Tuesday, August 31, 2010

office tak ada 'neng neng' pun

pagi ni,
sawbebe tak nak pergi rumah nanny ros...
dia nak ikut my sis pergi beli sayur...

then,
saya pun bawa bebe ke office sementara nak tunggu my sis habis beli sayur dan datang ambik bebe balik rumah!

Tiba-tiba bebe tanya,
"mana neng neng...tak ada pun!!!"
bebe cari 'neng neng' kat office...

hahahahaha...
saya bagitau bebe,
saya pergi work nak beli neng neng dia...
mesti dia ingat office saya ni jual 'neng neng'

terpaksalah saya buat penjelasan terperinci:
mummy work,
boss give money.
then baru mummy go to buy neng neng...

na li mai?

kedai cina belakang tu!!!

Yao Qu![nak ikut]
Yao Qu!![nak iku]

Qu apa Qu,
pi balik rumah!!!

surau berkunci

satu-satunya tempat untuk beribadah berkunci!

HOW?!

Monday, August 30, 2010

hilang ngantuk terus...bila gaji dah masuk...dan bila mendapati duit bulan ni jadi banyak...tengah menyiasat sama ada kesilapan orang yang buat account ataupun memang bos naikkan gaji....

tapi malangnya tak pandai nak mengira...hanya boleh bersabar dan berdebar-debar tunggu cikbos pulang dari HQ!!!
sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat LEMAH

Friday, August 27, 2010

bebe sakit perut dan cirit birit!!
3 kali cirit birut kat rumah nanny ros!!!
nanny ros call pergi ambik bebe sebab bebe sakit perut dan cirit birit!!
maka
saya pun pecut 140km/j macam tak cukup tayar untuk sampai ke rumah nanny bersama dengan sawsomi!
dah bawa jumpa doktor!!!
doktor pesan jangan makan makanan berminyak, jangan minum susu sementara waktu, jangan apa lagi satu tapi saya sudah lupa!!
bebe ditinggalkan dengan my sis!
hati tak tenteram!
5.10pm saya mesti orang pertama cabut balik rumah!!

takpe...kita-kita ajer yang makan

disebabkan tanam konsep macam ni kat otak, maka masak main campak ajer laaaaa....

Photobucket

Resepi Telur Masak Sambal

* 4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu)
* 6 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
* segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
* 1 bawang besar – potong bulat
* 1 batang serai – diketuk
* sedikit air (optional)
* garam secukup rasa
* minyak masak

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai dan bawang besar…tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5. Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6. ***Bg mrk yang minat telur goreng…boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan…;)
Sumber : http://www.blogresipi.com/2009/08/22/ayam-goreng-berempah-serai-telur-masak-sambal/

Saya dok fikir sorang-sorang: macam mana nak goreng telur rebus ni?!! Nak tanya kat FB, segan pula...nanti apa yang orang fikir? tambahan dah pukul 7pm...rasanya kalian dah duduk depan tv...saya pula masih berkung fu kat dapur dok gunakan kelogikan macam mana nak goreng telur rebus!!!

Tengok serai saya, besar-besarkan...resepi cakap ketuk...tak cakap potong kecil-kecil dan ketuk...so, saya pun ketuk ajer laaaa, lalu sepantas kilat campakkan ke dalam sambal...

walaupun serai kelihatan besar alam, tapi rasanya boleh dikatakan CUKUP RASA!

Burrpppssss...

dah 2 hari dah...

perut saya kembung dengan angin...[bukan ikan kembong yaaa]
nak sendawa tak boleh...terasa macam nak muntah...
nak kentut pula memerlukan kawalan rapi....kena menggunakan tenaga dalaman untuk mengawal pengeluaran gas itu yang khuatir didengari orang lain...nasib baiklah gas ni tak busuk!!!

seksanya....paling seksa ialah time sujud!!! 1st day kembung perut, 3 kali saya sembahyang asar tau!!! semuanya batal sebab sujud ajer puttttt secara tidak sengaja....

tengah cari apa punca menyebabkan saya kembung perut 2 hari berturut-turut..
1. sahur laksa asam pedas + horlick panas [memang sendiri cari pasal punya]
2. sahur telur mata kerbau tak berapa masak + roti + horlick panas [still kembung juga...mungkin telur tak berapa masak kot...ada bakteria kot]

perut kembung pun bagus....tak rasa lapar!!!
APAKAH ITU KEMBUNG?

Kembung disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan udara masuk. Kembung juga terjadi kesan dari tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tanpa bau) semasa memecahkan karbohidrat dan protein.

(sebahagian kecilnya mengeluarkan bau busuk yang dipanggil kentut) Biasanya angin ini dikeluarkan semula melalui mulut dengan bersendawa. Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus semasa berlakunya kembung.

APAKAH PENYEBABNYA?

* Kembung lazimnya disebabkan oleh:
* Makan yang tergesa-gesa
* Menelan angin
* Gangguan sistem penghadaman
* Makan terlalu banyak


Sesetengah gangguan seperti penyakit peptik ulser melibatkan pengeluaran air liur yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kemasukan angin. Kembung yang berlebihan mungkin merupakan gejala dari:

1. Penyakit Crohn
2. Diverticulitis
3. Sesetengah jangkitan bakteria dan protozoa di dalam sistem penghadaman
4. Penyakit dalam usus
5. Alahan terhadap laktosa
6. Pembiakan bakteria di dalam usus. (disebabkan oleh sesetengah antibiotik)


GEJALA/TANDA-TANDA

1. Perut sebu atau kembung
2. Kentut


SOALAN YANG PERLU DITANYA

Adakah kembung itu diikuti oleh rasa sakit yang amat sangat di bahagian atas abdomen berserta dengan loya dan muntah, mata atau kulit menjadi kekuningan?

* Jika YA berjumpalah doktor
* Jika TIDAK teruskan dengan soalan di bawah


Adakah kembung berlaku selepas mengambil antibiotik?

* Jika YA berjumpalah doktor
* Jika TIDAK – tumpukan kepada penjagaan sendiri.


PETUA PENJAGAAN SENDIRI:

Jauhi diri anda dari memakan makanan yang boleh menyebabkan angin ( atau mengambilnya sedikit sahaja) merupakan langkah bijak mencegak dari kembung.

Makanan yang telah diketahui menyumbang kepada kembung adalah:

1. Epal Aprikot
2. Kekacang
3. Bran peach
4. Brokoli pear
5. Brussel sprout bertih jagung
6. Bunga kobis prun
7. Lobak merah raisin
8. Kobis sorbitol
9. Kacang (kering, dimasak) bawang
10. Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) kacang soya
11. Catatan: Jauhi atau makan sedikit sahaja makanan yang boleh memberi kesan kepada anda. Kecuali sorbitol, kesemua makanan ini membekalkan zat makanan, oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan langsung makanan ini.
12. Sediakan senarai semua makanan yang anda makan selama beberapa hari. Catatkan bila dan berapa kali anda terkentut atau sedawa. Jika anda mengeluarkan gas berlebihan selepas minum susu, cuba kurangkan atau jauhi dari mengambilnya.
13. Sekiranya masalah ini berlarutan, jauhi semua makanan yang mungkin menyebabkan kembung.
14. Sekiranya anda mendapat alahan terhadap laktosa, gunakan hasil tenusu yang rendah laktosa. Anda juga boleh menggantikan Lactaid iaitu sejenis enzim laktosa yang dapat dibeli di kedai. Ia perlu diambil bersama hasil tenusu untuk menghadamkan laktosa di dalamnya.
15. Elakkan kemasukan angin semasa makan
16. Ubat Simethicone boleh meredakan kembung dengan meleraikan tumpukan-tumpukan angin di dalam perut yang boleh menimbulkan kembung. Ubat ini boleh didapati dari doktor atau dibeli di kedai ubat atau farmasi.
17. Makanlah dengan perlahan dan kunyah makanan tersebut keseluruhannya. Minum dengan menghirup beransur-ansur dan jangan meneguk sekaligus. Kurangkan meminum minuman bergas. Jangan mengambil gula-gula getah dan elak dari memakan makanan tanpa gula yang mengandungi sorbitol atau xylitol di mana kedua-duanya sukar dihadamkan dan boleh meransang pembiakan bakteria yang membantu pengeluaran angin.


PENCEGAHAN:

Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di

sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang

boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan

ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk

(semasa memandu) atau semasa buang air kecil.

