Saturday, October 31, 2009

makan or not?

Dah tak boleh tahan sakit ni...
pi klinik
tapi doktor tak masuk lagi
[kat luar klinik bukan main tulis dengan besar WAKTU 8.30am-10pm...so, saja-saja tulis syiok syiok aje lor]
so,
alang-alang dah sampai
beli aje ubat...
tapi saya tak tau
sama ada saya patut makan ataupun tak patut makan
ubat PAIN KILLER
yang 2 orang pembantu klinik muda yang kelihatan blur blur ni berikan kepada saya!!!
google?
http://www.mims.com/Page.aspx?menuid=mng&name=Pontalon+film-coated+tab&CTRY=MY
tak faham lor!!!
.
.
.
lebih baik tanya azie dulu untuk mengelakkan dikejarkan ke hospital cuci perut akibat kesilapan makan ubat!!!
tak sangka azie sangat hebat lor!!!
dia mengesahkan ubat tu ubat PAIN GILER...
so, selamat untuk dimakan!!!
[azie, mesti mak bapa awak berbangga dengan awak...tak sia-sia diorang hantar u bekerja di klinik]

sakit sebelah

kepala sebelah kiri saya sakit
kulit kepala kiri saya sakit
telinga sebelah kiri saya sakit
mata sebelah kiri saya sakit
kerongkong sebelah kiri saya sakit

Ayam Goreng Berempah Serai & Telur Masak Sambal

* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

* 6 ulas bawang putih- dikisar
* 7 ulas bawang merah- dikisar
* 2 inci halia- dikisar
* 2 batang serai- dikisar

* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!
.
.
.
Resipi Telur Masak Sambal

* 4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu)
* 6 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
* segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
* 1 bawang besar – potong bulat
* 1 batang serai – diketuk
* sedikit air (optional)
* garam secukup rasa
* minyak masak

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai dan bawang besar…tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5. Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6. ***Bg mrk yang minat telur goreng…boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan…;)

hatiku yang kecewa

dah 2 hari pagi-pagi
saya cari nasi lemak
tapi dah 2 hari pagi-pagi
saya tak makan nasi lemak
sebagai sarapan
sebab
saya cari satu pandan cahaya
tak jumpa ayam goreng berempah
Photobucket
gambar credit to http://blogresipi.wordpress.com/
.
.
dah laaaa hari ni last day makan nasi...
[macam tak caya aje hari ni last day makan NASI, lepas tu bulan 2 tahun depan baru boleh sentuh balik NASI]
tak kira
hari ni kena cari sampai dapat
nak makan ayam goreng berempah dengan NASI LEMAK...
marvelous!!!

dia pergi dan dia kembali

belum sempat saya nak tayang entry cik KIA saya sakit dan masuk 'wad' [sebab dok buat entry entah apa-apa]
dan semalam dia telah pun kembali ke pangkuan saya...
'doktor' jangkakan dia sakit ni sakit tu [tapi tak rawat pun guna cara tu...sebaliknya merawat mengikut rawatan tradisional...maka dijangkakan cik KIA pasti akan jatuh sakit lagi...choii choii choiii touch wood]
.
.
Photobucket
ni doktor tengah check cik KIA saya......
.
.
Photobucket
sawbebe menangis sebab cik KIA dibawa pergi oleh para medik [menangis bukan sedih tapi sebaliknya sebab dia belum naik kereta jalan-jalan]

Friday, October 30, 2009

orang kecil puas hati dengan impian kecil

yeeeeehaaaaaa
berjaya makan durian setelah 2 minggu punya menunggu!!!
[see...begitu senang puas hati...begitu senang bersyukur...]
Photobucket
walaupun durian 3 biji 10 ringgit
tapi kesedapan tu sehingga menjilat jari...
10q kepada sawsomi kerana telah sponsor durian!!
.
.
.
p/s : saya suka senyuman sawsomi!!!
mak amimi pun selalu puji sawsomi depan amimi[mesti kembang sawsomi kalau terbaca ayat maut from mak amimi]...dia cakap sawsomi handsome...[bangga lor saya sebagai bini sawsomi]
betoi mak,
kalau tak,
cheq tak akan kawin sama dia!!!
kakakakakakakaka
[ampun ampun ampun...
terperasan pula hari ni]

artis tumbuk sambal belacan?

mai mai mai
mai tengok angelina jolie tumbuk sambal belacan!!!
.
.
tak percaya?
.
.
.
ini dia buktinya!
Photobucket
artis tumbuk sambal belacan dengan spek besar yang dipakai naik court!!!
.
.
.
mula-mula selamba tumbuk...
masa tengah syiok tumbuk,
tiba-tiba ada percikan ke arah muka
tak sempat nak tutup mata...
apa lagi!!!!
terkena jus jus cili laaaa....
lari lingkang pukang nak cuci mata
nyaris-nyaris terlanggar dinding
nasib baik sawsomi tolong tarik masuk ke dalam bilik air!!!
ikutkan perangai setan
memang nak baling itu 'batu' ke tingkat bawah aje
namun disebabkan sawsomi tercinta
misi harus diteruskan!!!
maka saya terpaksa keluarkan senjata hebat
spek besar naik court!!!
selepas tu,
tumbuk ikut naluri aje
[akhirnya terhasil cili belacan sebab cili tak hancur]
.
saat jus jus berada di mata
pedas macam nak mati!!!
saya ingat saya akan jadi buta dah tau!!@!
.
.
bukan aje mata pedas,
tangan pun pedas juga
kesimpulannya
sangat terseksa...
dan
saya nak mengambil kesempatan mengucapkan
ribuan terima kasih to my grandmother yang sering tumbuk sambal belacan untuk kami...
TQ ah ma
dan
ini kali terakhir saya tumbuk sambal!!!

rasa-rasanya...

esok gaji dah masuk belum?
.
.
.
kalau esok[jumaat] tak masuk...
sabtu bank ada kerja ke?
kalau bank tak kerja,
maknanya hari isnin [2/11/2009]
barulah boleh menikmati hasil peluh bulan lepas....
.
.
[jampi][jampi][jampi][jampi][jampi]
gaji masuk malam ni juga
[jampi][jampi][jampi][jampi][jampi]
selewat-lewatnya esok kena masuk
[jampo][jampi][jampi][jampi][jampi]
kalau tak masuk juga,
i bakar bank...
opssss!!!

