Tuesday, January 5, 2010

pergi cari pasal di klang

ni kes sabtu lepas,
memang sengaja pi klang cari pasal dengan pompuan gila yang nak control my bro memandang terlalu senang akibat tak jadi pi bagan lalang penyampaian hadiah tarik tali yang ditundakan last-last minit....
.
.
apabila tiba di klang, pompuan gila sudah menunggu my bro balik kerja [kes takut my bro lari, makan hari-hari datang tunggu my bro balik kerja]
then my bro pun pi habaq kat pompuan tu dia nak pi makan dengan kami...hahahahah...pompuan gila pun terus menggila....maka kejar-mengejar di jalan raya pun bermula...dia potong kami, kemudian tunggu kami di depan [celakak time ni pula kereta my bro nak rosak..cis]memang macam sedang berlakon...hahahahah...pastu dia berjaya block kereta my bro di tengah-tengah jalan...dia berdiri di tengah jalan [time kereta tak ada]...call mak pompuan suruh datang bawa anak dia pun mak dia tak nak datang...mak dia siap cakap biar anak dia dilanggar kereta...hebat betoi mak dia...sangat steady!!!
Photobucket
rasanya ada 1/2 jam dok berdebat dengan dia...[kami tak benarkan my bro turun kereta untuk pi bincang dengan dia]...akhirnya polis peronda pun sampai...[syukur alhamdulilah]
.
.
polis pun tanya ni tanya tu...last-last kami pun mengambil keputusan nak pi balai polis buat report memandangkan dia nyaris-nyaris nak langgar kami...pastu dia ugut nak bunuh diri, pastu dia pi kacau kat tempat kerja, pastu dia ugut pasal cuci perut....dll...
.
.
Photobucket
ni kat IPD Klang
.
.
1 pagi baru selesai semua urusan...singgah makan kfc malam-malam buta....then my bro menyembunyi di rumah my aunty...hahahahaha...pompuan tu masih tak putus asa...sms dan call tak berhenti-henti...ish ish ish...leceh betul pompuan macam ni...entah macam mana baru boleh nak melepaskan diri?
.
.
dah 2 hari sembunyi bukan cara yang terbaik...pompuan tu masih tak putus call dan sms [tapi my bro tak angkat, tak reply]...takkan pasal pompuan gila, ponteng kerja meh? macam sangat gila lor...siapa nak bela my bro yang hutang keliling pinggang? so, solutionnya, terletak pada diri dia lor...kalau dia masih nak berapa-apa dengan pompuan tu, maka kami selaku family tercinta akan membuang dia...harap ugutan kami yang tak berapa ni mapu menakutkan my bro...hehehe

2 comments:

  1. kenapa dgn pmpuan tu oli?
    sadis jer bunyinya...

    ReplyDelete
  2. takutnya ada pompuan gila kat klang ni *i duduk klang ni oli*

    ReplyDelete