Monday, August 31, 2009

Hit by the ladder after falling off it!!

Aduh!!! Sakit!!!!
Photobucket
Sudah jatuh ditimpa tangga, pastu orang nampak pulak!!!! sungguh memalukan!!!!
.
.
macam-macam yang berlaku 2 bulan [nak masuk 3 bulan ni]
semuannya kena pakai duit yang 2000 ringgit malaysia...penyewa lama nak pindah, kena bagi balik deposit 2 bulan...laptop rosak, nak repair kena 2000 ke bawah, bill bill tertunggak kena 2000 ke atas, kereta rosak kena 2000 ke bawah!!!
.
.
Hello...semua sudah janji ke?
.
.
semalam pergi jumpa orang tengah investment tu...dia suruh kami tunggu lagi dan suruh kami doa bukakan hati kepala uncle dan uda tu untuk pulangkan duit investment yang orang lain telah bawa lari!!!! sudah 1 tahun tunggu!!! then, dia cakap lagi, kalau kami buat report polis pun dia [orang tengah] tak ada apa-apa, sebab kami tak ada bukti...kami yang suka rela bank in 20K kepada dia!!! celaka sungguh!!! dan padan muka sungguh-sungguh kepada kami!!! sebab awal-awal lagi dia dah cakap ini skim nak tolong orang miskin[konon-konon masa tu kami sangat miskin laaaa]...so memang tepat lor, duit kami digunakan untuk tolong orang miskin~~~ [tapi orang miskin tu bukan kami lor] *sigh*
kenapa laaa tak dengar betul betul kata-katanya yang mempunyai maksud tersirat itu?????
TOLONG ORANG MISKIN!!!
.
.
*sigh*
**sigh**
***sigh***

Hit by the ladder after falling off it!!

Photobucket
[sudah jatuh ditimpa tangga pulak!!!]
.
.
.
Macam-macam yang berlaku dalam 2 bulan [nak masuk 3 bulan ni]
Mula-mula ialah diikuti dengan sawsomi berhenti kerja di EOM, kemudian buka kioks di PTPL , satu kioks kecil kongsi 3 lelaki gergasi...sales harian memang lumayan...tapi bila dah dikongsi 3 orang...mana cukup lor...pastu cari cabang lain...tulah yang buka kat puchong...mana tau lalat pun tak ada...so tutup kedai!!! mau atau tak mau, sawsomi terpaksa cari kerja laaa...kerja kat cafe hospital selayang...gaji separuh aje dari gaji eom...
.
kemudian diikuti dengan penyewa mentari court nak keluar dari rumah sewa...so, kena cari penyewa baru...Yang masalahnya ialah kena bayar balik deposit 1500 kepada penyewa lama...celaka betul!!!!
.
Kemudian laptop rosak!!! macam tau tau aje kitaorang ada masalah kewangan!!! nak tumpang sekaki menyibuk juga!!!!kalau nak repair...2000 ringgit malaysia ke bawah!!!!
.
Then diikuti dengan semua bill dah matang!!! loan yang dah masak!!! *sigh* sebulan lebih sawsomi berniaga kioks mana ada ambik sesen pun...then, gaji kat cafe ni pun tak dapat menampung semua hutang!!!! *sigh*
.
gaji i mana?
gaji i nak bayar sewa rumah, nursery anak, kutu, astro, internet...habis laaaa....
.
.
then yang paling mencabar ialah kereta rosak!!! kos repair 2000 ke bawah juga!!!! macam dah dijanji-janji!!!! semua datang sekali gus....semua 2000 ke bawah!!!!
.
.
semalam kita orang pergi jumpa orang tengah investment tu!! dia suruh tunggu lagi!!!! dia suruh kita orang doa untuk buka kan hati kepala investment tu cepat bayar balik duit pokok 20k!!! then dia cakap lagi, kalau kami pergi buat report polis, dia tak kena juga sebab tak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia paksa kami bank in 20K kepada dia...kami yang suka rela bank in 20K kepada dia!!!! padan muka kami sangat-sangat!!!!!!
.
.