Sumber : http://citrasupply.wordpress.com/2008/11/22/masalah-dalam-perut-kembung-perut/

panjangnya...malas nak baca!!! copy paste untuk syiok ajer!!!

Thursday, August 26, 2010

siapa yang bosan?

Photobucket
dia tak perasan lagi yang saya ambik gambar dia...hehehehhe....ohya..ini tempat temporary saya...hari ni saya dah masuk bilik...PC saya dah sihat!!! [semalam saya paksa tukang baiki komputer datang akibat tak tahan dengan diri yang terlalu baik waktu kerja]

Photobucket
dia dah perasan...mula menyorok ke sebelah kiri!!

Photobucket
lagi dia sorok, lagi syiok saya!!! saya ambik gambar dia macam paparazi...terpaksa dia sengek [tak tau eja] ke kanan pula....

Photobucket
akhirnya...dia terpaksa mengalah!!!
Ini kali kedua saya nampak dia pakai baju PINK...sebab tulah saya ambik gambar dia untuk kenang-kenangan....

Hoiiii....terlalu senang meh?

ubat gigi

sawbebe ni pengemar ubat gigi!!!
setiap kali dia gosok gigi,
mesti dia telan itu buih-buih ubat gigi kadang-kadang belum sempat nak berbuih dia dah telan itu ubat gigi!

dah 8 ribu 8 ratus 8 puluh 8 kali saya ajar dia :
JANGAN TELAN! KRUK KRUK KRUK PUIH!

[sila imaginasi bunyi air bila kita bilas mulut]

berus gigi dia pun dah 8 ribu 8 ratus 8 puluh 8 kali sebab dia gigit sampai berus tu bunga bermekar-mekar [betulkah guna perkataan mekar?]

then,
pagi ni entah apa angin lintang,
tiba-tiba, saya terasa nak try tengok ubat gigi sawbebe!!

Wanginya!!!
Ada bau epal!!
patutlah sawbebe telan semua ubat gigi!!!

Photobucket

Tapi bagi saya,
Rasa tu tawar!!
tak cukup kuat!!!

dah berus gigi macam belum berus lagi!!!

Wednesday, August 25, 2010

ketupat sotong aka sotong sumbat

beras pulut tu rendam dlm santan + bwg merah mayang + halia mayang + halba

amek sotong besarr..cuci klu ade telur jgn buang..lg bes pastu msukkn beras yg kite rendam sntan td dlm sotong masukkn sparuh je..nanti dia msk akan kembang n penuh 1sotong tu

bile dh sumbat, cocok ngn lidi xmo bg beras kluar pastu msuk lam santan td smula itu sotong n msk

naNO fazry: rase dia mmg nangesssssss ar sedap
semalam,
termakan kuih sagu yang sangat sedap!!!
lagi sedap daripada yang saya buat sendiri!!!
[niat nak buat...tapi dibatalkan apabila kuih sagu kat gerai pakcik tu dok melambai-lambai tangan...]

P/S : Tapi burger malaysia dia tak sedap!!! tak ada ikan bilis!!!

petang ni,
nak beli lagi!!!

kuih sagu

Bahan-bahan :
1 cawan sagu halus – direndam hingga agak kembang dan toskan
? cawan gula pasir
1 helai daun pandan
2 cawan air
Sedikit pewarna ros / merah
Kelapa parut secukupnya – digaul dengan garam

Cara-cara :

1.
Masak air, gula pasir dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
2.
Keluarkan daun pandan. Masukkan pewarna dan kacau.
3.
Masukkan sagu dan kacau hingga sagu menjadi jernih. Pastikan api tidak terlalu besar.
4.Setelah sagu menjadi jernih, angkat dan tuangkan ke dalam loyang besar ataupun acuan2 kecil. Sejukkan.
5.
Keluarkan dari acuan2 kecil ataupun sudukan kecil2 dari loyang besar dan golek2kan di atas kelapa parut.
6.
Siap untuk dihidangkan.

Instead of warna merah, boleh jugak kalau nak guna pewarna lain. Ikut citarasa masing2.

http://rihannaidzmi.blogspot.com/2009/07/kuih-sagu-mata-ikan-hari-bahagia-esok_24.html

Tuesday, August 24, 2010

Bubur Cha-Cha

Saya suka masak manisan...saya suka manis...sebab saya adalah SEMUT.




Bahan A :
1 biji keledek kuning potong cubes
1 biji keledek purple potong cubes
1 biji yam potong cubes [disebabkan kedai tak ada juai yam...maka saya buat bubur cha-cha tanpa yam]

Bahan B : Colourful Starch
Topioca Flour 150gm
Salt 1/8tsp
Boiling Water50ml
Colouring drops
[yang ni saya hantam sendiri...memang buat sampai bertitik-titik peluh!!! bayangkan 1kg punya tepung ubi habis disebabkan terlalu banyak kesalahan teknikal...]




Photobucket
contoh gambar tak berjaya punya...

Photobucket
habis baju kena tepung!!! [motif? kegigihan itu tangga kejayaan]

Photobucket
akhirnya berjaya juga setelah bancuh tepung lebih daripada 10 kali...[sebenarnya tak faham bahasa...bahasa cina tak faham...bahasa inggeris lagilah tak faham...]

Bahan C:
Santan 1500ml(*1 1/2coconut)
Gula 250gm [6 sudu besar]
daun Pandan 3pcs
Garam 1/2tsp

方法:
1。將材料A.放在蒸盤中,用大火整20分鐘至軟。
2。彩色薯粉糰:將薯粉和鹽放入大碗中,倒入滾水攪拌均勻,
蓋上靜置15分鐘,再搓揉成不粘手的麵團,分成兩份,
一分青色素,另一份放紅色素。揉成扁長條狀,切成方塊狀。
3。煮滾半鍋水,放入薯粉糰,煮至浮起,撈起放入冰水中,撈起瀝乾。
4。將C.料放入鍋中,攪煮至滾,加入蒸軟的A.料和彩色薯粉糰攪拌,試味。

Method:

1. Put (A) into a steaming tray and steam with high heat for 20 minutes until soft.

2. Colourful Starch:
Put tapioca flour and salt into a mixing bowl; pour in boiling water and stir well. Cover and leave aside for 15 minutes. Mix and knead into a non-stick dough. Divide the dough into 3 portions; mix one portion with red colouring; 1 portion with yellow and l portion with green. Roll each portion into a long thin sausage shape and dice into cubes.
Bring 1/2 pot of water to boil; put in tapioca flour cubes and cook until all the cubes float up. Dish up and soak in ice water. Dish up and drain.

3. Put all ingredients (B) in a pot, bring to a boil; keep stirring until sugar is dissolved. When it comes to a boil, turn off the heat and add (A), colourful starch cubes and mix well.

4. Serve hot or cold as a dessert.

Method in English credit to http://love2cook-msia.blogspot.com




Photobucket
yummy yummy yummy...makan 4 pagi akibat kekenyangan nasi kerabu!!!

berpuasa dalam kesederhanaan

dah 2 minggu puasa,
[horeyyyy...lagi 2 minggu]
baru hari itu iaitu jumaat[20/8] berbuka kat rumah maria dan sabtu[21/8] pergi berbuka kat rumah SIL!!!

Photobucket
ayam perahan!!!lupa taruh garam...

Photobucket
goreng ayam!!! lupa taruh daun kari...

Lupa pula ambik garam ayam goreng berempah serai yang dah siap masak!!

kesimpulannya : LUPA LUPA dan LUPA...

***************************************************

Hari sabtu pula pergi berbuka kat rumah SIL kat klang selepas tertunda seminggu....

Photobucket
tak tau nak makan yang mana satu

Photobucket
adik beradik sawsomi, abang ipar sawsomi dan anak buah sawsomi...

Photobucket
burpppppssss...rezeki...alhamdulillah!!!

************************************************

hari-hari yang selebihnya, kat rumah ajer!!!
kalau rajin, masak!
kalau kurang rajin, tapao 10 jenis lauk dan 20 jenis kuih muih!

*** tahun ni belum buat kuih ondeh-ondeh lagi!!
****Bihun goreng Makcik Rehan pun belum lagi!!

kritikan nanny

kritikan :

1. Sawbebe belum ready nak pergi school!
sawbebe hari-hari dok cakap nak pergi school...4 years old pergi school. then bebe ajak anak nanny pergi school, tapi anak nanny tak mau...

