun berkenaan]...harga 4027...salesman budak kecil tu nak kasi diskaun 27 ringgit...katil ni rasanya bebe dan adik bebe boleh tidur sampai mereka 25 tahun [ sebab lepas tu bebe dah kawin, tak tidur lagi katil bujang ni...dia pi tidur katil king size husbandnya pula]

bayangkan kalau bebe dan adiknya tidur katil ni sampai umur 25 tahun, sekiranya katil ni dibayar secara ansuran tanpa ada kadar faedah, lepas + - X / ...maka setiap bulan hanya perlu bayar 14 ringgit untuk selama 25 tahun....baloikan!!! [mana tau boleh kasi anak-anak bebe dan adiknya tidur yang datang bercuti di rumah neneknya] katil tu diperbuat dari solid wood...salesman budak kecil tu cakap, ia jenis kayu yang lipas tak berani dekat dan boleh tahan 10 tahun ke atas...

Kalau beli yang local...4k tu boleh dapat katil anak dan katil mak bapak tau!!!!

Pening kepala dok fikir...nak call kedai perabot tu...nak tanya...boleh tak bayar ansuran selama 25 tahun 0% interest....hehehehehehehe

No comments:

Post a Comment