Monday, October 5, 2009

baiklah, saya mengakui saya isteri yang jakun, tak pernah 'luar stesen' dan tak tahu tentang 'luar stesen'

tulah, bila mak suruh belajar pandai pandai tak nak...
tengok sekarang apa nak jadi [apa dah jadi]
sampai nyaris tercetus perang dunia ke-3 bila sawsomi 1st time 'luar stesen' lepas jadi sawsomi saya
.
.
sawsomi akan berada di 'luar stesen' selama 2 hari [5/10 dan 6/10], [hari ni dan hari esok]
hati saya bergelora macam tsunami semalam malam
[sehari sebelum sawsomi bertolak ke KK]
[jangan tanya saya buat apa? tanya sawsomi apa yang telah saya buat?]
.
.
maklumlah
saya ni jakun [seperti yang telah dinyatakan di atas]
tak tahu apa perasaan 'luar stesen'
kerja saya tak ada 'luar luar stesen'
semuannya dijalankan di dalam stesen aje...
.
.
dulu, kerja sawsomi pun tak ada luar stesen
[kat melaka tu kira apa ya?]
[transfer kan...bukannya luar stesen]
sekarang dia join company ni,
kena 'luar stesen' pulaaaaaaaaaak
baru aje sesuaikan diri sawsomi berada di sisi, kena tinggal pula 2 hari...
[meroyan tak ada pasal]
aduh!!!!
pening!!!
[ jangan tanya saya pening apa?]
.
.
ni baru ke KK...
bayangkan kalau ke over the sea yang perlu dok sana berminggu-minggu dan berbulan-bulan..HOW eh?
[kenapa dulu sawsomi dok melaka tak meroyan pulaaaaak?]
.
.
saya rasa saya memang isteri yang 'tak lulus' lor
sehari sebelum sawsomi nak pergi
saya pula buat hal tak tentu pasal
.
.
tapi saya rasa saya tak bersalah lor
sebab
saya cuma ikut petua untuk dikasihi somi
.
Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah....
.
cuma saya terover sikit aje...
.
.
walaupun saya agak terover perasngai buruk saya ni
namun,
saya tetap doakan sawsomi selamat pergi dan selamat pulang ke sisi kami!!!

1 comment:

  1. its normal la.. dulu bler mr hubby kena out station, ari2 ppk nper la dier kna out station.. eiiiii

    ReplyDelete