2. Sawbebe tak boleh bertolak ansur
barang bebe yang dibawa ke rumah nanny, anak nanny pasti tak mau kasi pulangkan. menangis. last-last saya terpaksa pujuk sawbebe...sawbebe terpaksa mengalah. then, nanny cakap, jangan bawa barang bebe ke rumah dia lagi sebab budak akan gaduh!

3. kasut hantu
Baru 1 hari pakai kasut boot ke rumah nanny, sawbebe namakan kasut tu kasut HANTU.

4. Gatal sikit
Sebab bebe dok cakap daddy gaduh dengan mummy, daddy pukul buntut mummy.

5. Malu pakai baju tak ada lengan
sawbebe tak mau lagi pakai baju tak ada lengan...sawbebe cakap MALU!

kesimpulannya: i rasa nanny tu jeles laaaaa...

sawsomi, sila ambik perhatian!

sawsomi oiii,
baru tadi nanny ros cakap anak awak ni gatal sikit!!!
nanny cakap anak awak ni setiap hari pun cakap,
'daddy dan mummy gaduh, pastu daddy pukul b*nt*t mummy...nanti aunty ros pukul b*nt*t uncle..'

penjelasan : kadang-kadang sawsomi ni geram dengan b*nt*t bininya, maka dia pun pangggg kasi itu b*nt*t besar yang macam ada spring toik toik itu....

pengajaran : lepas ni jangan main pukul b*nt*t lagi tau depan anak!!! mak bapak yang gatal, tapi anak jadi mangsa keadaan sebab dia terlalu terus terang dengan apa yang dia nampak!! kesian bebe...

p/s : fuuhhh...lega...nasib baik sawbebe tak cakap daddy picit t*t*k mummy...hehehehehe

Kuih Gunting dan boleh dipanggil MURUKU GUNTING juga

Bahan:
* 1 cawan tepung gandum
* 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
* 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk [skip]
* 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
* 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
* secubit garam
* 1 sudu besar minyak masak
* 110-120ml air (campurkan sikit2...)
* sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
* minyak untuk menggoreng secukupnya

Caranya:

* Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
* Tuang bahan kisar kedalam tepung
* masukkan garam dan minyak dan gaulkan
* Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
* Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
* kak watie buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
* Kemudian canai nipis2...& panjang
* taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
* potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
* ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
* pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
* Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma)
* Bila dah garing angkat dan sejatkan
* Siap untuk dimakan

Sumber : http://watiermanlife.blogspot.com/2009/07/kuih-gunting-kek-kukus-cokelat-lembab.html

Monday, August 23, 2010

sedang membaca kisah amir yusuf
Actually, nak cari resepi Kuih Loyang...tapi terjumpa KUIH GUNTING kat blog watiermanlife...nampak macam senang ajer....apa lagi...nafsu nak buat kuih ni petang ni juga!!

tak tau letih ataupun mengantuk?

rasa nak baring,
baring atas tilam sambil tidur-tidur ayam...
[tapinya, kalau diberi peluang VIP ni, i tak akan menghargainya...]

2-3 ni,
sangat tak ada mood tau!!!

saya kemalasan sampai malas nak masak untuk berbuka...
dah laaa malas nak masak,
pastu malas nak keluar tapao...
[tapi i masak satu periuk besar punya bubur cha-cha...hahahahahhahaha]

semalam saya berbuka dengan nasi kerabu selepas my sis tengok saya baring tanpa ada niat nak cari makanan sendiri walaupun jam dah tunjuk 7 malam [dia pula yang cemas] maka dia menjadi sukarelawan untuk pergi tapao kerana bimbang kakaknya akan mati kebuluran...

Bestkan puasa!!!

Friday, August 20, 2010

sawbebe is 3 years, 3 month & 2 days old

setiap kali update perkembangan mesti mau tulis...DAH BESAR DAH ANAK MUMMY SORANG NI...dari 1 bulan sampailah 39 bulan pun tak habis dengan DAH BESAR DAH ANAK MUMMY SORANG NIH...

tu yang dah malas nak update sebab kemiskinan perkataan nak tulis!!
[tak kreatif]

Photobucket

bebe dah nak masuk 3 bulan hantar ke rumah nanny [start bulan June]...Budak yang dok kat rumah orang dengan budak yang dok kat taska ni memang jauh beza...maksud saya sawbebe laaa...anak orang lain saya tak tau laaa...

Perbezaan yang saya maksudkan ialah...sawbebe menjadi lebih...lebih...lebih...mengada-ngada [bukan lebih, tapi sangat over...]...terserlah sangat gaya rupa budak rumah itu...[budak rumah ialah budak yang dok kat rumah sendiri ataupun rumah orang]...mungkin saya dah serasi dengan budak taska kot!!

contohnya :
Dulu dia menangis,
sekarang dia buka mulut dan jerit tangisan...
[part ni memang menguji kesabaran saya]

Dulu dia tak sabar-sabar nak balik,
[nampak ajer kereta kita, dia dah sendiri angkat beg, sendiri buka pintu, cepat-cepat hihi bye bye dengan teacher dia]
Sekarang dia tak mau balik pulak...
[jenuh dok pujuk dengan tipu sunat]

Dulu dia tak tau malu,
Sekarang seorang yang sangat pemalu!
[pemalu di sini ialah dari segi pemakaian, otak dia telah dibasuh!!!]

saya cakap dengan sawbebe, hang jangan dok sekarang malu nak pakai skirt pendek, baju tak ada lengan...sikit-sikit malu...malu...malu dan malu...bila besar hang tak malu pula pakai skirt pendek, lengan tak ada lengan, saya akan cabaikan hang!!!

Sekarang kecil-kecil tak mau seksi, takkan nak tunggu besar baru nak seksi!!! bukanke lagi orang kutuk mak hang tak ajar hang!!!

hmmmm...asyik dok gaduh ajer setiap kali nak pakai baju...ni malu, tu malu...semua malu!!! 2 hari ni sweater tak tinggal dari badannya...saya tak tau laaa dia suka dengan sweater tu ataupun malu tahap dewa...

Asyik request nak tengok kartun...sekarang ni kalau dia ada kat rumah, mesti channel kartun ajer....mak bapak terpaksa mengalah dengan dia...mengalah dengan jerit tangisan dia...dia gunakan jerit tangisan untuk minta benda yang kita orang tak kasi...hmmm....tau cara dia tak betul, tapi tak tau macam mana nak selesaikan masalah...

Saya merungut ke?
Taklah...
Ini adalah perkembangan sawbebe pada 3 tahun 3 bulan nih!!!

Sawbebe dah start banyak menyoal...soal sampai saya tak tau nak jawab...asyik dok GOPO? GOPO? GOPO?

apa lagi ya?
emmm...
tak ingat laaa....

Siang maksudnya bila dia terjaga dia dah tak pakai pampers...hanya time dia tidur iaitu tidur siang dan tidur malam ajer pakai pampers cap tesco.

Minum susu macam minum air...1kg punya Dutch Lady 123 tu habis dalam 10 hari. itu susu yang tinggal kat rumah nanny punya...yang kat rumah punya tak kira masuk...

sawbebe tetap setia dengan TELUR!!!

Errrr...
lagi apa?

tinggi : lebih kurang 98cm
berat : 14kg

Dok dengan nanny sawbebe memang jarang sakit-sakit...part nih memang syukur alhamdulillah sangat-sangat...

Time tulis mesti tak ingat semua...then akan diakhiri dengan ayat...NANTI SAYA INGAT SAYA TAMBAH LAGI...HOHOHOHOHO...

Rasanya itu saja kot!!!

Photobucket
Yay! saya sudah big big girl!!!

teknologi yang sungguh canggih

sebab itu saya mengaku saya orang kampung!!!

Photobucket
gambar hiasan dari google

nak cerita pasal PC saya yang berjangkitan virus...
technician aka lelaki yang paling ditakuti oleh pekerja yang bertanduk setan pun datang...
Then, dia buka laptop dia...
Pastu dia tutup laptop dia dan pesan kepada saya...
' jangan tutup komputer, saya akan REPAIR ONLINE '

...lebih tepat ialah bunuh virus secara online...

walao ehhhhh...
canggihnya teknologi sekarang ni...
boleh bunuh virus/repair komputer secara online?

saya tak faham laaaa....
adakah ia bermaksud...
kelak apa website yang saya klik,
technician boleh tau?

kalau macam tu,
saya tak boleh lagi FB dan blogging lor!!!

ARRRRRGGGGGHHHHHH

Eliss,
tolong bagi penjelasan sikit...

orang yang pandai-pandai KOMPUTER,
tolong selamatkan saya!!!


