Friday, October 9, 2009

nak pergi ambil cukai jalan yang kelihatan seperti nak pergi merompak bank dengan menaiki motor berbunyi bising sepanjang jalan yang mampu mencuri jelingan maut orang terutamanya penunggang motosikal yang tidak mampu memiliki helmet ni!!

Photobucket
anda adalah dinasihati tidak memakai helmet ni sekiranya anda menjadi pembonceng kepada motosikal jenis ni yang kepala motor bergoyang sendiri macam dah makan ubat goyang kepala
.
.
Photobucket
.
.
ini adalah kerana sepanjang jalan anda akan mendapat perhatian daripada pengguna jalan raya yang lain di mana dalam kepala otak diorang sedang melintas satu ayat yang berbunyi "GILA KE APA POMPUAN NI?"
.
.
10q my sis yang sudi menjadi orang suruhan kami laki bini menunggang motor buruk ni di tengah kota-kota yang sesak dengan kereta kereta yang 'bergegas' nak ke masjid sembahyang jumaat, berhimpit dengan bas metro yang sememangnya samseng jalanan yang drive macam bapa dia punya jalan, berlawan laju dengan lori 10 tayar yang suka melepaskan hon yang mampu membuat kita terkejut macam nak lompot motor apabila kita hampir-hampir berjaya memotongnya...syukur alhamdulillah kami sampai ke ofis dan rumah dengan selamat dengan penuh ketakutan...
.
.
Tugasan yang sawsomi bagi hari ni sangat mencabar keimanan dan kesabaran.....esok nak balik kampung, hari ni baru nak pergi ambil cukai jalan macam meibank tu tok akib yang buka...sangat comelkan tindakan macam ni...orang incharge pula awal-awal dah keluar makan kerana kebuluran [seperti ami]...tinggal orang yang tidak terlibat dalam kes ni terpaksa kepochi buat kerja orang lain....pastu pak guard pula tak habis-habis datang nak bermesra dengan saya setiap kali saya bercakap hp dengan sawsomi yang tau semua selok belok tapi tidak dapat menghadirkan diri ke tempat lokasi...macam nak ambil hp tu ketuk bagi pak guard tu mati terlentang kat situ aje...rasanya pak guard lagi geram macam nak tembak saya sebab saya bercakap sampai bateri hp kong....
apa-apa pun terima kasih kat encik saharizan yang sudi tolong dari a-z...
.
.
.
.
.
sampai ofis
semua orang dah rajin bekerja
maknanya,
saya dah terover guna lunch time saya
lunch pun tak makan
padan muka kelaparan!!!
[minum air banyak-banyak geles bagi hilangkan lapar!!!!]
.
.
.
sila abaikan saya
yang hati tengah panas lagi
akibat keterikan sang matahari yang memancar ke atas baju hitam saya yang kali ke-dua pakai
.
.
.
jangan siapa-siapa cakap dengan saya buat seketika
saya boleh bagi siapa-siapa aje jelingan maut
dan bahasa yang sangat kurang enak didengar!!!
biar saya seorang diri
jangan kacau saya
.
.

2 comments:

  1. cuba jeling sikit nak nengok sure cun hihihi

    ReplyDelete
  2. aku xcakap ngn ko
    tapi
    aku cume tingal komen jer
    ko xjeling aku kannn?????

    ReplyDelete