Wednesday, September 23, 2009

mereka v.s kita

Photobucket
.
.
Suatu ketika mereka mengumpat kita
mereka menghina kita...
mereka mencaci kita...
di belakang dan di depan kita...
.
sekarang mereka bersalaman dengan kita
memeluk kita...
mencium pipi kita
tanpa ada perasaan segan malu
di depan kita...
.
Hakikat is hakikat
hakikat itu sangat kejam...
.
mereka boleh hilang ingatan...
mereka boleh berlakon seolah-olah apa-apa dah tak berlaku...
tapi apabila di belakang kita...
mereka tetap akan menceritakan kisah kisah kisah lama kita...
.
adakah kita harus juga hilang ingatan dengan apa yang telah mereka lakukan kepada kita?
adakah kita harus buat-buat seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku?
.
TIDAK!!!
sebelum ni mungkin YA, tapi kini TIDAK lagi
Orang-orang yang kita percayai telah terima kita ini sebenarnya telah melakukan banyak kerja keji di belakang kita pada suatu ketika dulu...
Hati bagaikan dipotong,
kemudian dibubuh garam
untuk menambah keperitan kita...
.
Kita sendiri pun tahu,
kenapa mereka boleh berpura-pura terima kita...
Bayangkan sekiranya tak ada si kecik ini,
adakah mereka akan melayan kita seperti sekarang ini?
kita dengan jelas sekali tahu JAWAPANnya...
.
Siapakah mereka?
.
Tak lain tak bukan
mereka adalah orang yang mengalir darah yang sama dengan kita
mereka adalah adik beradik yang keluar dari perut ibu yang sama
mereka adalah ayah kita
mereka adalah isteri baru kepada ayah kita
mereka adalah suami kepada kakak kita
mereka adalah saudara mara rapat kita
tapi,
apa yang telah mereka lakukan kepada kita?
.
Kita harus sedar...
dunia ni penuh dengan kepura-puraan
selain tuhan,
tiada ada yang sayangi diri kita ni
maka lebih baiklah kita
berbaik-baik dengan tuhan daripada mereka ni...
.
Memang kita akan lebih bahagia sekiranya kita tahu memaafkan orang lain...
Tapi lagi penting kena ada kesedaran,
kita harus SEDAR DIRI...
siapakah KITA?
dan
siapakah MEREKA?
.
Memang tak patut kita syaki niat orang lain...
tapi kita harus sentiasa berwaspada...
Jangan dipatuk ular kali kedua lagi...
.
memang
yang lepas biarlah ia lepas...
tapi
hati ni tetap rasa sakit
apabila kita mengetahui mereka ni yang suci ni...
mereka yang kita respect ni
turut tumpang sekaki menyepak kita suatu ketika dulu...
sakitnya hati....
.
terus terang cakap,
orang luar yang tiada pertalian darah
lagi 10000 kali ganda bagus daripada mereka ini yang hanya pandai pot pet pot pet di belakang...
.
wahai mereka,
silalah berhenti berlakon..
Sekiranya masih tak boleh terima kita,
terus terang cakapkan aje laaaa
tak payahlah nak bersusah payah berlakon
bukannya boleh dianugerahkan pelakon terbaik pun...
rasa nak termuntah sangat-sangat
bila tengok lakonan mereka ni...
.
kita tahu kita tak layak nak nasihat mereka
sebab garam yang mereka makan lagi banyak daripada beras yang kita makan,
sebab iman mereka lagi tinggi daripada kita
sebab mereka sudah loading 95% untuk ditempatkan di syurga
so,
mereka dinasihatkan JAUHI laaa daripada kita yang berwatakan JAHAT...
mereka ni orang baik-baik,
teruskan laaa jadi orang baik-baik...
jangan disebabkan kami
nanti tercemar kebaik-baikan mereka ni...
kang sia-sia aje sembahyang 5 waktu tu!!!
.
kita sangat merindui mak kita...
mak kita pasti tak akan buat begitu pada kita...
mak kita pasti akan melindungi kita walaupun dia tak setuju dengan cara kita...
mak kita pasti akan nasihat kita dan bukannya mengumpat kita di belakang...
mak kita pasti akan membela kita bila mereka mengumpat kita...
mak kita pasti akan sedih bila mereka buat begitu kat kita...
mak kita pasti akan sayang kita dengan hati yang sebenarnya...
mak kita pasti akan lagi sayang dengan si kecik kita
mak kita pasti akan sentiasa mendoakan kita...
.
mulai hari ni,
kita nak jadi kita yang lebih tegas
kita pun tak nak hidup dalam dunia kepura-puraan lagi...
biarlah mereka yang berlakon,
kita nak jadi kita,
bila suka katalah SUKA,
bila tak suka katalah TAK SUKA,
kita tetap dengan ikhlas
DOAkan mereka bahagia
tapi
please jangan nak masuk campur
jangan ambik peduli terhadap kita lagi...
kita dah PENAT....
.
.
.
.
pengajaran untuk diri sendiri:
Buat baik berkali-kali,
buat jahat jangan sekali
kalau tak dah masuk kubur pun,
mereka masih mengumpat tak habis-habis
.
.

1 comment:

  1. yup! have been into the same situation macam tuh for the last 4 - 5 years. Tapi fad amik pendekatan pekakkan telinga ajer. But now Alhamdulillaj things getting better. After fad tunjukkan that I am SOMEBODY! Yaa fad tak pandai masak asam pedas (lauk kegemaran keluarga di sana) but i do can really cook something else! Yang jauh lebih sedap!

    Sometimes kita kena tunjukkan apa yang kita tau / pandai yang diorang tak tau /tak pandai...

    ReplyDelete