Saturday, December 19, 2009

10 okt 2009-18 Dis 2009

i sejuk satu badan
bila my brother bagi tau
gf dia dah pi 'cuci' perut
selama 1 bulan
i mempertahankan bb tu
[bukan nak bagitau i mulia ke apa...]
tapi
last-last
i tak berdaya nak selamatkan bb tu juga...
sungguh-sungguh rasa kehilangan...
.
.
semua orang cakap,
pi cuci sementara bb belum terbentuk...
tapi
ia tetap seketul darah daging yang bernyawa kan?
betul tak?
betul tak?
.
.
Reason?
sebab semua orang dewasa risau...
mak bb bukan mak dan isteri yang baik?
[mungkin dia bukan isteri yang baik...tapi siapakah kita nak judge dia bukan mak yang baik? sebab dia pernah lahir anak luar nikah? sebab sekarang dia mempunyai seorang anak luar nikah yg berumur 1 tahun? sebab dia single mother? siapakah kita nak judge dia bukan mak yang baik?i tabik dengan kesilapan yang 1st time dia buat tu...kini dia bekerja menyara dirinya dan anaknya dengan bantuan keluarganya...kalau dia tu adik pompuan kita, anak pompuan kita, adakah kita akan memandang rendah kat dia? i rasa bersalah kerana i juga pernah memandang serong kat dia suatu ketika...hakikatnya, dia sungguh berani berhadapan dengan masyarakt ni...mungkin dia dah menyesal, that y kali ni dia nekad nak bunuh bb dalam kandungan dia...]
.
bapa bb akan menghadapi masalah kewangan?
[kenapa belum try dah nak buat keputusan macam tu? kalau betoi ada masalah kewangan, cari jalan untuk selesaikan...ni tak buat apa-apa dah cakap 'bebanan'...kalau ia bebanan, i pasti ia pasti bebenan yang bahagia...]
.
mak i tak boleh terima tamparan?
[mother i tak suka gf tu...sebab gf tu single mother...tapi, as my sister say, jangan push my mum..slowly my mum pasti boleh terima gf tu walaupun gf tu single mother....tapi, orang muda ni berdarah panas...baru berkenalan 2 bulan, doktor sahkan gf pregnant 2bulan...apa cerita tu? ]
.
bb tu bukan benih my brother?
[then...then...then...bunuh bb tu?]
.
Tanggung malu?
[mungkin keluarga gf tak nak pisang berbuah 2 kali...mungkin kesilapan lepas tu keluarga telah menanggung banyak malu...keluaga laki tak nak menantu yang pernah lahir anak luar nikah...malu sebab buy 1 free 2...ataupun lebih tepat 3 in 1...Siapa yang sepatutnya malu? bukan bb tu ok...tapi masyarakat ni...]
.
kasihan kat masa depan bb kalau dilahirkan?
[kesian sebab dia mempunyai mak bapak macam tu? kesian sebab kelak mak bapak dia kasik orang lain bela dia? kesian sebab mak bapak dia tak boleh bagi kebahagiaan kepada dia? then, dia tak ada pilihan untuk hidup? memang dia tak pilih untuk datang ke dunia ni? tapi dia tak pilih untuk dibunuh juga?
bukannya nak suruh bagi bb tu naga ke bulan ke? bagi apa yang kita mampu...bukannya suruh bagi bb tu pakai pakaian yang termahal...pakai baju yang nenek jahit lagi best...bukannya nak suruh beli susu tepung yang berjenama...susu badan ibu lagi mahal dari segala-galanya...bukannya nak suruh hantar pi international school..
disebabkan kita ingin bagi yang terbest untuk anak kita, that y kita pi cuci perut sebab tak mampu?
come on laaa...kalau macam tu orang miskin macam i ni harus hantuk kepala ke dinding lor sebab anak i pakai baju pasar malam aje, minum susu 1 kg 18ringgit aje...]
.
mungkin apa yang orang dewasa risau tu betoi...
tapi i tetap tak boleh nak terima!!!
bukan nak salahkan siapa-siapa...
tapi
diri sendiri rasa bersalah sangat-sangat...
[siapalah i nak mempertahankan bb orang?]
just nak tanya
adakah dengan 'cuci' perut,
semua masalah dah selesai?
adakah semua pihak rasa puas hati dan bahagia
sebab masalah dah tak ada?
betulkah masalah dah tak ada?
macam mana doktor [adakah tukang cuci tu doktor?] menguruskan ketulan darah tu?
adakah bb dapat bersemadi?
.
.
.
姑姑 love u
BABY SAW
.
.
.
R.I.P
BABY SAW
10 oct-18Dec

6 comments:

  1. anak itu tidak bersalah pun..sedihnya

    ReplyDelete
  2. oli...x tahu nak ckp apa lah oli...
    tp baby tu tak bersalah...dan bukan HAK dia di perlakukan seperti itu...
    if tak nak...kenapa time buat tu tak guna perlindungan yg sewajarnyer..kenapa time buat tak fikir apa akan jadi kesudahannya...

    sian kat baby tu.....
    if dia tak nak jaga pun...x salah lahirkan...dan x salah kalau dia bagi kat orang yg betul2 memerlukan.....coz' baby tu tak salah...baby tu suci...kalau bagi kat zana pun...zana nak ...serius.......

    tp benda nak jadi kan....nak buat camner...
    as mother...maybe dia fikir itu yang terbaik........

    ReplyDelete
  3. baby tu mmg tak bersalah....sebaknya baca coretan ni

    ReplyDelete
  4. ish, i hate orang suka gugur2 baby ni *kesian baby* tak nak bagi la yang nak, ramai org susah nak dpt anak kan

    ReplyDelete