Thursday, October 29, 2009

salah satu aktiviti di nursery ialah high tea

budak-budak minum petang dengan teacher siti...
Photobucket
.
.
.
Photobucket
semua pandang sini!!!! [kecuali sofea]
.
.
.
Photobucket
muka bebe tu...hehehehehe...macam opera cina....
.
.
tiba-tiba ada seorang budak tumpahkan milo terkena dirinya dan kawan yang duduk di sebelahnya...teacher tu selamba aje suruh budak tu bangun, pergi ambik kain dan lap meja, lap lantai, pastu bawa budak pi tukar baju....tak ada merungut, tak ada marah macam yang pernah saya dan amimi nampak masa tengah survey nursery ni....[maka dia bukan berlakon depan saya lor]
.
.
kesimpulan
jadi cikgu ni terutamanya yang kena layan budak-budak kecil ni kena banyak kesabaran....
contohnya air tumpah, nasi tumpah tu dah jadi lumrah hidup diorang...
maka marah pun tak ada gunanya...perkara ni tetap akan berulang-berulang dan berulang....
sanjung tinggi kat teacher-teacher sawbebe...

saja gatal-gatal buat PASSWORD PROTECTED...passwordnya ialah PASSWORD

actually
saya ada banyak entry yang telah diprivatekan
saya ada juga terpikir nak buat entry password protected lor
tapi
tapi
tapi
last-last saya privatekan ajer
leceh pula password password ni
dasar pelupa...takut lupa password
lagi pun dah set password tu
maknanya tak nak kasi orang lain baca ataupun sesetengah orang baca...
maka lebih senang privatekan aje
.
.
.
entry ni tak ada kaitan dan sangkut paut dengan yang hidup dan yang mati yaaa...
just sebab saya gatal sangat nak try buat entry PASSWORD PROTECTED
hohohohohoho

just want to share : kisah kasih sayang adik beradik

meimei yang forward email ni...sambil baca sambil mengesat air mata...alangkah bertuah penulis ni mempunyai adik yang begitu sayang dengannya....
saya punya adik beradik...no komen laaaa...[sebab saya pun bukan kakak yang baik]
.
.
.
.
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
.
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu,emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk dibawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "�Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
.
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan" aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka,dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?"bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar & tidak, aku bersuara,"Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok
ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi....aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak."kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
.
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

pesanan untuk sawsomi!!!

lorkong ah,
Photobucket
[credit to google]
OTW balik tu
kalau ada nampak abang yusuf anak kepada pakcik shamsudin yang juai durian kat simpang jalan tu
berhenti kejap
tolong belikan 3 bakul punya durian yaaaaaa
.
.
toceh in advance!!!

Wednesday, October 28, 2009

sawsomi & sawsawlady

Photobucket
Semalam
Tiba-tiba sawsomi mengeluarkan ayat yang terbuat saya ketawa...
[tak sangka sawsomi pun dah start perasan macam saya...]
.
.
HARI NI I IALAH BRAD PITT...sebab u adalah ANGELINA JOLIE...
.
.
kakakakakakakaka
.
.
.
Rasa nak ketawa,
tapi terpaksa menahan
sebab tengah merajuk!!!!
kalau ketawa
maka pujuk memujuk bini masam akan ditamatkan begitu saja....
.
.
Mesti dia dah baca blog
barulah dia boleh gelar dirinya Brad Pitt
cisssss
siapa mau dia jadi brad pitt?
dia jadi mohamed faizal pun
saya dah tak larat nak cemburu
kalau dia jadi brad pitt
saya maaa mati akibat kecemburuan...
[masuk paper muka hadapan...wanita pertama mati akibat cemburu...]
hohohohoho
bukan tak yakin dengan somi sendiri
[jangan percaya]
tapi pompuan sekarang sangat 'ganas'
[sila percaya]
.
.
.
ok laaaaa
itu saja
[ikutkan hari ni tak ada ilham nak tulis apa-apa...]
nak pi kedai runcit basah beli ayam dan bihun dan taugeh...
sawsomi request nak makan bihun goreng malam ni
[dah 3 hari tak makan masakan air tangan saya, dia dah mula gelisah...]
kakakakakakakakakaka
[perasan lagi]
serius
ada perasaan bangga
bila sawsomi request nak saya masak untuk dia
hohohohoho
panggggggggg
.
.
.
.

Tuesday, October 27, 2009

Antara dialog-dialog yang akan muncul sekiranya suami curang....


tertonton video ni kat ohbulan....
sungguh-sungguh kelakar!!!

secara rasminya...

