Saturday, October 31, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai & Telur Masak Sambal

* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

* 6 ulas bawang putih- dikisar
* 7 ulas bawang merah- dikisar
* 2 inci halia- dikisar
* 2 batang serai- dikisar

* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!
.
.
.
Resipi Telur Masak Sambal

* 4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu)
* 6 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
* segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
* 1 bawang besar – potong bulat
* 1 batang serai – diketuk
* sedikit air (optional)
* garam secukup rasa
* minyak masak

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai dan bawang besar…tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5. Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6. ***Bg mrk yang minat telur goreng…boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan…;)

No comments:

Post a Comment