P/S : disebabkan saya tak boleh nak buat jahat time kerja...maka hari ni saya ponteng kerja...hahahahahha

Thursday, August 19, 2010

Paprik Campur 雜碎

材料:

1. 各種蔬菜,肉類,海鮮
2. 辣椒糊(Chili Boh) 三湯匙
3. 蠔油三湯匙
4. 辣椒醬兩湯匙
5. 番茄醬兩湯匙
6. 瘋柑葉6片(捏皺)
7. 蒜茸+大蔥一粒切塊

做法:

1. 爆香蒜茸,大蔥
2. 下辣椒糊炒,接著下蠔油,辣椒醬,番茄醬
3. 若有放肉類,可以現在下
4. 加點熱水,放入瘋柑葉,以及蔬菜和海鮮
5. 自行加入少許鹽和味素調味
6. 滾後打個芡即可上桌。

貼心建議:

1. 其實放肉,菜或海鮮是看你個人,若你放蝦,sotong,就別這麼快放, 以免過老。若是豬肉的話,就要早點放。包菜花要先放,西芹生吃也行,就最後才放。所以你們自己拿捏。

2. Ohbin喜歡重瘋柑葉的味道,所以我放了六片。若你不肯定的話,慢慢下。

3. Ohbin沒有打芡,因為我早煮,吃的時候什麼芡都變水了,打了也是白打。若你老公坐在飯桌等上菜,那麼打個芡比較像樣。瓦??瓦??!

Wednesday, August 18, 2010

sahur pagi ni

tak ada motif punya update...
terlalu senang sebab tak boleh nak blogwalking sebab mata cikboss kat belakang...tepat-tepat kat belakang yang cuma dihalang oleh dinding...dia boleh keluar macam hantu dan sangat menyesal kenapa belakang saya tak ada mata ketiga...

pagi ni,
saya terlebih rajin nak masak sup bunga kobis carrot fish ball tang hoon [tak tau nak eja suun] untuk sahur memandangkan tak boleh berbuka sama-sama sekurang-kurangnya boleh bersahur sama-sama...

Photobucket
tak laku...rajin tak bertempat!!! hehehehe

berbuka seorang diri

kejam tau...
sangat sangat sangat kejam tau berbuka puasa seorang diri!!

16 ogos 2010
Photobucket
walaupun makan seorang, tapi sangat enak tau...heheheheheh

17 ogos 2010
Photobucket
sempat berbuka dengan teh o panas dan egg tart...

Photobucket
dalam 8 lebih baru makan nasi berlauk ikan goreng...

Photobucket
dan daging black pepper semalaman...

apa motif update makanan??
tak tau laaa...
mungkin tak boleh fb kot sebab cikboss punya mata macam terlekat kat belakang saya...
huhuhuhu...
takut!!
[tak sangka saya pun tau takut kan]

maka hari ni saya akan update blog 888 kali!!!
lalalalalalala
lalalalalalalala
lalalalalalalalala

Resepi : Puding Caramel Tanpa Telur

saya copy dari http://jasmeen.fotopages.com/?entry=1916463 dan paste ke sini!

Bahan A
2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Photobucket
Ini dia cawan yang dimaksudkan, senduk yang dimaksudkan...
botol bebe tu secara hiasan saja!!
saya sukat dengan botol susu bebe...
air 1 cawan tu = 200ml

Cara-cara
1.hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan...[saya tak ada acuan, saya guna periuk terus]
nota ingatan untuk saya : jangan biar gula hangus beku tau...

2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.

3.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk). [memang patut dan wajib dihidang sejuk...]

Puding saya luarannya agak kehodohan...tapi dont worry, ia tak menjejaskan dalamannya...
Photobucket

Photobucket

Anggaran kos :
Serbuk agar-agar [RM2.20]
1 tin susu cair [400g-RM2.50)
Tepung kastard [BIRD'S 300g-RM3.90]...boleh pakai untuk 20 kali sebab hanya guna 2 sudu ajer...
Vanilla [RM1.50 botol]...pun boleh guna banyak kali...
Gula [RM3.80 2kg]...jangan taruh semua..kang kena potong kaki...

demi awak...

bebe request nak makan agar-agar!!!
kasih sayang saya yang melimpah-limpah pun memenuhi permintaan anak saya!!
tapi saya ni terover gatal,
Pergi buat PUDING KARAMEL TANPA TELUR

sebenarnya diri sendiri yang bernafsu nak buat sebab asyik dok tengok sana sini blogger dok buat puding karamel...tak sangka masak pun satu nafsu!!! hebat! hebat! hebat!!!

Tengok macam senang...
Time buat..
huhuhuhu..
Step pertama : hanguskan gula...
mak tolong...macam mana nak hangusklan gula?
...Belasah ajer laaa....
saya pun goreng gula macam goreng ikan...
Gula dari kering jadi basah pastu kering balik pastu jadi gula batu pastu cair balik....
Nasib baik gula tu mampu bertukar ke warna brown...

tong tang tong tang tong tang
[ini periuk berlanggaran dengan periuk akibat cemas sebab dah 7:15pm]
Perhatian : Puding ini dah dianggarkan tak sempat jadi JUADAH BERBUKA!!!

SIAP!!!

bebe datang ke datang bila dengar saya jerit kat dapur!!

saya dengan bangga cakap dengan bebe : mummy buat puding untuk awak [dengan harapan dia akan cakap 'hou yay'

manatau, dia BUSYUK...pastu tutup hidung dia dan lari ke hall dan tak datang dapur kacau saya lagi akibat kebusyukan

ohhhhhh...[nak drama sikit]...tiba-tiba dapur jadi gelap...tinggal satu lampu kuning pancark kat kepala saya...saya pegang hati saya sambil terduduk di lantai dapur...hancur hati saya...

Then, dah pukul 9pm...dah cukup sejuk untuk dimakan...i ajak sawbebe makan...Dia dengan kuat sekali cakap...BUSYUK...TAK NAK MAKAN...ohhhhhhh....OMG!!!

Hmmm...

tak nak makan SUDAH!!
saya makan seorang!!

saya dah tak ingat saya pernah or tak pernah makan tak puding karamel ni..
so,
saya tak tau rasa puding karamel ni macam mana...
tapi puding karamel tanpa telur yang saya buat ni...
huhuhuhuhuhu...
SANGAT SEDAP
[tekak i sangat suka]
Kepuasan tahap maksimum!!!

walaupun luaran tak cantik macam tukang masak bernafsu tak bertauliah ini, namun dalamannya adalah 100% sempurna seperti orang yang membuatnya...ehemmmm...hehehehehhehe...segan laaaa puji diri sendiri!!! tapi tak tahan nak puji juga...heheheheh...

sawbebe,
nasib baik laaa awak tak suka...
boleh mummy u makan sorang-sorang!!
[sawbebe , kenapa awak tak mau makan mummy masak punya puding karamel yang sedap macam nak mati nihhhh...]