Sunday, August 30, 2009

my cik KIA sakit tenat

mau balik?
tak mau balik?
[balik kampung sawsomi kat perak lor]
Photobucket
my anak dara yang poyo!!!
.
.
akhirnya kami balik juga
[dengan hati yang berat]
naluri seorang isteri seolah-olah macam something akan berlaku...
[hebat kan?]
.
actually i keberatan dengan $$$$$
[maklumlah sawsomi belum dapat gaji lagi]
[agak sukar nak poya-poya]
.
tapi disebabkan sawsomi begitu rindu dan ingin berjumpa dengan abahanda yang sedang tak berapa sihat, maka i pun ikut aje laaaa...
kang apa-apa berlaku pada abahandanya, mesti i disalahkan dalam kes ni sebab menghalang dia berjumpa dengan abahandanya...
.
.
OK...balik ke tajuk...
Berhubung dengan perkara di atas, kami telah bertolak dari rumah 3.30pm menuju ke destinasi...
.
.
Cuaca agak baik, jalan agak jem...
tapi tidak menghalang destinasi kami!!!!
.
.
i dan sofea dok kat belakang...
i tengah layan sofea makan mcD
[jeles betul tengok bebe makan]
.
.
then, tiba-tiba sawsomi bagitau, temperature kereta naik!!!
then sawsomi pun ke line kanan dan masuk ke emergency line!!!
then, enjin kereta mati tepat-tepat di bawah jambatan di rawang!!!!
[kat highway]
.
.
buka bonet depan,
keluar asap!!!!
.
.
Tak sampai 5 minit,
tow truck pun sampai
[macam ada pasang cctv pula]
Photobucket
then,
cong ceng cong ceng
call sana call sini
i call makcik rehan
[saja nak kasi tau itu orang tow truck,
i ada kenalan di rawang...
jangan ingat boleh cekik darah...]
last,
kami sudi terima bantuan orang tow truck tu dengan bantuan RM200 untuk hantar kami balik ke area pandan memandang orang-orang yang sawsomi call tu lagi mahal berbanding dengan orang tow truck pertama yang tiba di tempat kejadian...
.
.
Jadi,
cik KIA kami pun naiklah truck
dan kami pun naik juga truck
dengan kadar tumpang yang berharga RM200
kira berbaloi juga laaa sebab cik KIA pun naik sekali!!!!
Photobucket
[balasan]
[balasan nak berkira dengan ayahanda mertua]
[see tuhan dah balas on the spot]
[bukan 200 ringgit yang melayang 2000 ringgit ke bawah yang bakal melayang sekiranya mau mengubati cik KIA]
huhuhuhuhuhu
Photobucket
.
.
dalam truck tu
kami pun borak dengan orang tow truck tu
.
.
then,
dia bagitau
tempat kereta rosak tu
actually lokasi HITAM
banyak kemalangan berlaku di sana!
ada yang kereta rosak,
pastu kereta lain hentam dari belakang...
naik bulu roma i dengar!
syukur alhamdulillah sebab kereta kami rosak aje
tak ada berlaku apa-apa yang tidak diingini!!!
duit habis boleh dicari
kalau nyawa sudah habis
mana mau cari?
.
.

Saturday, August 29, 2009

makan time

Photobucket
yeah yeah...
tapi gula merah tak hancur sangat...masih boleh rasa ketul-ketul!!!
i nak yang cecair...bila kita gigit, air gula melaka tu percit keluar ataupun meleleh keluar...!!!
isnin buat lagi!!!!
kegagalan tu tangga kejayaan!!
[mana tau tahun depan boleh berniaga kat pasar ramadhan juai ONDEH ONDEH]
.
.
.
.
Photobucket
agar-agar ni dah 3 hari dok dalam peti sejuk!!!
Dah buat tapi malu nak makan!!!!
Setiap kali buka peti sejuk, dalam hati dok niat, nanti buka puasa nak makan!! tapi setiap kali buka puasa, tak makan makan juga!!!!
celaka!!! Tunggu masa buang aje!!!
nasib baik buat setengah bungkus aje!!!
membazir betul!!!