SAWBEBE SUDAH PANDAI SENDIRI PAKAI KASUT
-walaupun kadang-kadang tersilap kiri dan kanan
-walaupun kadang-kadang dia perlukan pertolongan kita apabila tengok mak bapaknya dah berdiri di depan pintu...[takut kena tinggal]
tapi
10 kali nak keluar rumah
9 kali dia pakai kasut sendiri
[terbangga pula sawbebe boleh pakai kasut sendiri...anak orang lain tau buat semua tu tak heboh pun...si oli aka sawsawlady ni sungguh perasan laaaa...kasi dia tendangan morning kick]
.
.
Photobucket
sampai tengok TV sambil pakai kasut
bila tak dapat pakai...
melalak satu flat boleh kedengaran!!!
.
.
perkembangan 2 tahun 5 bulan

luahan air liur

hari ni pagi-pagi lagi saya telah menjelma jadi angelina jolie...
Photobucket
credit to http://izismile.com/
.
.
rupa-rupanya
bila badan tak sehat
otak pun turut tak sehat
hati pun turut tak sehat
mata pun turut tak sehat
tangan pun turut tak sehat
mulut pun turut tak sehat
kesimpulannya,
semua jadi tak sehat!!!

saya sedang menari

.
.
.
bukan mummy tapi bebe...
.
.
.
Photobucket
ni tarian indian kot...sebab dok gelek pinggang...
.
.
Photobucket
ni ayam berkokok rasanya....
.
.
kasi zoom sikit
Photobucket
mula-mula sakit kepala sebelah kiri...
.
.
Photobucket
then sakit kepala sebelah kanan sambil gelek pinggang
.
.
.
school bebe akan adakan concert & graduation di bulan nov...so, bulan ni teacher teacher tengah giat melatih pelajar menari...
.
.
so, bebe budak nursery pun curi ilmu tarian masa kakak dan abang berlatih...

Monday, October 26, 2009

kongsi kaya, kongsi miskin,kongsi kuman

semua dikongsi sama-sama!!
.
.
Tahniah kepada saya
dah berjaya berkongsi dengan sawsomi punya kuman-kuman selsema, kuman-kuman batuk...
sawsomi tak kedekut kongsi dengan saya!!!
10Q
.
.
rasa macam nak tanggalkan hidung...
hingus yang tak habis-habis diperah...
then,
gatal dalaman yang sangat-sangat...
bersin yang tak boleh nak terhasil tu
amatlah seksa sekali...
tengok lampu, tengok cahaya
untuk buat bersin tu terhasil...
tapi tetap tak boleh nak bersin...
.
.
sesekali dapat bersin
fuhhhh...
LEGA dan PUAS!!!!

dunia games vs dunia nyata

kita dok sibuk 'masak'
[kat cafe world...bukan main rajin masak...kat dunia nyata? haram satu makanan pun tak masak...]
dia pula dok sibuk makan pensel
[mummy dia sibuk masak di dunia games...akibat kelaparan di dunia nyata, maka anak makan pensel sebagai memberontak!!!]
.
.
dah selesai makan,
dia datang menyerah diri dengan pensel yang basah kuyuh dan bibirnya yang hitam...
[dia ingat pensel tu lipstik]
.
.
apa lagi?
kena pukul laaaa
pastu saya suruh dia makan pensel tu!!!
Photobucket
tau pula cakap 'TAK NAK'...
masa buat tu tak terfikir AKIBATnya ke?

S.I.A.P

baru siap menolong sawsomi membuat kerja yang sepatutnya dibuat oleh sawsomi punya orang ofis...
bukannya susah mana pun nak buat kerja tu...
tapi cuma rasa pelik lor...
apasal sawsomi sebagai operation kena buat kerja orang ofis...
ataupun sawsomi saya ni kepochi
[tapi saya rasa 99.999999% sawsomi yang mengejar kesempurnaan mintak saya buat semula layout yang dia nak guna tu!!!]
hohohohohoho
[confirm kena cekik dengan sawsomi mengumpat dia dalam blog!!!!]
.
.
ada nasihat untuk sawsomi
eheemmmmm [clearkan kerongkong]
Bee
[panggilan manja sawsomi... sekiranya ditanslate ke BM jadi lebah pula...kakakakaka]
pandai udah,
jangan terlebih pandai
[pepatah famous kalangan orang hokkien]
takut orang tak syiok
[sebab dah bercucuk tanam sampai ke kotak sawah orang lain]
dan
dengan u punya cik boss muda tu
janganlah terlalu 'kamcheng'
ber'lorong' antara satu sama lain
untuk mengelakkan salah anggap masing-masing dan orang lain
[takut orang lain cakap u pandai bodek dan mengampu boss]
kang sia-sia aje pengalaman, bakat dan kemahiran yang ada pada u....
sebab orang cakap u boleh sandang jawatan ni sebab kamcheng dengan u punya boss
.
.
memang sekarang tak berlaku lagi stuasi ni,
tapi
mana tau
masa akan datang
time orang dah tak suka
orang dah dengki
macam-macam orang akan cakap!!!
.
.
sekian terima kasih
.
.
daripada u punya lorpo!!!!