lagi kembang mengembang bila sawsomi puji...
Oh God!!!
dunia ni i punya!!!!
~~~~melayang layang...hanyun ke kanan hanyun ke kiri~~~~

hahahahahahahha...

Gambar puding karamel buatan sawsawlady yang tak lawa.....tapi SEDAP!!
Photobucket

Photobucket
HEAVEN!!!

Maka secara rasminya mengumumkan...SAYA BERJAYA walaupun puding saya hodoh macam saya!!! yay

sekian terima kasih daripada pompuan tak tau malu yang asyik dok puji diri sendiri!!!

Tuesday, August 17, 2010

orang PARAM, saya pun PARAM

rupa-rupanya PARAM ialah...
Photobucket
lelaki ini!!!

terima kasih atas pemberitahuan cik norrimie...nasib baik setiap kali sebut PERKATAAN ni di bulan puasa, maka cik norrimie menahan sepakan-nya

jangkitan virus

PC saya kena jangkitan virus!

sekian!!

Duduk antara 2 sujud [bukan nak tunjuk pandai tapi nak minta tunjuk ajar]

dapat email dari yahoogroups.com
setiap hari pun mendapat melambak-lambak email yang entah apa-apa...tapi kadang-kadang dapat juga email yang baik-baik belaka...contohnya yang ni...

Duduk antara 2 sujud

[just copy paste....]

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Monday, August 16, 2010

saya pun ada juga tau...

mimi ada 101 things to do before dia go...i pun ada tau!!!
cuma i segan sikit nak hebohkan sebab terlalu berangan-angan dan tak pijak di bumi nyata...
.
.
.
.
.
.
dengan pasangnya angan-angan,
barulah boleh meneruskan kehidupan!!

berpuasa - tak bersolat = puasa tidak sah

omg!!
menggigil lutut i !!
5.55am tadi baru tau bahawa...[terbaca kat status orang...siapa cakap FB tak ada gunannya...sekurang-kurangnya ia buat i taubat]
"barangsiapa yg meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! "

hari jumaat lepas,
saya miss solat zohor...
huhuhuhuhuhu
omg!!!
punyalah tahan lapar, tahan dahaga, tahan marah, tahan tak mengumpat...
tapi yang paling wajib tu tak buat...
[rasa macam nak hantuk kepala ke dinding...]

saya pun tanya sawsomi,
kenapa tak bagitau saya?
dia jawab, kenapa tak tanya?
cisss...manalah saya tau?
kalau saya tau, tak payahlah saya tanya lagi!!

Bila lagi nak bertaubat,
kalau bukan sekarang!!!
i promise,
hari ni saya tak nak miss my solat!!!


p/s : baru ingat...jumaat lepas saya belum suci!! saya start puasa hari sabtu!!! yay!!!

hari ni tak ada nafsu nak makan masakan sendiri

saya tau bukan nafsu,
tapi malas!!
pompuan malas sorang ni malas sampai tahap nak buat air pun malas...
tambahan pula merajuk dengan yang sawsomi tak mau balik 5pm, dia ketegaq nak balik 6pm...Pastu menangis sambil dipujuk oleh sawbebe!!!

ohya...
kami tak jadi buka kat rumah SIL sulung sebab SIL ke-2 punya laki ada kerja...

hari ni buka simple ajer...
Curly fries
separuh murtabak ayam
teh o panas - saya gagahkan diri saya buat air teh juga sebab saya rasa air teh o yang saya buat tu sangat sedap!!
air tebu

Pastu sembahyang...
nyaris-nyaris pengsan time terawih...
rasa panas sangat kedua-dua ketiak walaupun di bawah kipas [mesti neraka lagi panas kan]
8 rakaat + 3 rakaat witir macam 800 rakaat...
time sujud nyaris-nyaris terlena...
oppssss!!!
sawbebe paling hebat!!!
dia terus lena kat sebelah saya!!!
jeles betul dengan dia...
Photobucket

tapi peliknya,
habis terawih,
terus jadi segar bugar!!!
boleh masak nasi goreng nasi semalam dengan ayam goreng semalam untuk sawsomi...[sayang juga kat sawsomi sebenarnya]
rasa macam nak melompat atas badan sawsomi bila dia puji nasi goreng SEDAP!!!
[pompuan memang senang puas hati...so, apa salahnya pujuk bini anda]

Lepas post entry ni,
cadang nak makan burger ayam sebelum tidur!!!

esok sahur dengan nasi goreng malam ni ajer laaa....

good nite blog!!!

Sunday, August 15, 2010

roti jala tak jadi dimakan dengan kari ayam cair

nafsu yang sungguh pelik...
nafsu nak makan masakan sendiri
[tak sedar diri punya nafsu]

semalam 1st day puasa,
nafsu nak makan roti jala buatan sendiri!!!

dah 5 petang baru google kari ayam
Skip masak kari ayam manual sebab terlalu banyak bahan yang diaorang kenal saya, dan saya tak kenal rupa mereka...
Pergi kedai cari perencah instant kari ayam!!
nasib baik ada!!!
20 minit kawtim kari ayam yang cair!!!

Part roti jala pula...
Google resepi...
tapi tak ada macam-macam bahan...

Ting [dapat idea]

Buat lempeng yang warna kuning yang rupa jala!!!

Maka kerja-kerja bancuh tepung pun dijalankan!!!
Lepas tu pun nak 'men-jala'...

sambil men-jala,
sambil menangis...

tak jadilah lempeng jala....
langsung tak ada bentuk jala....

marah dengan diri sendiri kenapa tak ada kepakaran nak buat roti jala!!!
sambil masak sambil tarik muka!!

last-last,
semua roti jala jadi lempeng jala!!!

Berbuka dengan roti jala tak jadi dan kari ayam cair!!
sawsomi sambil makan sambil angguk kepala sambil cakap dengan sawbebe...
'pandai juga mummy u masakkan!'

memang sedap!!
tak ada tipu punya...[ok tipu punya]
cuma jangan bayangkan makan roti jala,
kena membayangkan makan lempeng warna kuning masin cicah dengan kari ayam!!!

burrpppp...kenyang!!!
Photobucket
ambik gambar untuk kenang-kenangan diri sendiri!!

pecah rahsia

sawsomi bagitau CHAMPS outlet dia minggu lepas dapat 82 aje [last month punya 100]...
so dia pun dok risau,
takut shift dia..
dia kan tengah perform...
so, kena buat betul-betul laaa...
then, pagi ni dia bagitau i,
dia dah check...
ahad lepas,
bukan shift dia.
dia cakap hari ahad RASANYA di balik AWAL.
Shift assistant dia, night shift!!

BALIK AWAL?
9pm tu balik awal ke?

maybe lor dia BALIK AWAL,
tapi tak balik RUMAH lor!

hmmmm...
sendiri pecah sendiri punya rahsia!!!

tadak otak punya orang

cikbos suruh buka satu ruangan "Anya Tanya Kami Jawab' untuk pembaca tanya soalan...
then, pembaca pun email soalan lor...
then editor yang sorang lagi mungkin datang bulan kot...
Dia cakap : 'Tu L[carut] betul dengan pembaca...soalan macam ni pun nak tanya...sendiri googgle laaa...U cincai-cincai jawab dah...suruh diorang cari kat wikipedia....'
tu dia kata-kata orang tak ada otak ni!!
Kalau tak mau jawab soalan pembaca, awal-awal bagitau cikbos, jangan buka ruangan ni...
ni bila dah buka...
bila pembaca tanya soalan,
suruh pembaca google sendiri...
apa punya editor?
u ingat pembaca bodoh meh?
diorang bukan tak nak google sendiri,
tapi nak berinteraksi dengan editor!!!
mereka syiok bila soalan mereka disiarkan...
ITU SAJA!!!
saya sungguh terkilan dengan kata-kata my colleuge yang pokimak tu!!!


p/s: tahan sampai dah buka baru luahkan perasaan....

Friday, August 13, 2010

tengah sakit kepala!!!

dari pagi-pagi bangun sudah start sakit...
sakit sampai sekarang sudah petang pun belum ada tanda mau berhenti sakit...
sakit macam mau pecah itu kepala!!

Ada satu kemungkinan saja sakit kepala macam tu iaitu....