Friday, August 28, 2009

menyesal...

menyesal pagi tadi tak tidur balik lepas sahur!!!!
dapat tidur 1 1/2 jam pun jadi laaaa....
salah siapa?
salah diri sendiri lor...
terlebih rajin nak kemas rumah tengah malam
[pukul 1 baru tidur]
lepas sahur, terlebih rajin pula nak basuh baju kotor
[sawsomi dah offer dirinya nak basuh esok hari]
padan muka
kang ni mengantuk macam neraka!!!
tulah jangan sombong dengan somi...
somi ajak tidur,
sombong tak nak!!!
padan muka!
terimalah balasannya!!!
.
.

teringin nak makan ondeh-ondeh buatan sendiri

Photobucket
sumber : arkib sawsawlady
[ingatkan tak akan teringin nak buat lagi selepas eksperimen berjaya...]
.
.
.
apa nama sebenar benda ni?
i panggil ONDEH-ONDEH
kat google ONDE-ONDE laaaa, ONDEH-ONDEH laaa..
ami panggil BUAH GULA MELAKA
walaupun mungkin nama BUAH GULA MELAKA lebih tepat dengan benda ni [sebab isinya gula melaka], tapi i suka namakan ia ONDEH-ONDEH...[tak ada sebab]
.
.
.
ami dan azi dok tak habis dengan BUAH GULA MELAKA...sampai minda i pun terpengaruh...
.
Ada melambak-lambak jual kat pasar ramadan...tapi i gatal nak buat sendiri juga...
.
Semalam dijangkakan i akan sampai rumah awal [setiap hari pun awal]...so i pun beli tepung pulut dan gula melaka nak buat ONDEH-ONDEH...
.
Dah siap 'guli'kan ONDEH-ONDEH...turun ke kedai mamak kat bawah nak beli kelapa...Dugaan...mesin kelapa rosak, so mamak tu tak boleh nak mesinkan kelapa untuk i...
.
buka puasa i tengok ONDEH-ONDEH mentah yang telah start keluar lelehan gula melaka...Tapi i try juga nak makan tanpa kelapa...I pun masak...semuanya lari shape...air rebus ONDEH-ONDEH bertukar menjadi air gula melaka...huhuhuhuhu...BUANG aje.
.
.
Rupa-rupanya tak boleh taruh lama-lamakan selepas di'guli'kan...
.
.
.
Tak apa...i suka cabaran!!! Selagi tak berjaya, i akan buat, buat dan buat...[kuih sagu i masih tak berjaya walaupun dah kali ke-4 i try]
.
.
tepung dan gula melaka ada lagi...malam ni buat lagi!!! beli siap-siap kelapa sebelum balik rumah!!!!
.
.

traffic jam disebabkan seekor siput?

Thursday, August 27, 2009

syukur alhamdulillah

Hi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 Emoticon
YES!!!
Thanks taukey!!!
.
.
.
.
Hi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 Emoticon
yeah yeah
.
.

Wednesday, August 26, 2009

nomood

No mood nak update blog
(1st time rasa boring dengan blog)
(malas dan tak ada ilham)
.
.
No mood nak facebooking
(tak tau nak komen apa...)
.
.
No mood nak cucuk tanam lagi!!!
(rupa-rupanya CURI pun tak semestinya BEST)
.
.
Hari ni hari apa?
Oh! Tidak
I sudah GILA!!!!!
i tak ingat hari ni hari apa?
.
.
Mulut dah nak pecah!!
Tak henti-henti GUAP!!!
Malas nak tutup dengan tangan!!
.
.
Tengah menaip tanpa tuju arah
fikir apa taip apa...
.
.
Perut tak SIHAT
rasa macam ada banyak angin...
Tak berani nak kent*t...
lepaskan secara terkawal dan pelan-pelan supaya tak didengari orang lain...
(nasib baik bukan jenis kent*t yang busuk)
.
.
sangat sengsara tak ada laptop/PC di rumah...
internet kat rumah tu seolah-olah dipasang untuk menolong syarikat berkenaan bayar gaji kepada pekerjanya...
.
.
CPU berjaya dibaiki dengan harga RM60...
sangat murah
Cisss...rupa-rupanya si ah Law tu tipu i...
dia cakap kipas cpu rosak...
rupa-rupanya bukan...
.
.
2 kali pergi ambik CPU
(ujian di bulan puasa)
Lalu kedai motor,
macam nak sepak muka mamat-mamat kedai motor tu...
i tau dia bukan kacau i
diaorang kacau mimi
.
.
terjumpa polis yang sangat kacak!!!
'handsomenya polis ni'
Rasa-rasanya dia dengar tak?
.
.
minggu ni malas nak klik iklan...
malas sampai nak buka blog sendiri pun malas...
oh! 16K...
.
.
Tak ada mood
tapi boleh tulis begitu panjang...
sungguh hebat!!!
.
.

