Saturday, October 24, 2009

luahan air liur: serius, bukan nak merungut...

serius,
saya bukan nak merungut!!!
[jangan percaya]
saya sekadar nak buat catatan saja...
.
.
patutlah orang tua-tua suka menantu cikgu
tak kira menantu lelaki ataupun menantu pompuan...
kalau boleh biarlah menantu mereka ni cikgu!!!
mereka anggap cikgu ni ada banyak masa cuti
pelajar cuti, cikgu pun cuti...
lebih kurang macam tu laaaa....
.
.
entah apa lagi yang direpek lagi!!!
.
.
ok...
balik kepada topik di atas
memang saya bukan nak merungut
saya nak bagi tau aje...
[jangan percaya]
.
.
Kenapa jabatan buruh ada tetapkan had waktu bekerja?
[had waktu kerja semua sudah tau kot!!!]
kenapa jabatan kekeluargaan tak tetapkan had waktu bersama family?
contohnya
Seorang suami/isteri diperuntukan tempoh waktu bersama keluarga 8 jam sehari atau tempoh waktu bersama keluarga adalah tidak kurang dari 12 jam sehari atau tidak kurang dari 56 jam dalam satu minggu dengan purata 48 jam seminggu bagi tiga minggu berturut-turut.
sesiapa yang melanggari, bolehlah buat aduan kepada jabatan berkenaan...maka majikan suami/ isteri akan didakwa...dan muka majikan akan terpapar di surat khabar muka hadapan selama sebulan sebagai pengajaran kepada majikan yang lain yang turut melaksanakan kesalahan yang serupa tapi masih belum tertangkap oleh pihak berkuasa....
[kenapa tak dimasukkan ke dalam bajet 2010?]
.
.
serius,
saya bukan nak merungut
[jangan percaya]
.
.

No comments:

Post a Comment