Tuesday, July 21, 2009

Macam nak ambil kerusi hempas kat TV

kerja i lepas balik kerja ialah tengok TV, menonton tv dan melihat TV...ada macam-macam negara punya drama siri...hongkong, singapore, korea dan kadang-kadang ada m'sia...setiap drama mengambil masa sejam...so, i harus spend kat depan tv minimum 3-4 jam per petang sehinggalah ke malam...
.
so, 2 malam yang lepas, i pun menonton drama siri china...i macam nak ambil kerusi hempas ke tv, nak ambil senapang air sofea tembak kat mak mertua dalam tv tu...dia dera menantu dia...anak lelaki dia macam kayu bila tengok bini dia kena dera...tu yang i geram tahap maksimum...
.
ADAKAH PATUT MAK MERTUA TU SALAHKAN MENANTU DIA SEBAB SEBAB MELAHIRKAN CUCU PEREMPUAN DAN TAK BOLEH MELAHIRKAN CUCU LELAKI UNTUK KELUARGANYA?
.
Hello, aunty....
sebelum u suruh menantu u pergi terjun sungai, u suruh anak lelaki u terjun ke dalam perigi belakang rumah u laaaa...sebelum anak dan menantu u terjun sungai dan terjun perigi, u pergi sekolah laaaa...suruh cikgu sains ajar u apa itu kromosom X, apa itu kromosom Y....
.
i tau i terlalu emosi, tapi i rasa sangat kesian dengan menantu dia lor...kesian kat menantu dia jadi perempuan zaman itu lor...lahir anak perempuan pun salah, tak boleh lahir anak lelaki pun salah dia...biasanya family cina lor yang takut surname diaorang ni putus di sekerat jalan....nenek i cakap dulu kat negara china, kalau dapat anak perempuan, mereka akan bunuh hidup-hidup...huhuhuhuhuhu
.
Photobucket
picture credit to google
comelkan...nanti i pregnant i pun ambik gambar macam ni....kelihatan sangat comel!!!
.
Seperti yang kita ketahui [ tapi tetap ada juga manusia zaman ini yang tidak ketahui...masih ada suami yang salahkan isteri ataupun kecewa dengan isteri bila tak dapat anak lelaki...itulah pasal, masa belajar hang ponteng sekolah, bila hang tak dapat anak lelaki hang salahkan perut isteri hang tak guna...pastu hang nak cari isteri simpanan, bini kedua,ketiga dan keempat...] percantuman benih lelaki dengan telur perempuan akan menghasilkan janin, keturunan kita. Penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang biasanya berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki atau kromosom Y dan anak perempuan kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.
.
Tegasnya penentuan jantina anak adalah terletak pada benih suami. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.
.
Tapi kita harus faham, semua ini adalah kuasa Tuhan...Tuhan yang menentukan u dapat apa, dia dapat apa, mereka dapat apa...so, tak payahlah pening pening kepala sangat, terlalu stress sangat ya untuk memikirkan perkara ini...kalau ada rezeki, maka ada laaaa
.
kesiannya kat kaum perempuan sering dipersalahkan kalau tak dapat lahirkan anak lelaki...lagi kesian kalau tak boleh lahirkan anak...so, kita harus bersyukur banyak-banyak...tak ada anak lelaki pun tak apa laaa...sekurang-kurangnya kita ada girl girl yang comel [pujuk hati sendiri]
.
kalau ada rezeki, i nak 2 orang anak saja...tak kisah laaa yang 2nd tu boy or girl...serius, i memang tak kisah...mungkin sawsomi yang kisah...tapi kenapa dia nak kisah kan? sebab dia anak tunggal 3 keturunan? kalau tak dapat anak lelaki, bersalah pada nenek moyang...dia harus faham...faham apa? sila rujuk text bold di atas...[penatnya kena ulang balik]...nenek moyang dia pun harus faham, sila bangun dari kubur baca blog cucu menantu mereka nih untuk menimpa ilmu pengetahuan...[confirm kena siku dengan bapa mertua kalau dia terbaca blog i ni...]...lagi satu nenek moyang harus faham ini semua kehendak TUHAN...OK?! i pun bukannya semakin muda...takkan 40 tahun masih nak pregnant nak lahir anak yang ke-4, bila i 55 tahun[dah tiba masa bersara], anak bongsu i baru 15 tahun...mak oiiii...so, maknanya tak boleh bersara lagi lor...kena terus merayu dengan encik boss...kasilah i kerja lagi boss, i kena menyara anak i yang sekolah menengah tu...huhuhuhu...tak mau macam ni laaaa....sangat tak comel tau!!! biarlah i terus jadi translator komik dengan alasan i bosan kat rumah sebab anak-anak dah besar, dan sawsomi pula bz dengan mesyuarat...[mesyuarat apa? mesyuarat tingkap? kakakakakaka]...
.
sungguh tak boleh nak bayangkan kalau i berumur 55 tahun [kalau panjang umur laaaa] masih translate komik remaja....oppssss...terkeluar tajuk...
.
sawsomi? sudah tentu dia mau ramai lor sebab bukan dia yang mengandung dan bersalin maaaa....tapi,sawsomi... zaman sekarang bukan senang nak bela anak ramai lor....memang kita mengajar anak hidup kesederhanaan, tapi kita bertanggungjawab memberi mereka yang terbaik...
.
*****************
ohya, norsham kat penang sudah selamat melahirkan baby boy 4 pagi tadi!!!
tahniah tahniah tahniah
selamat berpantang!!!!