Tuesday, August 25, 2009

kehidupan seorang petani

hehehehehehehehe
.
.
.
Sibuk jaga ladang!!!
Takut hasil diCURI!!!
.
.
.
.
ayu,
i dah curi 3 biji apple u!!!
heheheheheh...
.
.
.
kak atty,
2 biji terung berjaya dirembat!!!
hehehehehehhe
.
.
.
.
Petani yang sangat keji!!!!!

Monday, August 24, 2009

terjebak lagi

[dasar orang tamak]
.
.
.
Mula-mula main Barn Buddy...main sekerat jalan...
then, terpengaruh dengan sis...main pet society pula....lumba lari pun belum terrer...
kang ni main farmville pula...
Photobucket
tapi i tak tau main laaaaaaa...help!!!
.
.
.
.
haloooo
hang ni terlalu senang ke?

.
.
jangan risau,
semunya i main sekerat jalan saja
[nak cover line]
.
.
.
sengaja buat entry i main games
sebab i ni sangat jarang main games...
boleh dikatakan 0
i terlalu baik
[terlalu suci]
tidak buang masa bermain games
[sebenarnya terlalu tidak pandai]
tapi
kini
tidak lagi!!!!
i telah jadi jahat!!!!
hohohohoho

petani tak bertauliah

Baru tadi i pergi curi hasil tanaman kawan-kawan i yang penat bercucuk tanam...
kakakakakakakaka...
[sangat puas]
[baru tau kehebatan i yang terpendam selama ni]
Photobucket
.
.
.
sebelum ni i menjadi petani yang sangat berhemah tinggi dan sangat bertauliah...
[sebab belum tau boleh curi]
tapi semalam cik azie dan cik ami membongkarkan rahsia...'Boleh curi hasil tanaman orang lain'
Apa lagi...pagi ni masuk office curi hasil tanaman orang lain laaaaa....[sebab i punya hasil tanaman pun dicuri...]
.
.
.
.
I mendapat 1147 coins hasil pencurian i!!!!
.
.
.
Yang paling kurang asam tu...
2 orang kawan i laaaa...
tolong i siram, cabut rumput, buang itu bug...
[i terharu macam nak mati....]
last, diaorang curi hasil tanaman i
cissssss
.
.
.
.
hahahahahahahahaha
[Dosa tak? mencuri di bulan yang begitu mulia...adakah dosa akan 2 atau 3 kali ganda?]
.
.
.
main main aje kan....
disebabkan di dunia sebenar kita tak boleh CURI,
[di dunia sebenar, kita CURI hati aje]
so kita CURI di dunia game kan!!!
untuk melepaskan ketidakseimbangan!!!!
.
.
.
.

Saturday, August 22, 2009

2 tahun 3 bulan

=27 month old?
.
.
.
.
Photobucket
muka sombong...
macam i hutang dia 10 ribu setiap kali nak ambil gambar dia...
.
.
.
'apa tu'
[sekurang-kurangya i faham]
.
.
.
'tolong saya'
[i pun faham...dia suruh i tolong dia setiap kali daddy dia gomol dia]
.
.
.
'bukan'
[i faham juga penggunaan perkataan BUKAN walaupun dia sebut 'KAN' aje]
.
.
.
[celaka]
[kenapa setiap kali i nak tulis perkembangan bebe, i mesti tak ingat perkembangan bebe]
[then setiap kali i kena mengakhiri dengan ayat...'Nanti i ingat, i tambah lagi...'....]
(-_-)''
.
.
.
Berat : antara 11-12kg
Tinggi : lebih kurang sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya kot
Susu : DL 123
.
.
.
memang tak tau nak tulis...
otak kosong
[tiba-tiba aje kosong bila nak tulis perkembangan bebe]
then, tak payahlah susah-susah tulis laaa?
[tak boleh...semua ni rekod untuk masa tua-tua lor....kalau sempatlah hidup sampai tua-tua...]
.
.
.
Bila i ingat i tambah laaaa...
[ayat untuk sedapkan hati sendiri]

Yeah Yeah

Tinggal 29 hari!!!