Saturday, October 24, 2009

luahan air liur: serius, bukan nak merungut...

serius,
saya bukan nak merungut!!!
[jangan percaya]
saya sekadar nak buat catatan saja...
.
.
patutlah orang tua-tua suka menantu cikgu
tak kira menantu lelaki ataupun menantu pompuan...
kalau boleh biarlah menantu mereka ni cikgu!!!
mereka anggap cikgu ni ada banyak masa cuti
pelajar cuti, cikgu pun cuti...
lebih kurang macam tu laaaa....
.
.
entah apa lagi yang direpek lagi!!!
.
.
ok...
balik kepada topik di atas
memang saya bukan nak merungut
saya nak bagi tau aje...
[jangan percaya]
.
.
Kenapa jabatan buruh ada tetapkan had waktu bekerja?
[had waktu kerja semua sudah tau kot!!!]
kenapa jabatan kekeluargaan tak tetapkan had waktu bersama family?
contohnya
Seorang suami/isteri diperuntukan tempoh waktu bersama keluarga 8 jam sehari atau tempoh waktu bersama keluarga adalah tidak kurang dari 12 jam sehari atau tidak kurang dari 56 jam dalam satu minggu dengan purata 48 jam seminggu bagi tiga minggu berturut-turut.
sesiapa yang melanggari, bolehlah buat aduan kepada jabatan berkenaan...maka majikan suami/ isteri akan didakwa...dan muka majikan akan terpapar di surat khabar muka hadapan selama sebulan sebagai pengajaran kepada majikan yang lain yang turut melaksanakan kesalahan yang serupa tapi masih belum tertangkap oleh pihak berkuasa....
[kenapa tak dimasukkan ke dalam bajet 2010?]
.
.
serius,
saya bukan nak merungut
[jangan percaya]
.
.

mak...mak...

ni kejadian beberapa hari yang lepas di mana saya sedang tengok gambar yang azie upload ke dalam fb...
seperti biasa sawbebe akan datang mengacau kerana dengki dengan mummynya yang facebook-ing...
saya terpaksa melayan dia [sedang nasihat dia pergi tengok kartun]...
.
.
tiba-tiba dia menjerit kat saya dan tunjuk kat monitor
'mak..mak...'
'bu shi(bukan) mak...mummy laaaa..'
'mak ...mak...' tunjuk kat monitor...
ooooo....
rupa-rupanya mak(amimi) bebe sedang bergambar dengan azie...
Photobucket
inilah gambarnya
mata mak bebe terpaksa ditutup atas aspek keselamatan peribadi dan rahsia negara..
.
.
.
perkembangan bebe 2 tahun 5 bulan!!!

hari ni sabtu, sawbebe ke nursery lama...

semalam [dah 3 hari sebenarnya, tapi semalam lagi teruk] saya pening kepala
memikirkan masalah...
Masalah hari sabtu nak hantar sawbebe ke mana?
RUMAH PENGASUH
@
NURSERY [LAMA]
.
.
.
Selepas berjaya mencelarukan otak...
saya menyerahkan masalah ni kepada sawsomi
[yelah...anak dia juga kan...kasi dia pening sedikit...unfair laaa kita yang pening sorang-sorang...]
.
.
sawsomi CAKAP hantar aje ke NURSERY LAMA
sebab?
pengasuh lama dah kenal sawbebe...
[itu alasannnya]
fine!!!
saya pun sedikit setuju
saya pun setuju juga hantar ke nursery lama
memandangkan rumah pengasuh tu ada jantina yang berlawanan
[heheheehhehe...memang otak 18sx...tapi...tapi...mana tau kan binatang yang berupa manusia ni kan...]
oklah saya mengaku
memang saya tak pernah hantar sawbebe ke rumah pengasuh,
so saya terlebih fikir lor
fikir ni fikir tu!!!
fikir yang bukan-bukan
fikir yang menakutkan sehingga tak boleh tidur malam...
.
.
tambahan pula
pengasuh yang mengakui diri tu orang singapore tapi slengnya seperti orang indon ni bukannya sekampung dengan kami...
dia dok kampung sebelah...
so,
saya tak tau latar belakang dia...
[kang dia culik sawbebe...how?]
[choi choi choi...touch wood...touch wood]
.
.
Kesimpulannya
hantar sawbebe ke nursery lama
dengan bayaran rm15...
.
.
.
harap sawbebe sentiasa dilindungi tuhan tak kira dimana dia berada!!! amin!!!

Friday, October 23, 2009

$.$.$. dimana engkau $.$.$

awat hang ni malu-malu dengan che?
mai laaa kat che ni!!!
tak payah malu-malu punya...
.
.
.
dulu gaji 800 ringgit
mampu pula nak bayar hutang angah [ptptn laaaa]
sekarang gaji dah 1 kali ganda
tapi tak mampu nak bayar hutang angah...
.
.
apa masalahnya?
tang mana kesilapannya?
apa sudah berlaku?
.
.

encik enzima datang melawat, cik asma pun nak menyibuk...

Photobucket
Since last week
14 or 15 hb kot
bahagian leher dan dada sawbebe dah start ada tanda-tanda enzima...tapi tak serius lor...
This week,
semakin serius enzima tu...
dan semalam malam
sawbebe batuk malam dengan teruk sekali...
asma lor!!!
setiap kali kalau ada perubahan cuaca,
inilah gejala yang berlaku!!!
.
.

Thursday, October 22, 2009

u ingat u sin chan meh?

