Tuesday, June 2, 2009

Hati i dilanda mood mendung

tengah runsing nak kasi ang pau berapa kepada HNG, kawan yang buat wedding dinner kat gurney hotel...cina ni berlainan dengan melayu...[sorry ya cina...i bukan nak mengumpat u all...actually i pun setuju dengan teori u all...kakakakakaka]...cina ni kalau boleh semua nak mengaut keuntangan...that y laaa...wedding dinner orang cina ni selalunya untung...

HNG yang ajak i ni actually housemate kepada LSL...then 2nd year i pi dok sebumbung dengan mereka.....so, actually i kenal mereka melalui LSL laaa...

so, i tengah pening tak tau nak bagi berapa ang pau kat dia...

Masa i kawin, helen tak datang, tapi dia ada kasi angpau laaa...rm30...

Then, i ada tanya kawan-kawan lain...market price [harga standard ang pau] ialah 80-100 per pax. so, kalau 2 orang tu 160-200 laaa...then, LSL, CPC diorang semua nak kasi 200...Tapi masalahnya i ada sikit keberatan nak kasi 200 lor...Ini adalah kerana [aduhai...macam dok mengarang karangan pula...]...

ini adalah kerana, i bukannya rapat dan baik sangat dengan HNG...kalau disebabkan nak jaga air muka, then akhir bulan i terpaksa makan maggi...no point kan...Lagi pun bukannya i yang suruh dia buat kat hotel...tambahan kan...kalau dia boleh buat kat hotel, bermakna dia sangat kaya lor...tak heran i pun 200 lor...

Tengah pening... kalau bagi sikit, orang mengata...orang pandang rendah terutamanya i ni kawin melayu, lagi orang kuat mengata...[memang ramai kawan cina yang pandang rendah dan ketawa belakang i bila tau i kawin melayu...ada yang kata kenapa tak nak pilih cina, nak kawin melayu...padan muka kalau suami u tu kawin 4 ...aiiii...nak buat camner...dah ni nasib i...jodoh i...]...i tak nak dipandang rendah...i tak nak mereka pandang rendah pada sawsomi...i nak buktikan kepada mereka hidup i bukan yang mereka sangkakan...walaupun kami tak kaya raya, tak dok kat banglow tapi apa yang mereka ada, somi i pun boleh beri kepada i...syukur alhamdulillah...kami ada tempat tinggal yang bulan-bulan bayar sewa, kami ada kenderaan yang masih berhutang dengan bank, kami ada pekerjaan yang gaji sedikit disebabkan bos yang sangat kedekut, kami gemuk menandakan kami cukup makan...yang penting kami ada bebe yang sangat comel di pandangan kami!!!

Ok...balik kepada isu ang pau...Kalau bagi sikit, i just takut pembantunya terus buka isi angpau tu n catat berapa duit kat buku kira-kira n siapa pemberinya...
...kalau bagi banyak, bukannya baik sangat pun dengan dia...

Aduh!! Macam mana tu!!!!

..................
[selepas 1/2 jam berfikir]

Rasanya i dah ada jawapan...biarlah orang nak mengata...u kasi banyak or sedikit...orang tetap akan mengata...bukannya hari-hari i berhadapan dengan mereka...setahun pun belum ada sekali...

Amount yang i nak kasi ialah

Photobucket

168


[terus kaya]

4 comments:

  1. uih, rm168 pun manyak tu oli..kalo saya dpt mesti senyum lebar..hehehe

    ReplyDelete
  2. biarlaa x kaya janji hidup bahagia.. tapi kalau kaya, syukur alhamdulillah.. apa kata ang pau tue kasik saya sure saya melompat2 gembira hihihi

    ReplyDelete
  3. oli, fad ada invitation wedding dinner from my chinese boss kat prince end of this month. Yang itu kena bagi ang pau gak ker????

    ReplyDelete
  4. tu lah ..... bila i trima dinner invitation dari kawan2 cina utk menghadiri perkahwinan mereka ...... kita selalu kata 'aiyoh, ada saman lagi'. kenapa perkataan saman? sebab ang pau yg kita kena bagi tu serupa bayaran jika kena saman dari polis.

    ReplyDelete