7 comments:

  1. banyak lawak lorrrrrrrr ...


    *** nanti betul betul itu atuk sawsomi bangun cekik you baru tahu ... hahahahah

    ReplyDelete
  2. hahah..sgt emosi yek n3 ni..mrah kt mentua dlm tv ke mentua in real life?ahaks:p
    oli keje komik translator ke?

    ReplyDelete
  3. MY BOS CKP KAN ORG CHINESE SKANG NAK ANK PEREMPUAN TAU SBB ANK LELAKI BILA DH KAWEN DH TAK INGAT KAT MAK BAPAK..dah tukar pemikiran plak skang nie kan..my bos chinese punya org..dia sendiri yg ckp tau :D

    ReplyDelete
  4. patut la tadi dengar bunyi keyboard macam nak pecah. wakakaka.....

    tapi memang betul. tak dapat anak lelaki, nak salahkan perempuan. tak dapat anak nak salahkan perempuan. memang tipikal la orang macam tu.

    ReplyDelete
  5. 101% setuju... kaun adam yg harus dipersalahkan..kalo x dpt bg jantina anak seperti yg dihajati...kuikuikui... syukur i dah der sepasang...itupun puas tau menuntut ilmu segala teori & praktikal i pelajari....mihahaha...

    ReplyDelete
  6. haiyo...oli malam nie nenek moyang faizal datang jumpa u tau..ngeh ngeh ngeh
    emosi ler plak...tp betul lorr...selalu pompuan jer jadi mangsa keadaan kan...
    kita dah mengandungkan, dah sakit bersalin kan....pun jarang yg nak ucap terima kasihkan...
    itu dulu kot...but now, masyarakat nak makin terbuka...
    he he he he

    psstt : nanti i kasi tau bapa mertua u suruh buka blog u tau oli!....he he he

    ReplyDelete
  7. Betul la Oli..tp masih ade pemikiran kolot mcm tu lg..masih ade la..tp kebanyakan nye dah tk kisah pn sbnrnye... kalau jupe org nye hrus kena syarah..byk bukti science yg nyatakan mmg ketentuan laki-pmpn selain dr Illahi is dr kromosom lelaki..huhu kite tlg nandung n bersalin dgn ssh payah aje!

    ps: Oli..thanks fr the bedey wish! ummuah!

    ReplyDelete