.
.
[hari ni pun belum habis lagi dah hitung hari...kurang asam betul kan]
.
.
.
Harap-harap sepanjang bulan ni, i....
.
1. Tak TERKOREK hidung
2. Tak TERKOREK telinga
3. Tak TERGIGIT pen
[maklumlah iman tak kuat, banyak dugaan]
4. Tak TERCARUT
5. TAK TERGOSSIP / tak TERGUMPAT
6. TAK TER'MERUNGUT dahaga
7. TAK BERSAHUR
[maklumlah cacing tidur lebih hebat dari iman]
8. Tak TERSAKIT
[sakit betul-betul 1 hari, sakit pura-pura 2 hari...masa ganti puasa menyesal macam nak mati]
9. Tak TER'GEMUK
[maklumlah dah 1 hari tak makan, time buka puasa makan tak ingat dunia]
10. Tak TERBAZIR membeli makanan buka puasa
[maklumlah nafsu....semua makanan nampak sedap kat pasar ramadhan...kalau boleh, nak beli satu pasar ramadhan]
11. Tak TERMALAS solat
.
.
.
yang ni dulu laaaa...nanti stress pula....

謝謝nuffnang,但是...

Photobucket
i rasa tak boleh nak cash out cek ni lor...
[buat-buat pandai pula]
sebab
sebab
sebab
nama kat cek dan nama akaun kat bank TAK SAMA
hohohohohoho
padan muka!!!!
[tengok cek tu mengalir air liur]
.
.
.
.
.
1 tahun 7 bulan
dapat 壹貳?肆伍陸柒捌九拾
RM壹佰貳拾柒.玖拾陸sen
[amount dan separuh nama terpaksa dipadamkan atas keselamatan hal ehwal dalam negeri...kakakakakaka...]
[bukan apa...kalau u all ternampak amount tu...u all mesti ketawa sampai terguling atas lantai sebab amount yang agak sedikit...
sebenarnya i tak bercadang nak cash out pun...tertekan...tertekan... jari tak guna ni pi tekan cash out kan money...celaka sungguh...i ingat nak tunggu sampai 16k baru nak cash out kan...kakakakaka]
.
.
.
OKlah...
siapa nak bagi kan? kan? kan?
.
.
.
kam sia nuffnang!!!!
[i akan rajin klik klik klik dan klik]

Friday, August 21, 2009

Tak tau nak bubuh tajuk apa!

Memandangkan TV tak ada rancangan yang best best pada 5.30 petang...so, semalam i request sis berhenti kat playground kat tepi jalan...
.
.
saja-saja dan untuk syiok syiok...
[keberanian harus ada untuk menyahut cabaran norrimie anak pak aji...]
.
.
Photobucket
sawbebe bagaikan burung terlepas dari sangkar...
.
.
Photobucket
si botak ni anak i [sila jangan percaya...i tipu aje]
.
.
.
.
esok puasa?
esok puasa?
macam tak percaya aje...
[kena ke i berpura-pura gembira?]

Thursday, August 20, 2009

Cherry and ah Xi

Photobucket
pet baru i yang i bela kat mukabuku!!!
.
.
.
selain itu i juga bercucuk tanam!!! hehehehehehehehe
.
.
.
Boleh jadi addicted pula!!!
takut ah Xi dan cherry kelaparan, tak happy dan tak bersih...
takut hasil tanaman dicuri orang!!!
aduh!!!!
ish ish ish..
Tak baik tau...
makan gaji buta
ahFoon,
Tolong insaf [pada saat ni]
.
.
.

belanja seluar minum hot coklat

Puasa dah dekat...
so i mengambil kesempatan ni belanja seluar jeans i yang kena sumpahan ni minum hot coklat
[tak minum sekarang kang dah posa tak dapat minum lagi]
.
.
.
Photobucket
argggghhhh
Habis basah...
kedua-dua paha besar terasa begitu sejuk dan melekit....
kerusi pun dibelanja minum...
nasib baik tak panas,
kalau tak satu pandan cahaya boleh dengar jeritan i!!!
dan sangat
bernasib baik tak tertumpah kat tempat '3 segi'
kalau tak...hahahahahahaha...
.
.
.
padan muka kat diri sendiri
sebab takut posa dah tak boleh minum hot coklat kat office...
so tadi dasar tamak bancuh 1 cawan penuh dan bukannya 3/4 cawan...
tumpah pun 1 cawan penuh ke atas badan dan bukannya 3/4 cawan...
Padan muka!!!

