Friday, June 4, 2010

bebe tercekik gula-gula

Rabu malam,
bebe tercekik akibat makan gula-gula ni!!!
Photobucket
celaka punya gula-gula!!!
i punya laaaaa begitu beria-ria beli untuk bebe makan, mana tau dia tak tau nak makan gula-gula...
Tulah yang dikatakan mak yang syiok sendiri!
Misi lepas ni ialah ajar bebe makan gula-gula!!!
adakah patut dia tak tau makan gula-gula?
macam tak logik ajer!!!

Malam tu,
kami pun buka tin gula-gula dan makan gula-gula...
tiba-tiba bebe terbatuk-batuk...
SUDAH!!!
mesti bebe cuba nak telan gula-gula tu!!!
Tak tertelan, tercekik pula kat kerongkong!!!
Rasa nak menangis ajer masa tu bila bebe terbatuk-batuk dan menangis...
nasib baik my sis ada,
dia buat macam yang video di bawah buat tu!!!
then,
bebe termuntah keluar semua sisa makanan dan termasuk dengan gula-gula yang celaka tu!!!

tak berani nak bayangkan kalau masa tu i dengan bebe ajer!!!rasa malu pun ada dengan my sis...
dia yang tak ada anak dan muda pun tahu bantuan kecemasan cekik ni...

Maka hari ni,
i curi tulang cari info mengenai choking untuk menambahkan sedikit ilmu pengetahuan kat otak i ni!!!
[ malas nak kerja laaa sebab esok CUTI AGUNG BIRTHDAY!!!]


Rawatan kecemasan bagi kanak-kanak yang tercekik (Umur 1 – 8 tahun):



*Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
*Lakukan tujahan di perut dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti video di atas berulang-kali sehingga bendasing itu terkeluar.
*Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar sepertimana kaedah bagi perempuan yang mengandung.
*Jika kanak-kanak itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Rawatan kecemasan bagi bayi yang tercekik dan dalam keadaan sedar (Umur tidak lebih 1 tahun):



*Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.
*Jika tiada tindakbalas, beri 5 tepukan di belakang.
*Kemudian beri 5 tekanan di dada.
*Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada.
*Jika bayi itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.


Sumber : http://bsmmcuitm.wordpress.com/2007/11/01/teknik-menangani-mangsa-tercekik/


kesimpulannya,
i akan panik lor!!! i pasti akan sambil jerit, sambil lari ke hulu ke hilir, mata 2 lorong air , hidung 2 lorong hingus... mustahil i akan dengan begitu tenang lakukan rawatan kecemasan...


p/s : gula-gula tu telah disita oleh maknya!!! maknya telah bawa gula-gula tu ke ofis untuk dimakan!!!

10 comments:

  1. syukur alhamdulillah sumenya selamat.. ai pun akan panik kalau dlm situasi u itu.. cik mya termakan rambut ai dah lemah lutut segalanya..

    time kasih juga utk info tue lepas nie kena pi study :)

    ReplyDelete
  2. nasib bebe tade apa2..lepas ni jgn kasi ..lagi ..

    ReplyDelete
  3. takutnya dgr..betul oli, mmg kena blajar la..

    ReplyDelete
  4. lorr ko ni,, agak2 la aku tgk sikit punya beso gula2 tu.. kasik yang kecik2 sudah ah,,, jaga2 ah beb kasi gula2 tu.. hang mkn bleh la tu... ha kasik habis pun tak pe.,,, :)

    ReplyDelete
  5. sgt bahaya lor..

    rasanya paper smlm.. kes bdk mati terkecik gam sbb dia ingt itu gula2..

    ReplyDelete
  6. oooo bahaya...sib baik semua selamat.
    thanks for sharing the video.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    me baca entry ni dengan penuh perasaan suspen!

    1 give you 1 BIG gold star sbb ajar kiraorang apa mau buat bila ada anak tercekik

    ReplyDelete
  8. Syukur la takde apa2 oli..hey..anak2 saya pun tak reti makan gula2 oli..even yang dah standard 2 tu..saya ok je senang tak perlu beli gula2 sebab nanti melekit2 mummy dia je hantu gula2 hahaha

    ReplyDelete
  9. suspen nya oli..bebe xreti mkn gula2 yek..msti jarang beli ni..kenaa ajar mkn gula2 yg lembut dulu n kecik..

    ReplyDelete
  10. Wah... hati hati... bahaya tau

    ReplyDelete