Friday, May 21, 2010

bebe's 3rd birthday celebration

Tahun ini bebe punya birthday sambut kat nursery dengan kawan-kawannya....

barulah BEST!!
BEST tang mana?
BEST tang ada teacher tolong uruskan budak-budak...
[mesti diorang benci kat i sebab kacau ketenangan mereka]

BEST tang bebe LAYAN kawan-kawan dia sendiri...
[bebe makan dengan kawan-kawan, bebe main dengan kawan-kawan]

BEST tang mak bapak dia boleh makan dengan aman...
[i paling suka part nie]

BEST tang budak-budak kelihatan sangat enjoy di petang-petang yang boring...
[tak payah duduk bersandar dinding tunggu parents datang ambik mereka...dalam hati mereka mesti doa 'cepatlah mak bapa i datang']

BEST tang tak TERTEKAN sangat pasal makanan...budak-budak tak cerewet sangat...nasib baiklah semua makanan adalah SEDAP sehingga menjilat JARI...
[hehehehe...puji diri sendiri pulak...dont worry, next year mummy sufei akan buat lebih baik daripada kali nie ya!! Mummy Sufei akan memperjuangkan masa untuk main games dengan u all!!]

kalau, tahun depan bebe ada dok kat nursery/ school lagi, i pasti tanpa ragu-ragu akan celebrate birthday bebe kat nursery/school sebab SUKA SANGAT TENGOK SENYUMAN BUDAK-BUDAK...
[eeewaaaheeewah...kenapa i tiba-tiba macam angel?]

kenapa tulis lebar panjang?
Sebab terpaksa melalui beberapa rintangan untuk sampai ke hari tu...
that y,
rasa bersyukur sangat-sangat!!!
[pada hari tu, hujan lebat sampai terpaksa memindahkan budak-budak ke zon selamat!!!]

Photobucket
Cupcakes yang diorder dengan Sue Roslan!!
i hanya WAAAH bila buka kotak CC yang sue buat!!!
siapa-siapa yang nak order CC area pandan indah, bolehlah hubungi SUE ROSLAN...
i rekomen dia...

Photobucket
Ini kek bebe 3 tahun!!
i tak tau kenapa i suruh sifu baker tu buat cake macam ni....
otak i memang dah gila-gila...
[walaupun luarannya pelik-pelik, tapi dalamannya SEDAP macam nak mati!!!]

Photobucket

Photobucket
anak-anak duduk dengan penuh berhemah...
Actually baru pukul 4pm...tapi dah gelap macam 7pm sebab dah nak hujan!!!huhuhuhu...

Photobucket
dipaksa posing oleh kamera girl!!!

Photobucket
bebe tak cantik tapi i suka!!!

Photobucket
Gambar ramai-ramai lepas potong kek!!!

Photobucket
PEACEEEEEEEEE!! i yang terlebih excited pulak!!! biasalah...benda-benda macam ni, mak yang terlebih-lebih pulak!!! i dukung 'upin ipin'..hehehehe...

Photobucket
Acara bermula, hujan pun mula turun, angin pun mula bertiup kencang....
tengok tu...sampai banjir kilat dalam masa 1 jam tu!!!
puan pengetua cakap hujan rahmat!!! oooo...buat-buat faham ajer laaa...

Photobucket
bergambar ramai-ramai sekali lagi sebelum bebe nak balik!!!

keseluruhannya, sangat puas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah....
sangat puas hati dengan makanan...
segala-galanya sangat memuaskan cuma kalau perut buncit i kecil sikit lagi mesti lagi perfect...kakakakakaka


~ The End ~

4 comments:

  1. anak kepada ajisMay 21, 2010 at 6:40 PM

    mana muka perempuan tu?
    tapi, omg! kapkek memang nampak sedap

    ReplyDelete
  2. meriah kan ngan kengkawan sofea.. sonot dorang hepi2... cc tue cun melecun mesti best

    ReplyDelete
  3. happy bday bebe. Tengok cup kek n kek merah tu mmg sedap sgt2.

    ReplyDelete
  4. cantik cake besday girl tu...cute hepi besday to ur girl

    ReplyDelete