[berdasarkan pengalaman-pengalaman yang terkumpul]
MAU DEMAN PANAS!!!!

Belum start puasa lagi...sudah 3 ramadhan, i tak boleh suci-suci lagi...Mr.P bukannya banyak mana pun...1 hari 1 titik ajer mencemari towel lady!!! pijak-pijak itu towel lady penuh perasaan geram dan dendam bila cuci itu towel lady!!!!

P/S : pagi ni i penuh bersemangat bangun sahur nasi + ayam panggang yang semalam i makan tak habis + ayam paprik sawsomi beli tengah malam untuk disimpan makan sahur pagi ni!!! last-last sia-sia ajer...i rasmikan dengan kopi o panas, roti butterscotch dan teh ais!!!
setiap kali [baru 2 kali, tapi 2 2 kali pun kena tegur] saya pakai baju yang kemelayuan sikit...
ah sou cleaner akan menasihatkan saya,
'hari ni baju u....pakailah muda sedikit'

hmmmm!!!
saya mengakui,
coraknya agak kolot...
warnaya agak kelumpuran...
macam nak berdiri dan tunjuk baju saya yang ada manik-manik berkelip-kelip macam diamond mutiara intan!!!
Itu pun saya nak 'muda',
saya pakai dengan seluar jeans tau!!

Kali pertama kena tegur 2 tahun yang lepas,
saya pakai baju kurung warna biru,
ah sou cleaner juga menasihati saya pakai baju yang 'muda' sedikit...
baju yang saya perasan nak mati...
tiba-tiba dikutuk habis-habisan!!!

ah sou celaner ni ada musuh dengan baju melayu i ke?

saya nak boikot ah sou cleaner 1 minggu!!! merajuk sangat-sangat tau!!!

I Am Sixteen Going On Seventeen

昨天small kaki 給我看一個部落格, 部落格的男女主角才17,18歲.
可是再過幾個月就要榮陞爸爸和媽媽了。 。 。準媽媽可能連SPM都要放棄。 。 。
我在想,
這件是不可能發生在我身上了,
因為我不是17歲,
而是32歲了!

但是,
要是男主角是我兒子,
我想,
我應該也會像男主角的家人'接受'lor。 。 。
事情都到這種地步了,
男方的一定要負起責任,
畢竟自己的兒子去搞大人家女兒的肚子。
責備兒子過後,
就幫兒子和媳婦搞結婚!

但是,
要是女主角是我女兒,
我想,
聽到這個消息,
我會頭暈心痛的昏過去。 。 。
可能還會上演
一哭,二鬧,三上吊! !
大肚子,生孩子不是什麼大問題。 。 。
問題是女兒的前途就這樣毀了,
本來,
17歲可以無憂無慮的享受青春!
和大家一起討論功課,
和大家一起面對考試壓力,
和大家一起心情忐忑的等成績出爐,
和大家一起去college 還是考上大學,
和大家一起畢業,
和大家一起。 。 。 。 。

可是,
現在她卻要一個人面對和承擔所有的壓力。
有人會講男的gatal嗎?
有人會講男的不懂得自愛嗎?
社會會怎樣看這個女的?
她不能再上學,
她不能考試,
再過不久,肚子越來越大。 。 。
這就是壓力! !


要註冊結婚,手續如何辦?
一生人第一次結婚,當然要穿婚紗,要拍結婚照,錢哪裡來?
結婚過後住哪裡?
還好意思跟父母拿零用錢嗎?
孩子要出世了,誰要出錢買牛奶, 買尿片?

我相信,
現在男女主角都還要父母親養! ! !
婚後,
他們有能力經營他們自己的家庭嗎?
沒有能力!
那就是說,
父母要養你,還要養你的老婆和你的baby咯
【父母要養妳,還要養妳的老公和妳的baby咯】

好! !
雙方父母都非常的棒! !
我是指他們都很有錢, 都不在乎這一些小小芝麻的開銷! !

男的繼續上學,有自己精彩的生活圈子!
女的要暫時留在家裡調好身子,幫忙媽媽或者家婆照顧自己的baby。
【如果是自己的媽媽還可以丟下孩子,自己和老公去wet。如果是跟家婆住呢? 】
到時,
女的會不會羨慕男的呢?
本來,
女的也可以像男的活的這麼精彩的。 。 。
可是,現在她只有看的分!
只能看,不能做,
久而久之,心裡就開始越來越不平衡,就會開始雞蛋裡挑骨頭!
然後,小夫妻就吵架。 。 。
吵舊了,
感情沒了。 。 。
就這樣分了!

一個女的,帶著小的,
以後還有什麼幸福可言?
有幾個好人家是會接受她和她的孩子?

要自己養自己,
學歷只到PMR,
能找到什麼好工作?


對一個母親來講,
這就叫做前途毀了! ! !
做母親的沒希望妳以後賺什麼大錢.
母親只希望妳把該念的書都念完,認識多點字,
以後可以找senang一點的工作,
工錢高一點的工作,
然後可以認識好一點的男人,有用一點的男人。 。 。
以後可以嫁給一個可以養老婆養兒女的男人!


妳的路,
妳自己走!
要怎樣的路,
是妳自己選的,
妳自己決定的,
母親只能站在旁邊看妳走妳的路! !



孩子
妳可以談戀愛!
可是妳一定要更自愛! !
沒有人會比妳更愛妳自己 ! !
懂嗎?




寫到我自己也亂了! !
好像我女兒。 。 。
呸!呸!呸!
要大也應該是我的肚子先吧! ! !
【我非常的希望我的女兒能來這裡讀一讀。 。 。 】


38好壞人!
恭喜你們要當爸爸媽媽了! !
你們以後要好好報答你們的父母!!!


17歲...
我在讀Form 4! ! !

HUTANG SMALL KAKI 1 PICTURE!!
PICTURE UPLOAD LATER!!!
THX!!!


~完 ~


credit to kakisyiok.blogspot.com

Thursday, August 12, 2010

Y not? rezeki makan free maaaaaa

[setan dalam badan i tak diikat lagi?!!! tu yang gila, meroyan...i baru hantar sms yang berbunyi 'u sayang i or sayang kakak u? kalau i dan kakak u jatuh ke dalam laut, u nak selamatkan siapa?' sekarang menyesal macam nak mati kerana hantar sms yang stupid tu...haizzzzz...]

orang biasa-biasa macam saya ni sengaja mencari masalah untuk dibinggungkan memandangkan tak ada peluang nak risau dengan duit saham yang berjuta-juta...apa kaitan saham dengan buka puasa kan? tak ada kaitan...memang tak ada kaitan pun...cuma saya saja nak membebel seorang diri memandangkan semua orang tengah berpuasa tak boleh nak mengumpat dengan saya...maka saya terpaksa melayan emosi sendiri lor...

saya dah buat keputusan,
memandangkan sawsomi nak sangat bawa saya pergi berbuka kat rumah kakak sulung dia kat klang tu,
kenapa saya tak mau pergi pula?
kenapa saya nak juai mahal pula kan?

Pergi...
kenapa tak mau pergi kan?

Pergi makan banyak-banyak,
mereka makan 1 pinggan nasi,
saya makan 4 pinggan nasi,
lagipun mereka pun cakap saya kuat makan!!!
so, saya pun tunjukkan bakat kuat makan semulajadi saya!!!
Dah makan,
minta tapao nak bawa balik sahur pula!!!
orang gemuk memang kuat makan maaa...
tak macam u all...makan tak gemuk juga!!!
habis duit ajer makan tak gemuk-gemuk!!!
ohya,
lupa nak bagitau,
saya tak makan pun boleh gemuk...
sebab saya senang hati!!!
senang hati ada kakak ipar yang suka belanja makan dan belanja pergi holiday!!!
thanks akak, thanks U-G!!!
lain kali belanja lagi tau!!
[pompuan gila meroyan sorang-sorang]

hahahahahaha!!

Emosi saya dah ok dah!!!
tak sabar-sabarnya nak pergi berbuka kat rumah SIL Ahad nih!!!
Ahad ni mesti saya dah boleh berpuasa kan!!!
mesti saya boleh makan banyak sekali kan!!!

hahahah
hahahahaha
hahahahahahha
hahahahahahahah

**** ohya, lupa nak bagitau...minggu pertama puasa tu berbuka kat rumah SIL sulung, minggu ke-2 or ke-3, turn SIL ke-2...sawsomi punya turn selalunya last week....sebab dia adik bongsu....

i JEALOUSY my SIL????

yessss...
jealousy yang teramat sangat....

my SIL yang besar tu ajar sawsomi pi berbuka puasa kat rumah dia ahad ni...sawsomi terus boleh nak balik awal pada hari tu...
kalau tak, tiap-tiap hari 9 malam baru nak bergerak balik dari tempat kerja, termasuk weekend...

akhirnya saya terpaksa akur,
kuasa hebat seorang KAKAK...
[tapi kenapa adik i tak macam sawsomi?]

semua orang menahan nafsu nak beli satu PARAM kecuali saya

haizzzzzz
saya didatangi bulan terang!!!

catatan dinding : HUTANG 1 HARI, ganti 1 hari

Wednesday, August 11, 2010

tanpa bantal busyuk

Photobucket
semalam bebe tidur tanpa bantal busyuk!
sungguh hebat!
sungguh hebat bukan kerana dia dah stop ketagih bantal busyuk...
tapi sungguh hebat dia muntah atas bantal busyuk dia pada 11 malam selepas diusik sawsomi!!!
lagi hebat ialah...
tercetusnya kegilaan laki bini apabila melihat sisa-sisa muntah bebe di mulut, di baju, di bantal, di cadar yang baru basuh pagi semalam dan baru dipasang pada tilam pada pukul 10.45 malam. Akhirnya si bini mengistiharkan perang dingin kerana wayarnya sudah putus satu bila si suami tak mau layan dia gaduh...si suami dan si anak enak tidur sampai mengalir air basi kat bantal tanpa sarung!!!!!! si bini pula meroyan seorang diri sampai menangis rindu pokok nyior kat kampung sambil memanggil mama...mama...mama...nenek...nenek...nenek...[suara macam hantu dok menangis....nasib baik bulan ramadhan tak ada hantu...tapi sekarang ialah bulan 7, bulan hantu....]
kenapa setiap kali sedih, mesti teringat kat pokok nyior depan rumah?
kenapa time tengah syiok, nama surname mak apa pun tak ingat?
Photobucket
