Thursday, June 10, 2010

berlagak seperti pelancong dari london...

Masa dok ambil gambar-gambar di bawah ni, terasa diri sangat poyo...
Tapi bila tengok balik gambar...tiba-tiba ada feel macam pelancong dari london yang balik cuti di kampung pula...hahahahahaha...[orang yang suka perasan]

Photobucket
tak nampak condong pun!!!

Photobucket
hah...yang ni ada nampak kecondongannya...hebat teluk intan...hebat menara condong...hebat sawsomi!!! hebat sawbebe yang gantung kat kaki daddynya...

Photobucket




Menara Jam Condong Teluk intan

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

sumber : wikipedia

1 comment: