Thursday, June 17, 2010

penuntutan deposit bahagian 1

Jam komputer menunjukkan 5pm...
lagi ada setengah jam nak pergi berjihad!!

i dan sawsomi sampai kat nursery itu tepat 5.30pm...
puan pengetua dah setia menunggu kami.
Dia ajak kami masuk berbincang dalam office...

secara ringkasnya,
dia cakap dia punya...
i cakap i punya...
Dia tegas dengan notice 1 month tanpa sebarang dokumen sebagai bukti!
I tegas nak balik duit deposit dengan resit sebagai bukti!
[nasib baik amy sweetdarling dah turunkan ilmu untuk menentang makhluk kejahatan...]

adakah logik rules and regulations tu dalam komputer?
pastu kalau nak kena print out?
i tegas nak tengok kat komputer sebelum dia ubah apa-apa...
[dia tak tunjuk-tunjuk juga...]

Pastu,
dia salahkan sawsomi pula tak dengar dengan betul-betul apa yang dia sampaikan masa ada perjumpaan ibubapa dan pengetua pada awal tahun...dia cakap dia ada sebut pasal deposit....then dalam kertas aktiviti pertengahan tahun yang diedarkan pun ada syarat-syarat mengenai notice 1 month tu...[penipu...sawsomi cakap dia tak sentuh pun isu pasal notice 1 month...dan dalam kertas aktiviti pun tak ada sentuh pasal notice 1 month...]

then,
dia call ini orang,
dia call itu orang...
tanya pasal deposit and notice 1 month!!
[u call laaa 100 orang pun i tetap nak balik deposit i]

Pastu dia cakap dia kena bincang dengan partner dia!!!
I apa lagi,
I suruh dia tanya partner dia masa tu juga!!!
Hp kan ada…
Kenapa nak tukar esok lusa lagi?
I memang bagi tekanan kat dia…
[sekali lagi thank you sifu amy sweetdarling…]
Perempuan kan harus memainkan watak yang jahatkan…I rasa I pelakon yang sangat berjaya kerana berjaya menghidupkan watak perempuan jahat nih!!!

Bahagian ini agak keboringan sebab asyik dok ulang ayat-ayat yang lebih kurang sama...

akhirnya dia minta i sign surat berhenti sekolah and minta i tulis alasan kenapa nak hentikan anak i...
i enggan sign sebab dia tak mau bayar deposit i...
Dia dah semakin marah sebab i pun semakin tak munasabah dah!!!
Pusing sana, i nak deposit!!
pusing sini, I nak deposit RM250 tu balik!!!

Last-last, dia terpaksa akur!!!
Dia tanya kami ada maybank account tak?
Dia nak bank in deposit tu!!!
[tapi bila tu?]
OK fine!!
masa ni sawsomi yang ambik bahagian pula!!!
i dah tak ingat apa yang mereka cakap!!!
[i tak nak masuk campur...sebab benda ni tak ada dalam skrip i]

Pada masa yang sama,
Dia nak tau punca kenapa I berhentikan anak I dari sekolah dia.
Tertekan betul...i sangat tertekan ok...
Mula-mula ingat memang tak nak cerita apa-apa langsung,
Tapi dah didesak…rasa tercabar pula!!!
Fine,
I nak cerita pasal konflik pekerja dia dengan dia yang melibatkan i…
[pasal t yuni kena transfer ke tempat lain, dia tak puas hati lalu cucuk belakang pengetua dan hasut I buat komplen…siap ajar I nak komplen apa benda…]

So, I request nak cakap depan 2 orang teacher tu…
I tak nak I cakap I punya,
Bila puan pengetua tanya balik meeka,
Mereka cakap version mereka pulak!!!

Guna punggung fikir pun tau laaa,
Mereka akan cakap I fitnah mereka lor!!!
pastu mereka cakap i mereka-reka cerita yang bukan-bukan untuk hantam mereka...

Memang sah, mereka terang-terang di bawah lampu neon menafikan apa yang telah mereka cakap pada i….i hampir-hampir menangis sebab difitnah terang-terang di bawah lampu neon…

~~~ bersambung….

1 comment:

  1. Salam,

    saya suka sangat entry genre SUSPEN-der begini...
    cepat publish sambungannya!!!

    ReplyDelete