kesian bebe, dia jadi mangsa keadaan!!!kenapa laaaa mak bapak dia tak matang? mak bapak dia hanya mempunyai kesedaran 5 minit saja...lepas tu mengulangi kesilapan yang sama...
haizzzzzz....
mungkin pasal ni kot, bebe tak ada adik lagi!! tuhan lebih mengetahui...
tiba-tiba rasa bersyukur...rasa alhamdulillah dengan apa yang ada....
i sumpah,
i nak jadi mak mertua yang kaya raya...
i nak beli sebiji banglo kasi bebe,
kalau bebe dan suami gaduh nanti,
bebe boleh lari ke banglo itu!!
i juga nak kaya raya,
kalau suami bebe nanti membuat bebe menangis...
i akan beli tiket kapal terbang bagi bebe pergi paris, london, jepun untuk menghiburkan hati!!!
i tak nak dia jadi macam i,
tak ada tempat nak pergi mampos setiap kali wayar putus satu!!!

Penggunaan 'SAYA'

Mulai hari ini,
SAYA akan menggunakan SAYA dengan menggantikan I.

Ini adalah selari dengan masalah yang timbul ketika translate komik. orang-orang komik dalam majalah komik kami kena bercakap dalam bahasa formal dan baku...
maka sama ada secara sengaja ataupun secara tidak sengaja SAYA telah menggunakan I dalam kerja-kerja penterjemahan komik akibat terpengaruh dengan blog!!! Perkara ini telah menimbulkan kesilapan besar yang boleh mengundang kementerian dalam negeri tulis surat cinta kepada my cikboss!!
[tak boleh ada ayat bahasa inggeris langsung tau...ada ayat inggeris pun boleh kena surat amaran tau!!! entah apa punya syarat...]

sekian terima kasih!

Tuesday, August 10, 2010

serba salah

nak 'terus'
ataupun
nak 'henti'

Gopo?

10 August 2010
Gopo dia jogging [sambil hayun kedua-dua tangan-terbang] cam tu?
[i suruh dia tengok burung merpati jogging?bodoh betul i nih!!!]

1 August 2010
Gopo Fish 可以講話 [can talk]?
[tengok movie finding nemo...]

Gopo

ini niat yang paling penting

Doa Berbuka Puasa:

“Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin”


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

-Jangan lupa gantikan “tu” (aku) kepada “na” (kami) jika mendoakan secara berjemaah.
Yang ni i tak faham...tang mana nak gantinya?
semalam malam,
bebe terlalu excited rabu nak puasa...

maka dia pun :

-->pampers kebocoran dan tukar pampers- 10kali
-->kasi tendangan bertubi-tubi kat perut i - 20 kali
-->minta garu badannya - 30 kali
-->menangis dalam keadaan separa jaga - 40 kali
-->terjaga cari kipas -50 kali


kenapa awak menangis semalam?
kenapa awak kencing atas tilam?
kenapa awak tendang perut buncit mummy?
Photobucket
'hehehehe...mana ada....mana ada...'
menafikannya sambil bagi senyuman busuk kerang...
ini budak...
i gigit punggung dia baru tau kot!!!!

Niat Puasa

u all tolong tengok betul tak apa yang i copy paste ni!!!! thx!!!

Niat Puasa sebulan:

“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala.”




Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Niat Puasa harian:

“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”



Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


*** baru sibuk cari niat puasa memandangkan esok tak boleh start puasa bersama-sama dengan sawsomi memandang me masih uzur [Mr.P datang 8/8]

*** sibuk nak hafal niat!!!

*** rasa kecewa esok tak dapat puasa [ bukan baik tapi takut ganti sorang-sorang]

my wishlist

Tidak ikut turutan

1. Belajar swimming
2. Lesen menyelam
3. 4WD
4. Tattoo
5. Tindih Hidung
6. Makan Salji ball
7. DSLR
8.

a MUST watch and listen!!

Megan Fox and Dominic Monaghan, Eminem and Rihanna, Maybe that's what happens when a tornado meets a volcano!!! =]

Monday, August 9, 2010

~Que mi corazon esta colgando en tus manos~

i translate siap-siap kasi u all

~ Hatiku tergantung di tangan anda ~




***dah 18 kali dok ulang lagu ni!!!!
*** sambil goyang badan atas kerusi!!!
***sambil translate gundam 00 yang memeningkan!!!

nak simpan rambut panjang pula

tengah perasan diri rambut panjang lebih lawa!!!
sebab itu mengambil keputusan gedik-gedik nak simpan balik rambut!!!

Sunday, August 8, 2010

u masam muka dengan i sebab anak buah u?

Saturday, August 7, 2010

jangan tag i dengan 'duit' u! i tak heran laaaa [orang miskin yang eksen dan ego]

Perhatian : entry ni ikut resam cili...siapa pedas, cari air sendiri!

sila tengok gambar-gambar yang i nak sajikan nih!!!
[mula-mula ada tergerak hati juga...tapi disebabkan terlalu memahami sifat semulajadi dalaman yang 'hot-hot chicken shit' dan sikap tak mau menyusahkan kawan [actually hanya ada 3 orang kawan...kalau berjaya memujuk mereka pun dapat 300 ajer, tak kaya juga] dan pengalaman sering TERTIPU akibat nak jadi orang kaya...tambahan sikap senang puas hati dengan keadaan semasa tapi suka merungut hari-hari membuat i mati hati dengan duit di bawah ni]

Photobucket
ALHAMDULILLAH, SYUKUR YANG AMAT2 SGT... AMIN.
Hari2 aku dpt tag photo cmni dr kwn2 FB, tak kenal pun.. mcm2 statement dia inbox aku, ckit pun aku xpercaya.. aku wat BODOH jek.. hehehe.. sehingga satu hari dia inbox aku " AKU X PAKSA KAU, KALAU NAK BUAT BUATLAH. LAGIPUN KO TGH CARI CARI SESUATU UTK TAMBAH PENDAPATAN. DUDUK PENING2 CMNI PUN SATU APA PUN X JADI ".
malam tu aku xleh tido la plak, pikir punye pikir aku nekad buat jek..
mana tau menjadi. Esoknye aku terus register.. pendekkan cite, lepas 3 HARI aku buat biz ni mcm x percaya dalam akaun bank aku dah ada RM1000!!!!!.
Macam nak mengalir air mata aku. lepas buat mcm2 baru skrg merasa hasilnye.. sejak tu aku x toleh belakang lg, belasah jek.. Bukan susah sgt pun, ikut je yg diajar, so dapat lah!!!! sumenye bersistem, xyah pening cmne nak buat.. so, apa tunggu lg????????????????????????
cmfrm blh buat duit kaw2!!! kalau berminat ADD AKU OR PM INBOX K!!!

u all rasa duit kat atas meja tu setakat 1K ajer meh?
kalau mau tayang, tayang duit 1K yang dikatakan...jangan ambil gambar yang tak berkaitan?


Photobucket
MELIHAT KEPADA KEJAYAAN ORANG LAIN PUN MUNGKIN ADALAH SATU PETUNJUK KEPADA KEJAYAAN KITA PADA MASA AKAN DATANG. MALAHAN MUNGKIN KITA LEBIH BAIK. JADI, SENTIASALAH BERI PELUANG KEPADA DIRI UNTUK MEREBUT PELUANG ITU SECEPAT YANG MUNGKIN. TAK RUGI PUN, MALAHAN KITA AKAN BANYAK BELAJAR DARIPADANYA UNTUK JADI LEBIH BAIK...RENUNG2KANLAH....
tu yang buat entry ni selepas merenung-renung tengok gambar duit u!!!

Photobucket
Everyday make $$$$.. percayakah ANDA seorg suri rumah yg dahulunya belajar setakat Diploma in Nursing, kerja hanya 9bulan, skrg Full time sbg HOUSE MANAGER (dok umah jaga hubby, jaga anak).. hehe.. mampu mjana 4angka seminggu. Dunia tanpa sempadan, tiada yg mustahil. MUSTAHIL hanya bg org yg hanya suka melihat, suke mengambil tahu, suka mkaji, tetapi tiada TINDAKAN. So, mahu rasa apa yg sy rasa?? Sy sedia bkongsi. SMS sy 013-3263362 @ pm my inbox.. Hanyautk yg SERIUS mahukan $$$ shj..