Wednesday, August 19, 2009

1malasia

macam ni laaaa kita orang
dah jadi 1 malasia
Photobucket
...walaupun tak ada meja makan, bersila atas lantai yang beralaskan surat khabar saja...
tapi mak oiiii...sedap sungguh kari ayam [puji diri sendiri]...petua suri rumah zaman sekarang yang hanya boleh didapati di kedai runcit uncle di blok mimi azie ayin blok yang warna kuning yang boleh nampak dari belakang balkoni rumah i dan bebe akan tunjuk sambil cakap 'mak'...'mak'...
.
.
.
apa yang i nak merepek ni dengan 2 keping gambar di atas?
kari ayam yang sedap?
ataupun
adik beradik i yang bersila makan dengan sawsomi?
[alangkah bagus kalau mak i pun bersila sekali]
suatu hari mesti boleh makan sekali punya...aminnnnnnnnnnnnnn
.
.
.
sweet aje kan gambaran di atas[perasan sorang diri lagi] walaupun rumah i bersepah macam apa...
.
.
.
Tarikh : 8 ogos 2009
Perkara : adik laki i deman dan terpaksa datang bertumpang di rumah kita orang sebab housemate dia takut dia ada virus h1n1....
.
.
.
.
[entah apa yang nak ditulis]
[tulis dengan kaki ke?]

Amaran untuk lalat taik yang sesat itu dan lalat-lalat lain yang bakal sesat!!!

Photobucket
.
.
.
.
Photobucket
bersemadilah lalat!!!!

Komen LALAT TAIK

Photobucket
.
.
Photobucket
.
.
hey budak 3 tahun!
awak rasa sangat lucu ke dengan joke awak ni?
Harap TUHAN membalas awak dengan joke awak tu...aminnnnnnn

L.A.L.A.T

KALAU NAK BACA, BACA SAJALAH


KALAU TAK SUKA BACA,


SILA BERAMBUS DARI SINI


JANGAN NAK MEREPEK


DENGAN MENGGUNAKAN OTAK


HAIWAN!!!

Tuesday, August 18, 2009

denda 10ribu?

(大山腳17日訊)衛生部長拿督斯里廖中萊指出,該部將援引疾病控制法令,提控那些患上感冒或咳嗽,卻沒有戴口罩出門的人士。

根據該法令,罪成者最高刑罰為罰款最多1萬令吉,或監禁最高兩年,或兩者兼施。
.............
(http://www.chinapress.com.my/content_new.asp?dt=2009-08-18&sec=world&art=0818waa82a21.txt)
.
.
.
.
1萬 = 10 ribu
10ribu ringgit malaysia?
atau
penjara 2 tahun?
ataupun kedua-duanya sekali
.
.
Kalau seseorang itu selesema dan batuk
...TAK PAKAI MASK...
.
.
.
Photobucket
.
.
.
Macam ami cakap...
[ami yang cakap, bukan i yang cakap tau...hehehehe]
masa negara lain dok sibuk buat pencegahan awal
pak politik kita dok sibuk fikir NAMA yang sesuai untuk wabak ni...
ish ish ish
pak politik zaman sekarang
.
.
.
sekarang ni nak denda pula rakyatnya
10 ribu dan 2 tahun penjara
kalau didapati menyalahi undang-undang...
huhuhuhuhuhu
.
.
.
.
kenapa 10 ribu?
kenapa tak 20 ribu ke, 30 ribu ke, 40 ribu ke?
denda 10 ribu tu,
sebab
kita mampu nak bayar?
.
.
.
Kesiannya
[kat kita]
kalau kena denda...
dah laa takut [macam nak mati]... takut dijangkiti h1n1 ataupun selsema babi,
pak politik, apa nama wabak ni...
H.One.N.One
H.Satu.N.Satu
ataupun Selesema babi [nama kegemaran sesetengah pak politik]
ni nak kena saman 10 ribu pula
paling malang kena penjara pula 2 tahun...
adui!!!!!
.
.
.
siapakah yang akan saman kita?
adakah kita ketika berjalan di kaki lima...
tiba-tiba ada orang yang pakai mask yang berupa pegawai kesihatan yang akan tahan kita?
ataupun polis yang akan check kita sama ada selesema dan batuk?
ataupun polis trafik yang akan check kita?
ada siapa yang boleh bagi tau sama i?
.
.
.
.
awat i ni emosi sangat?
[sebab i tengah selsema dan batuk,
tapi tak mampu nak beli mask,
sebab mask terlalu mahal sekarang ni....
tapi jangan risau,
i dah suruh sawsomi 'ambik' dari tempat kerja dia...]