Photobucket
pagi ni
[8.30pagi]
masa saya nak pergi kerja
saya ternampak
ah sou kutip sampah
sedang buat pose ni kat tepi longkang
OMG!!!
dia KENCING kat situ dengan GAYA macam tu!!!
pastu sangat deras pula sehingga saya pun boleh dengar!!!
[entah ada terkena seluar dia tak?]
then, dia pakai seluar dia dan beredar begitu saja
[pastu dia tekan butang lift...pastu penghuni kat situ pun tekan butang llift...pastu...hohohoho]

Contest 99 HARI TANPA NASI

MY JouRNeY To LoSe WeiGHT
http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/
menganjurkan contest
99 HARI TANPA NASI
http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2009/10/99-hari-tanpa-nasi.html
telah membakar semangat saya untuk menjoin contest ni
tujuannya bukan sebab hadiah utama,
tapi nak ada orang teman tak makan nasi selama 99 hari
barulah tak rasa keseorangan...
then baru ada semangat bila terfikir kat utara ada 2 orang tak makan nasi, kat selatan ada 3 orang tak makan nasi, kat sabah sarawak pun ada 4 orang macam saya yang gila-gila tak makan nasi...
so tak meroyan sorang-sorang...
.
.
.
saja nak mencabar diri sendiri berapa hari boleh tanpa nasi...
rekod terkini
2 hari aje
hari ke-3 serbu restoran order nasi...
.
.
dan ni juga merupakan persiapan untuk diri sendiri untuk kurus balik sebelum pregnant yang kedua [untuk mengelakkan bertambah kegemukan selepas bersalin yang kedua]
pergi-pergi-pergi
sawfoonfoon
[jangan sekerat jalan dah diistiharkan pregnant dah!!!]
.
.
.
.
makcik rehan!!
jom join!!!
saya tunggu u tau!!

mimpi kalut

pagi ni
saya terjaga akibat jerit dalam mimpi
[dan juga terdengar i jerit dalam reality]
betul-betul sekuat hati saya jerit akibat kegeraman yang sangat-sangat
[tapi sawsomi tak dengar pun jeritan comel saya]
.
.
ada 2 perkara buat sebelum tidur!!!
1. berbincang dengan sawsomi pasal gerai beliau di ptpl [yang kongsi dengan 2 orang tauke yang lain lagi tu...]
2. tengok cerita melayu yang dibintangi oleh memeydan vee alia lee tu kat channel 104...then ada satu babak, vee alia lee jatuh tangan patah, then ada sorang lagi pompuan entah siapa yang pakai tudung biru tu gunting tudung dia untuk ikat tangan vee alia lee...kakakakakakakak
.
.
so, pagi ni
dah siang...
punggung dah dijemur sinaran matahari
tapi lagi buat mimpi kalut...
.
.
saya mimpi
tauke si bob yang tak keluar modal tapi dapat bahagian kat ptpl tu datang ke rumah saya
sawsomi layan dia laaa
then entah macam mana
sawsomi nak koyak kain langsir saya
[macam yang pompuan dalam cerita tu koyak tudungnya...]
saya cemas macam semut kat atas api...
ke sana ke sini cari kain lain untuk sawsomi...
kemudian,
saya berjaya menemui satu kain
dan sempat balingnya ke arah sawsomi
tapi sawsomi tak hirau kain tu
dia tetap dengan bergayanya koyak langsir saya untuk diberikan kepada si bob
saya apa lagi
JERIT sekuat-kuat hati!!
[sampailah terjaga dari tidur!!]
.
.
mimpi malam semalam malam lagi hebat
saya mimpi pergi ke pantai dengan amimi, sawsomi, abang amimi, anak buah amimi...
then saya terlena kat balkoni...
bila saya sedar,
air laut pasang...
saya cepat-cepat lari ke dalam hotel...
then kat hotel tu
boleh nampak orang main surfing kat lautan lumpur...
saya lari lingkang pukang bila ada salah sorang surfer tu surf sampai ke arah saya
hey...come on laaa
saya dok kat tinggi sangat tau
tapi naper boleh surf ke arah saya?
.
.
gila punya mimpi betul!!!!

ketegaq tahap dewi

sepatutnya entry ni keluar semalam
tapi semalam saya terlupa nak buat entry ni
akibat kesibukan berchat dengan amimi
[kelakuan sumbang ketika kerja]
.
.
semalam masuk kerja aje
monitor saya bertukar jadi warna kuning seperti di bawah ni...
Photobucket
comelnya sawbebe
oppssss...sorry...bukan nak tunjuk ke'comel'an sawbebe...
tapi nak tunjuk ke'kuning'an skrin monitor saya
[tak sangka monitor pun boleh kena jaundice...
rasa macam nak 'dukung' monitor pi jemur kat bawah sang matahari]
.
Photobucket
gambar ni lagi jelas kelihatan ke'jaundice'annya....monitor ni telah 5 tahun ikut saya...rasanya ajalnya sudah sampai....
.
.
.
tapi
saya yang PEMALAS
dicampur dengan sifat comel yang KETEGAQ
saya mengambil keputusan biarkan aje
.
.
maka
dari 9.30 pagi sampai laaaa dekat-dekat nak 12 tengahari
saya melihat pada skrin kena jaundice ni tanpa berkelipan mata
.
.
.
akhirnya
mata saya pun dijangkiti kekuningan...
apa yang saya lihat
semuannya berubah jadi warna kuning
DINDING PUTIH yang kekuningan
Cawan PUTIH yang kekuningan
Muka boss pun jadi kekuningan...
.
.
mau tak mau
saya terpaksa minta kebenaran untuk tukar monitor tak ada orang pakai yang dibiar berhabuk di atas meja...
.
.
lepas tukar...
rasa PUTIH tu sangat suci murni
PUTIH itu sangat indah
PUTIH itu sangat menakjudkan
PUTIH itu sungguh berpower
sujud dengan PUTIH!!!
.
.
Photobucket
sawbebe dah bebas dari jaundice....lagi terserlah ke'comel'an nya...[tolong jangan siku kepala saya sebab asyik dok angkat anak saya masuk dalam bakul...hodoh kat mata u all, tapi comel kat mata saya...kuikuikui...memang mau kena siku untuk meningkatkan kesedaran diri sendiri]
.
.
Photobucket
memang tak sia-sia tenaga saya angkat monitor seberat 80kg yang kena penyakit kuning ke bilik mesyuarat yang jaraknya macam alorstaq dengan johor...kemudian angkat lagi 80kg punya monitor dari johor ke alorstaq....
[entah apa yang dipot pet pot pet kan....bukan apa...sekadar nak menunjukkan betapa kuatnya saya dan staff lelaki di ofis saya ni semuanya mulut bagaikan digam uhu dan kedekut nak mampus untuk offerkan bantuan ]
hmmmmm...tak heran langsung dengan offer diorang....apa yang laki tak boleh buat...pompuan boleh buat semuanya...

