Saturday, November 14, 2009

entah apa yang sawsawlady ni merepek....

serius
memang tak faham betoi laaaa...
[mungkin saya ni bodoh]
Adakah wajar BOSS menggelar nama sendiri bila bercakap ataupun bersms dengan pekerja dia?
[lain laaa kalau dia bercakap dengan family dia kan]
.
.
contohnya,
sms from my boss:
'Hari ni saya nak ke kedai buku, ada apa buku komik yang nak beli?'
NORMAL aje kan?
.
bayangkan kalau dia tulis begini
'hari ni DAY[nama boss] nak ke kedai buku, ada apa buku komik yang nak dibeli?'
(OMG!!! mesti saya jatuh kerusi...apa maksud boss saya ni?..mesti saya akan terlebih fikir...macam ada something kan kan kan...perasaan yang sangat membuat orang akan fikir yang bukan-bukan kan kan kan....)
[serius...rasa macam nak muntah makanan semalam...]
.
.
Pelikkan?
[mungkin bagi chinese sangat pelik lor...sebab kami memang tak ada kebiasaan panggil nama sendiri bila bercakap dengan orang]
.
lagi satu yang pelik...dia BOSS...kenapa dia nak rendahkan diri dia, kenapa dia nak begitu sopan santun dengan saya yang hanya berstatuskan pekerja dia...orang bawahan dia...orang yang terima gaji daripada dia....
pelikkan?
saya bukannya ahli keluarga dia...then kenapa dia nak guna nama dia bila bercakap dengan saya? lagipun usia kami bukannya jauh beza pun...just beza 3-4 tahun aje[memang berjiwa remaja]...rasanya tak perlu nak panggil 'adik' 'abang' kot!!!! and rasanya tak perlu sampai nak kemesraan dengan gelar nama sendiri untuk gantikan dengan 'saya' or 'i' kot....
.
.
ataupun bayangkan
saya bersms ataupun bercakap dengan boss
contohnya saya MC hari ni...
then saya call ataupun sms kepada boss
'Day, hari ni FOONFOON deman...FOONFOON ambil MC.'
serius
kalau saya tulis ataupun cakap macam tu
mesti saya sudah GILA
bagi saya 10 ribu,
saya pun tak boleh nak cakap or tulis sama macam tu kasi boss lor
sebab
saya rasa
hubungan kami sekadar majikan dan pekerja[walaupun masing masing berjiwa remaja sebab bekerja dalam bidang yang khas untuk mereka yang berhati jiwa remaja]
so,
tak perlu ada kemesraan gelaran yang begitu [how to say] auw auw lor...
rasanya kalau guna 'i' or 'u' pun dah cukup menunjukkan kita ni berjiwa remaja lor...
.
.
.
but but but
apa-apa pun
kita tak boleh nak menghalang BOSS kita nak bermesra alam dengan kita...
takkan nak pi cakap dengan boss....
'boss i tak suka laa cara u gelar diri nama u bila bercakap dengan i'
'pls tolong jangan gelar nama u bila bercakap dengan i...husband i tak suka laaaa...'
'boss, i harap u faham...u is boss....me is ur staff...so tak perlu laaa nak begitu caranya...'
'boss, i nak berhenti kerja...sebab i tak tahan dengan cara u yang terlalu baik dengan i...'
.
.
so, kita kena pandai pandai lor
bina LONGKANG bila bersama dengan dia
jauhi dengan boss kita...
elakkan berdua-dua...
dan berhati-hati bila bercakap
kita tetap gelar dia 'ENCIK', 'BOSS', 'MR'
dan kita guna 'saya' 'i' bila bercakap dengan dia....
.
.
semoga suatu hari dia tersedar
bahawa hubungan kita sekadar MAJIKAN dan PEKERJA
lepas habis kerja pun MAJIKAN dan PEKERJA
tidak LEBIH dari itu....
.
.
saya dengan sawsomi bersms ataupun bercakap pun tak ada gelar diri sendiri dengan nama sendiri...
semuannya 'u' 'u' 'u' or 'i' 'i' 'i' aje...
balik hari ni
saya nak practice laaaa
'lokong ar, lorpo nak makan yong tau fu'
[sila muntah]
and
saya pun nak paksa sawsomi guna nama sendiri bila bercakap dengan saya...
'lorpo ar, jom ikut lokong pi kerja!!!'
.
.
pening
pening
saya sudah pening!!!
saya memang tak biasa!!!
.
.
bayangkan dulu saya dan sawsomi couple...
saya panggil dia FAIZAL aje
sehinggalah dia dikebas orang
dan bila kami kembali semula
barulah saya panggil dia BEEEE [hubby]
[belajar from kesilapan]
.
.
mula-mula nak panggil tu,
mak oiiii
rasa macam ada 10kg emas dalam mulut
tak boleh nak buka mulut......
mak bapa saya tak ajar lor...
bapa saya panggil mak saya 'nama'
mak saya panggil bapa saya 'Hoiiii'
then
macam mana anak-anak diorang nak romantik panggil bf darling laaa, beee laaaa, honey laaaaa]
.
.
.
apa yang saya merepek ni?
oooo...
tak ada apa-apa laaa...
sekadar luahan air liur aje akibat kaki yang masih sakit!!!!

No comments:

Post a Comment