diselamatkan oleh sweetdarling79

nyaris-nyaris terbabas lagi...
nasib baik laaa i kepochi tanya amy dan makcik rehan...[amy reply i dulu]
nasib baiklah amy ni sangat jujur dan terus terang orangnya...
.
.
.
20k tak serik lagi...
ni nak tambahkan amount lagi!!!
kenapalah tak pandai pandai belajar dari kesilapan?
kenapalah tak jadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran?
memang hantu tutup mata bila tengok $$$$$...
kanasai sungguh!!!!
Hi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 EmoticonHi5 Emoticon

kembali ke school

Photobucket
hampir seminggu 'cuti', akhirnya hari ni bebe kembali ke school...
.
.
.
kalau teacher tak call tanya bila sofea nak ke school, rasanya tak pergi school lagi laaa...
kalau baby sitter h1n1 tak ada exam hari ni, sofea tak pergi school lagi laaaaa...
.
.
.

beRahsia @ blog sendiri

mula-mula,
rasa nak ketawa...
sebab berahsia kat blog sendiri...
hebat sungguh
[celaka sungguh]
entry yang penuh tersirat...
[tak sia-sia belajar buat rumusan tersurat dan tersirat di sekolah]
hanya i tau, sawsomi tau, makcik rehan tau dan of course Tuhan pun tau lor....
.
.
.
Photobucket
Photobucket
.
.
.
ni kat cafetaria hosp selayang....
makan minum free lor kat situ...
[suka suka suka]
hehehehehehehehe