orang biasa-biasa dengan hidup biasa-biasa

sejak menjak ni
tak ada apa-apa yang berlaku
[selain cik KIa macam nak deman lagi...]
maka tak ada cerita-cerita disebalik blog
mungkin disebabkan
saya tak cari PASAL
maka dunia ni pun tenang plus aman damai
.
.
serius
kebelakangan ni
saya mengambil tindakan
apa-apa pun tak nak tanya
apa-apa pun tak nak ambil peduli
apa-apa pun dengar udah
apa-apa pun diam udah
.
.
cara ni sangat berkesan laaaaa
suka-suka-suka-suka
tak sangka
saya ada tahap kesabaran dan ketahanan
[tahan macam separuh nak mati sebenarnya]
go go go
sawfoonfoon
.
.
semalam saya masak nasi goreng kampung
malam semalam malam [malam bila tu]saya goreng bihun goreng yang bihunnya tak putus
tapi
tapi
tapi
saya rasa tak sedap lor
mungkin saya ni
hanya sesuai masak di bulan puasa saja lor
bulan-bulan lain
saya tak ada ilham nak masak...
then
masakan yang terhasil tu entah apa-apa...
tapi
licin juga...
hehehehehe
.
.
semalam saya makan burger tepi jalan
[kan saya dah cakap nasi goreng kampung tak sedap]
tiba-tiba teringin sangat nak makan
[ternampak my sis makan, so mulut celaka ni pun nak makan juga...]
saya pesan sawsomi balik time dia balik kerja
[10 malam]
saya jarang sekali makan burger tepi jalan
[last makan beberapa tahun yang lepas...]
sebab saya tak suka cili sos tu diorang bubuh siap-siap dalam burger
satu lagi
burger tepi jalan ni macam dilanda banjir kilat...
bila kita gigit,
semua 'lumpuh' meleleh keluar...
kesimpulannya,
saya ni penyokong setia mc chicken
.
.
tapi
tapi
tapi
semalam saya makan burger tepi jalan
1st time in my life
saya termakan burger tepi jalan yang begitu sedap...
rasa macam heaven
walaupun semua sos, mayonis, sayur meleleh keluar terkeluar bibir saya, dagu saya, dan kaki saya...
SEDAP GILA
[sampai saya rasa kedekut nak kongsi dengan sawbebe dan sawsomi....hehehehehehe]

Wednesday, October 21, 2009

tayang menayang pulak...

semalam ialah hari hat sedunia...
kakak baby pakai envelope, maryam pun buat hat chef kan!!! so saya pun nak tumpang sekaki nak menyibukan diri...
.
.
ni saya nak tayang hat sofea dari plastik susu DL123...aktiviti book dan susu pack tu dia keluarkan...kemudian dia pakai plastik tu...
Photobucket
mummy, 'mei mei' (cantik)....mesti dia rasa lawa sangat dengan pakai plastik tu kat kepala....ya laaaa...'mei mei' sangat-sangat lor...[tapi pelik...di mata saya, saya rasa anak saya ni sangat comel dengan topi plastik ni lor...kakakakakakakakakaka...minta lalu...kakakakakakakaka....jangan siku saya...]
.
.
tapi
tapi
mak nenek saya sangat pantang pakai plastik kat kepala...diorang cakap macam topi anak cucu kepada si mati pakai masa pengebumian...
choy choy choy
touch wood
.
.
bagi saya
sangat bahaya lor pakai plastik ni kat kepala terutama bagi kanak-kanak ni...
takut tertutup muka dan tak boleh nak nafas lor...
bila dah kelam kabut, diorang tak tau nak buka plastik tu...
bahaya lor...
.
.
kasi dia 'mei mei' sekejap,
then
saya pun buang plastik tu!!!!

cucu yang baik

Photobucket
tengah lap badan nenek saya...nenek yang sangat pembersih orangnya...disebabkan ada luka kat belakang, maka dia tak boleh nak mandi dan gosok badan dia...maka dia pun bising tak ada orang tolong dia gosok badan dia...(actually nak manja dengan saya...)
.
.
Photobucket
nenek saya operate buang entah apa benda (lebih kurang macam blackhead...lama-kelamaan ia jadi besar besar dan terus membesar dan bentuk satu bukit ...)...2 biji bukit kat belakang badan dia...
yang bawah punya jahitan elok dan cantik...
yang atas tu terputus benang jahitan...maka terbentuk kawah yang sebesar syiling 20 sen dan sedalam 1.5cm...
kita yang tengok pun sakit...mesti nenek saya lagi sakit...tapi dia sangat strong lor...dia tak banyak mengadu...
tiap-tiap hari, sepupu in law saya bawa nenek pergi cuci luka kat klinik kerajaan...
.
.
get well soon, ah ma!!!

Tuesday, October 20, 2009

sikat-menyikat

Photobucket
daddy sikat rambut bebe...bebe sikat kepala botak daddy!!!!

