Friday, October 9, 2009

sekali lagi saya percaya kalau tengah lapar, jangan buat air hot coklat sebab tangan kita akan berubah jadi macam kaki...

tangan mengeletar macam kena kejutan elektrik...
.
.
kesimpulan pertama
serbuk coklat yang hanya ada 3 sudu yang hanya mampu untuk buat setengah cawan air hot coklat...
tiba-tiba tangan yang sangat celaka ni menumpahkan cedokan yang pertama ketika OTW ke cawan...
.
.
kesimpulan ke-2
cepat-cepat basahkan kain dan kena cepat-cepat lap serbuk coklat yang tertumpah atas meja untuk mengelakkan lidah yang tak dapat dikawal tu menjilat serbuk coklat atas meja akibat terlalu sayang akan tumpahan tu...
.
.
kesimpulan ke-3
Terpaksa tuang air panas tinggal 1/2 cawan...dengan jimat cermat dan penuh berhati-hati cedok 2 sudu serbuk coklat ke dalam cawan...ketuk ketuk balang serbuk coklat tengok ada berapa banyak baki....kemudian tuang ke dalam cawan...pastu masukkan air panas ke dalam balang serbuk coklat untuk membersihkan balang serbuk coklat yang terlekat kat keliling balang...kemudian air saki baki dalam balang coklat dituang ke dalam cawan untuk digaul rata...
.
.
fuhhhhhhh....
lega dapat minum air coklat yang datang dari heaven!!!!

2 comments:

  1. guna sehingga ke titisan yg terakhir

    ReplyDelete
  2. nak jilat serbuk coklat tumpah atas meja tu yang KLASSIK! :D

    ReplyDelete