Monday, August 17, 2009

NO MORE CONTEST

Tak sangka join contest pun boleh jadi ketagih...
dah jadi macam kurang siuman!!!
[maksud i laaaa...jangan ada orang perasan yang i tengah cakap diorang pula]
.
.
.
kebelakangan ni i asyik dok join contest ni contest tu yang dianjurkan oleh blogger
[dasar tamak dan nak hadiah free]
setiap kali i join,
i sangat yakin [boleh menang],
tapi haram tak menang pun...
then i kecewa
[macam nak terjun longkang]
walaupun i tau dalam pertandingan mesti ada menang dan kalah
[tapi i tetap tak boleh terima hakikat yang kejam ni time i kalah]
[time i menang lain pula cerita...rasa heaven...]
.
.
.
kali ni i betul betul tekad
i tak nak join apa-apa contest lagi
kalau i terjoin, sila perli i tau
[jangan risau muka i sangat tebal, i tahan untuk diperli punya]
mungkin kesan dan impak dari dari contest sebelum kot
nasib baik tak memalukan 7 keturunan,
kalau tak kena korek lubang sembunyikan kepala
dan bersara dari dunia blogging buat selama-lamanya...
hehehehehehe
[ami kan kan kan!!!! rasa lega kan kan kan!!!]
.
.
.
.
walaupun i dah tekad tak nak join contest
tapi i bercadang nak BUAT CONTEST
kakakakakakakaka
.
.
.
.
~~~~CONTEST CLICK MY NUFFNANG~~~~
.
.
.
.
Kakakakakakaka
[ketawa syaitan mata $$$$$ ]

anak punya pasal....

sabar
sabar
sabar
nak buat macam mana?
U tau kan anak u tu...
[kata-kata sawomi yang ada bawa sedikit unsur keperlian...]
.
.
.
Anak punya pasal
Kena sabar!
Semalam bebe telah jahanamkan laptop milik daddynya yang merupakan satu-satunya komputer di rumah setelah pc mummynya telah jahanam...
Photobucket
tangan bebe yang dengki mummynya online...dia guna tangannya halang kat screen...
.
.
.
tapi pelik lor...
sebab takkan bebe tekan tekan...
dan terus jahanam lor
laptop langsung tak boleh nak ON...
pelikkan!!!
.
.
.
Sabar!!
Sabar!!
Tak apa punya...
perkara kecil aje...
.
.
.
repair guna duit bebe...
sebab dia yang rosakkan!~!!!
.
.
.

Sunday, August 16, 2009

sawBebe kena tinggal

Photobucket
.
.
.
semalam i dan sawsomi pergi ke rumah mak angkat i...rumah diorang ada kenduri lepas isyak [mula-mula bagi tau kenduri nak sambut ramadan, doa selamat...semalam dah pergi baru tau kenduri aqiqah anak pompuan intan...mungkin 4 in 1 kot...]...beberapa bulan yang lepas dah pesan[sms], sebulan sebelum kenduri call, seminggu sebelum kenduri call, sehari sebelum kenduri call...suruh kita orang kena pi kenduri diorang...maklum laa kami ni VVIP dari Melaka...hehehehehehe..
.
.
.
kita orang sengaja tak nak bawa bebe sebab mesti ramai orang masa kenduri kan...tinggalkan dia dengan baby sitter h1n1...
.
.
.
Photobucket
anak-anak yatim dari kajang...mak oiii...kesiannya semua dah mengantuk sampai ada yang tertidur semasa baca doa...
.
.
.
.
hari ni pukul 2 family mak angkat, intan tu buat birthday bash anak pompuan dia 1 tahun...malas nak pi...tapi terpaksa pi...tapi tak nak bawa bebe kang ada orang pula 'takut' dan 'jauh' dengan dia sebab semalam kasi tau bebe kena kuarantin...kang i pula yang sensitif dan terasa orang 'takut' anak i...hehehehehhe

Pagi ini...

SunDay
.
.
.
Kemas rumah dengan cepat-cepat [supaya boleh online]
Cabar White Sugar Sponge [pada masa yang sama ia juga ada gelaran chinese steamed white sugar cake]dengan hati yang berdebar-debar...[tengah tunggu kuih tu kembang baru boleh nak kukus]...
Online dengan aman [tak ada orang iaitu ---> sawsomi nak rebut laptop dengan i]
.
.
.
.
sawbebe dan sawsomi masih lagi tidur walaupun matahari dah pancar kat buntut diorang...
ish ish ish....

Saturday, August 15, 2009

Gunting dengan kaki ke?

mak bebe : hang gunting rambut bebe dengan kaki ke?
mummy : (-_-'') [tak sayang mulut betul...]
.
.
.
inilah fesyen rambut terbaru bebe
Photobucket
[patutlah mak bebe bising aje nampak bebe dengan style rambut yang terbaru dan terkini...hehehehehe...
.
.
.
.
.
semalam my sis [baby sitter h1n1]conplain rambut depan bebe terlalu panjang, asyik dok cucuk mata bebe...then my sis terpaksa ikat pokok kelapa untuk bebe...
.
.
Photobucket
tak duduk diam langsung n dia langsung tak kasi peluang rambut tu disikat...
.
.
.
Sepantas kilat genggam dan terus gunting...1 take aje...kalu 2 take kena pergi salon untuk membaiki...
Photobucket
.
.
Photobucket
sengek sebelah...sebab dia tak nak duduk diam[salahkan bebe]
.
.
.
Photobucket
no bad laaaa...[puji diri sendiri]
.
.
.
Photobucket

Friday, August 14, 2009

mak bapak dia taukey bedak

.
.
.
.
semalam [12/8/2009] entah macam mana dia boleh tercapai bedak daddy dia yang terletak di ketinggian 3 meter dari paras lantai[kat rumah kita orang, orang yang sapu bedak adalah sawsomi saja...sapu pula bedak baby...hehehehehe]
.
.
.
ini budak memang nak kena tibai malam malam buta...i dah kepenatan nak tidur...dia pula senyap senyap buat projek...buka buka mata ternampak ada budak muka putih kat sebelah i...nyaris tergolek jatuh tilam.....kesabaran di hujung tanduk ...
Photobucket
mula mula sapu kat muka sikit-sikit...pastu sapu untuk cadar..
.
.
.
Photobucket
sapu kat muka lagi kasi jadi pelakon opera cina...
.
.
.
Photobucket
pastu sapu kat kaki pula supaya mummynya dia hilang kesabaran...