Monday, October 19, 2009

misi orang miskin [macam saya] menghabiskan duit 50 ringgit

ENTRY NI DITUJU KHAS UNTUK SAWSOMI!!!!
.
.
.
.
.
celaka punya hobi....pantang ada duit dalam tangan...selagi duit tak habis, enggan keluar dari kedai ubat cina yang telah banyak kikis duit gaji saya......[ada tak sedar diri punya keinginan iaitu nak beli satu kedai ubat cina dengan duit 50 ringgit]
.
.
48.50 melayang dalam masa 3 minit[pengiraan] aje dengan membeli 4 barang iaitu DL 123, pantiliner,sunsweet dan makan syiok syiok punya asam manis keping [shopping dekat 1/2 jam dalam kedai yang sempit dan panas nak mampos]
.
.
kalau menabung 10sen sehari, 485 hari baru dapat RM48.50 tau!!!
.
.
.
.
kesimpulannya,
gaji bulan ni tinggal RM1.50!!!!
.
.
Horey!!!
Horeyyy!!!
.
.
Rasa bangga dengan diri sendiri
di saat saat kemiskinan yang kemuncak ni...
membeli belah dengan tanpa rasa bersalah!!!
.
.
.
[sekarang dah start menyesal macam nak mati sebab terbeli pantiliner sebab nak sangat dengan pouch merah yang berharga 17.80 yang akhirnya akan dicampak ke dalam bilik stor....]

nasi ayam dari heaven

Photobucket
nasi ayam food court city plaza...kesedapan tu macam dah kureng sedikit...tapi janji boleh lepas rindu!!!
.
.
Photobucket
manisan food court city plaza...heaven

tengah kumpul duit

Photobucket
berkenan sangat-sangat dengan kasut ni...tengah kumpul duit sehari sekupang untuk beli kasut ni untuk sawbebe....

Saturday, October 17, 2009

miss her so so so so much

rindu sangat sangat sangat sangat kat dia
[macam neraka punya rindu]
.
.
Photobucket
.
.
.
saya ketawa kuat-kuat
saya cakap kuat-kuat
saya makan banyak-banyak
tapi
hati saya
rindu sangat-sangat kat bebe...
penatnya hidup dalam kepura-puraan...
oh...god!!!
penat penat penat sangat ni!!!!
.
.
蘇菲
媽咪愛你
很愛很愛很愛你!

perasaan yang sangat berat

Photobucket
rasa berat sangat sangat sangat nak tinggalkan rumah
[perasaan yang sungguh celaka...tak suka perasaan ni...dan sangat tak suka dengan diri sendiri yang lembik ni...benci benci benci...]
dok risau ni
dok risau tu
macam laaa
diorang tak boleh hidup tanpa saya
[sebenarnya saya yang tak boleh hidup tanpa diorang]
mana tau
diorang lagi HAPPY tanpa saya????

Friday, October 16, 2009

sawbebe @ mv

sawsomi kerja kat mana, maka kami pun lepaking kat mana [kat situ]....
.
.
Photobucket
.
.
Photobucket
pengawal keselamatan!!!
.
.
Photobucket
request nak bergambar dengan anak patung ni...
.
.
then,
Photobucket
nak angkat balik anak patung ni...
.
.
Photobucket
baby u can drive my car...yes i gonna be a star...
.
.
last sekali...
Photobucket
wishing teacher sutha happy deepavali....

two day away from 365 day

yuppp
yuppppp
gonna away for 2 day...
gonna miss [worry] my sawsomi n miss [worry] my bebe very much
but
but
but
i need to go!!!

Photobucket
r u ready?

Photobucket
yupppppp
.
Photobucket
what happen to the ballon? [what happen to my weight?]
.
.
Photobucket
ok...this time really want fly up...bye bye
.
.
dah apply 2 hari cuti bergaji dengan sawsomi...
12:00 tengah malam tepat malam ni akan berlepas...
.
.
berehat demi untuk berjalan lebih jauh!!!
pergi pergi pergi
sawfoonfoon
pergi!!!
pergi cari balik keyakinan u yang telah diculik alien....
.
.
.
saya harap
akan balik semula ke sini dengan diri yang
BARU...
CERIA...
dan
BERKEYAKINAN

i lap chew

pagi ni
misi wake up sawbebe berjalan dengan lancar...
tengah berguling-guling,
tiba-tiba...
sawbebe say 'i love u' to me
1st time yooo
sebut sendiri tanpa diajar...
[bangga...bangga...bangga]
walaupun tak berapa clear sebutan tu...
tapi saya terima dengan penuh kebahagiaan...
Photobucket
saja nak letak gambar lama...rindu sangat dengan rupa masa baby...
gambar diedit oleh nafiiz
.
.
sekarang sawbebe sangat good girl
[sometimes only laaaa...sometimes tu macam monster]
kalau saya menangis, dia akan cakap
'sayang...sayang...'
sambil lap air mata saya,
saya peluk-peluk saya...
.
.
.
kalau saya marah + geram dengan dia,
saya pun menangis
[nak pukul dia tak boleh..takut pukul terlalu kuat cederakan dia...]
then, dia tengok saya menangis
dia menangis lagi kuat daripada saya
sambil nak minta peluk...
.
.
.
rasa kesal dan bersalah pula masa tengah tulis entry ni...
kat blog dok puji-puji anak,
kat rumah dok marah-marah anak,
bila dia lakukan kesilapan...
padahal bukannya apa kesilapan besar pun...
cuma tomato yang kita kasi dia makan tu sementara kita sibuk masak kat dapur,
dia ramas dengan kedua-dua tangannya...
kita dengan suara yang paling lembut ajak dia pergi basuh tangan...
tapi
dia ketegaq duduk kat situ
seolah-olah kita ni tengah bercakap dengan kayu....
lepas tu,
dia boleh jeling maut kat kita,
pastu ambik bantal busuk dia dengan tangan yang penuh dengan jus-jus tomato...
lu fikir sendiri laaa the ending tu....
betul-betul tekanan jiwa!!!

Thursday, October 15, 2009

kami yakin...

Photobucket

saya yakin
suatu hari nanti
saya akan berjaya
saya yakin
suatu hari nanti
ammimi akan berjaya
kami yakin
suatu hari nanti
kami akan berjaya
.
.
oh GOD
kami ingin juga merasai sedikit apa yang orang lain rasai di dunia ni!!!
agih-agihkanlah juga untuk kami di dunia ni...
thanks in advance!!!!

saya ada sikit-sikit rasa terkilan lor

.
.
.
.
luahan air liur!!!!
.
.
.
.
semalam
dia tanya saya nak ikut dia tak?
saya pun bergedik gedik setuju lor...
then,
time dah nak balik,
tiba-tiba dia tujukan soalan maut kepada saya...
'kenapa kebelakangan ni asyik ikut i ?'
ehhhh...bukan ke dia yang ajak saya tadi?
then saya pun menjawap ler dengan apa yang saya fikirkan tu...
then, dia boleh pula cakap,
kalau dulu,
saya akan menolak pelawaannya....
saya hanya terDIAM
tiba-tiba macam nak terduduk atas lantai!!!
nak menyanyi lagu ewah bulan ewah bulan...
.
.
.
then pasal kerja baru ni,
memang saya syukur alhamdulillah sawsomi dapat join company baru ni...
memang patut berterima kasih kepada cik boss muda...
tapi
tapi
tapi
u tak payahlah nak TEGAS
dia dapat bela anak bini sebab cik boss muda ni...
[so, adakah makan malam hari ni lepas saya baca doa makan, saya kena buat doa terima kasih kat cik boss muda?]
saya yakin lor...
dengan kepakaran dan kebolehan sawsomi yang ada
dia tak kerja dengan company ni,
dia pun akan dapat kerja kat company lain juga...
cik boss muda bukannya bagi gaji buta kat sawsomi
sawsomi bukannya pi mengangkang kat situ...
sawsomi kerja siang sampai malam buta...
kerja sampai tak ada masa nak beraya...
kerja sampai tak ada masa untuk family
[bukan merungut...u tau saya tak pernah merungut pasal u tak ada masa untuk family...]
so,
saya rasa sawsomi patut dapat apa yang setimpal dengan tenaga kerja dia lor...
dia telah korbankan tenaga dan masa dia...
dia memang tak ada hutang apa-apa lor...
.
.
.
saya bukan nak berdendam dengan siapa-siapa...
saya tak kacau u,
so
please u jangan datang kacau saya...
saya mengakui
saya memang KOLOT
orang di keliling saya pun sangat sangat KOLOT...
saya tak tau nak mengambil berat akan orang lain di malam-malam buta dan di pagi-pagi buta!!!
so,
saya mengakui
saya memang orang kampung
yang tak sehangat orang bandar....
.
.
.
celaka
saya tengah dalam progress penjelmaan ni
Photobucket

saya bukan yang terbaik...

hari ni nak jiwang-jiwang sikit...
.
.
saya tau
saya bukan yang terbaik
saya tau
saya sangat selfish
saya tau
saya suka membising
saya tau
saya punya mulut sangat pedas
saya tau
saya suka fikir yang bukan-bukan
saya tau
saya suka merajuk
saya tau
saya suka tersentap
saya tau
saya suka masam muka
saya tau
saya banyak kelemahan
saya tau
saya tak cantik
saya tau
saya tau saya emosi
saya tau
saya tak kacau hidup orang
saya tau
saya orang miskin
saya tau
saya gemuk
saya tau
saya tau
siapakah diri saya!!!!!
.
.
.
Photobucket
serius
saya teringin duduk macam orang kat dalam gambar!!!
bukan nak bunuh diri
tapi nak ambik angin!!!!

saya berikrar

Photobucket
.
.
.
....dengan ini saya berikrar tidak akan
TANYA DAN SOAL TENTANG SI DIA LAGI...
.
.
sekiranya saya buat lagi di masa hadapan, saya akan menjelma menjadi ANGELINA JOLIE....
.
.
Sekian
.
.

Wednesday, October 14, 2009

sawbebe jejak sawdaddy kasih

sungguh sungguh terharu
setelah sekian lama menunggu
akhirnya
mereka berjumpa juga setelah berpisah
.
.

15 minit


.
.
sendiri tulis
sendiri ketawa
kakakakakakaka...
rasa lucu...
[tiba-tiba rasa penulisan yang kreatif]
.
.
sawbebe kat tingkat 1, sawsomi kat tingkat 2...sawsomi tak nampak kami[dia tu memang tak AKAN nampak saya di khalayak ramai]...tapi saya nampak dia...saya dok tunjuk daddy daddy pun sawbebe tak nampak sehinggalah sawsomi lambai-lambai kat kami...[akhirnya sawsomi tercelik mata ternampak saya]
Photobucket
.
.
Photobucket
terus lari dan cium daddy dia seolah-olah 15 tahun tak jumpa...
.
.
Photobucket
PEACE...
tiba-tiba tak ada kreativiti nak tulis pula....
.
.
~TAMAT~