hebatkan?
orang income tax tak pergi rumah dia minum kopi ke?


[gambar kredit kepada mereka yang tag i or kawan-kawan i kat fb]

i nak tanya nih sebab i sangat tak faham ni....

kalau u ada macam ni banyak-banyak-banyak-banyak-banyak punya duit,
adakah u akan bubuh kat fb?


kalau u ada macam ni banyak-banyak-banyak-banyak-banyak punya duit,
adakah u nak kecoh-kecoh bagitau kat orang?


apa yang akan i lakukan kalau i ada begitu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak punya duit sampai tersepah-sepah atas meja dan atas laptop...[alangkah sampah di rumah bersepah-sepah macam duit]
1. i akan dok diam-diam
2. sambil dok diam-diam tu i akan risau macam mana kalau orang lain tau i ada duit yang begitu banyak sampai tersepah atas meja, atas laptop...
3. i akan risau ada orang datang rompak i
4. i akan risau ada orang akan culik i
5. i akan risau ada orang nak pinjam duit i
6. i akan risau sawsomi mintak nak kawin lain
7. dan macam-macam kerisauan yang akan timbul dalam kepala otak i.

last-last i gila sebab duit yang banyak ni!!!

last-last i dok kat tanjung rambutan!!!

last-last sawsomi dan sawbebe yang berfoya-foya dengan duit i yang banyak sampai bersepah atas meja dan laptop!!!

kesimpulannya :
i suka jadi orang miskin!!
jadi orang miskin sekurang-kurangnya i tak GILA!!!


Sekian saja karya membebel di hari sabtu ini!!! terima kasih sudi membaca sambil maki hamun i!!! hehehehehhe

tengah sibuk menggunakan kemudahan ofis dengan sebaik-baiknya...

- memprint-out invoice-invoice server-freak...

- memprint-out statement bank untuk membuktikan i bayar streamyx [macam mana nak eja ni] bulan-bulan...

*** mode perasan ingat income tax punya orang akan datang check blog i yang pendapatan iklan ialah RM20sen seminggu!! [sila abaikan pompuan yang suka perasan ini]

***minggu depan merancang nak pergi register Photobucket
----> boleh tak register kedai dan blog dalam 'kertas' [itu panggil lesen ke?] yang sama?

Friday, August 6, 2010

badan i terlekat bau Kaseh!!!
omg!!!
rindunya kat sawbebe!!!
[tapi kalau jumpa asyik nak gaduh ajer anak beranak!!!]

tak ada motif punya update

rumah sendiri macam tempat pembuangan sampah negeri selangor...
ni pi kutip sampah orang lagi!!!
i hilang kawalan untuk tidak kutip sampah!!!

Photobucket
tu tengok...orang buang recycle bag yang ada cetak pizza hut!!!

Photobucket
i dan norrimie...pi ambik beg tu!
i tahan nafsu i ambik 3 ajer memandang semalam i baru kemas bilik simpanan sampah yang penuh dengan sampah!!

Photobucket
ini dia rupa beg yang kami kutip!!!
dalamnya 4 segi tempat!!
[tak berapa berkenaan dengan designnya]
cisss...tak sedar diri, ambil sampah orang pun nak komplen lagi?
kalau i juai cake ke, cc ke, mungkin sangat sesuai menggunakan beg ni untuk hantar cake kepada customer...sebab bag ini EMPAT SEGI TEPAT!!!

update tanpa motif!! leher i sakit balik!! tak boleh pusing-pusing lagi!!!

Thursday, August 5, 2010

Tanya Pengasuh bukan untuk kegunaan diri sendiri!!!

Dont worry friend,
bukan bebe nak tukar nanny lagi!
or
i dah ada masalah dengan nanny!

ehehehehehe!!!

Buat masa ni,
syukur alhamdulillah!!
semuannya masih baik-baik!!!

kita faham perasaan awak sebab kita pun pernah melaluinya....

ayin & cikmi,
dont worry!!!
mari kita sama-sama cari pengasuh untuk kaseh!!!
Photobucket

memo terbuka untuk ahli RSSLLJKLCC+RTSDAOK

To : mery kim dan norrimie abdul aziz

make sure 2 berdua tak ber-speaking-thai pada time tu ya!!!
nak bagitau awal-awal...
i tak suka!!
[sebab i tak faham]
i memang suka perasan,
perasan yang u ber2 seolah-olah tengah mengata kat i [walaupun hakikatnya bukan mengata kat i, tapi i tetap nak perasan yang u berdua dok mengata kat i]
dan kadang-kadang i terasa dipinggirkan sebab u berdua tak kasi i tumpang sekaki dalam pengumpatan u all!!!

sekian terima kasih!!

terbakar

pagi-pagi,
bank sudah call...
'adik u sudah 2 bulan tak bayar kereta...u guarator dia...tolong kasi tau sama dia hari ni dia kena jelaskan xxx ringgit ya!!'

dan pagi-pagi,
i sudah maki hamun sama itu adik i!!

sekarang,
apa mood pun tak ada!!!

huhuhuhuhu
geramnya!!!

geram sangat-sangat sangat dengan nada suara pegawai bank tu yang seolah-olah pijak i macam semut di hujung kakinya...eksen betul suaranya....

of course paling geram dengan my brother laaa....bela seorang diri saja pun boleh sampai hutang sana hutang sini....ish ish ish...geramnya...[sampai tak boleh nak tulis]...

kenapa? kenapa? kenapa?
i tak pergi kacau orang? orang mau datang kacau i?
ish ish ish...
nak pindah ke africa!!!

rancangan sikit sikit lama lama jadi KLCC + rancangan tak sedar diri yang berperasan diri adalah orang kaya(RSSLLJKLCC+RTSDAOK)

sebelum disaman, cepat-cepat kredit semua gambar di bawah ini kepada google, kameraman yang mengambil gambar-gambar dan pemilik the datai pulau langkawi...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

i hanya mampu mengeleng-geleng kepala sambil update entry ini!!!
kenapalah ada manusia macam kami yang sungguh sungguh sungguh sungguh sungguh x 100000000000000 tak sedar diri?

Tapi
Tapi
Tapi

Dengan impian kecil-kecilan yang tak sedar ini pasti akan membuat kami menjalani kehidupan dengan lebih berani demi ingin merealisasikan rancangan tak sedar diri ini.....

Persoalan paling penting : Berapa puluh-puluh bulan baru kita mampu sewaan bilik yang paling termurah dengan pengumpulan RM1 sehari? [inilah yang dinamakan manusia yang tak sedar diri]

Persoalan penting : Bagaimana kalau salah seorang ahli tak sedar diri pregnant? [takut kena tinggal]...Kita nak tunda ke 2012 or 2013 or 2014? [confirm kena siku]

Persoalan kedua penting : Malam ke-2 nak dok di motel mana? [bagaikan dari awan jatuh ke lantai simen]

Persoalan ketiga penting : Betulkah kita nak ke sana dengan sewa MOTOSIKAL? i nak jadi pembonceng siapa? [ mesti bergaya habis kita berhenti motorsikal sewa harian RM20 di depan gerbang hotel 6 bintang ni]

Peringatan untuk diri supaya lebih berani menempuh RSSLLJKLCC+RTSDAOK dan tanpa hiraukan ketawa orang lain apabila entry ni diudarakan:

AHLI-AHLI [setakat ni hanya i dan norrimie anak pak ajis] YAKINLAH PADA DIRI ANDA. ANDA PASTI BOLEH LAKUKAN!!! PADA TAHUN 1997 KOT, MASA KITA HABIS PEPERIKSAAN SPM, KITA BERJAYA KE LANGKAWI 5 HARI 4 MALAM KOT DENGAN MENGUMPUL RM0.50 SEHARI. KITA TELAH BERJAYA MELAKUKAN DI USIA BELASAN. JADI SEKALI LAGI KITA MENCIPTA SEJARAH UNTUK DIRI SENDIRI DI USIA 30-AN INI!!! GO GO GO AHLI TAK SEDAR DIRI!!!

Tuesday, August 3, 2010

bersama sawsawlady bosan

u u ga ga...u ga u ga...
jampi : kasi tenaga batin kepada mummy supaya boleh lompat sambil lipat kaki
Photobucket

mummy,123..10... LOMPAT!!!
Photobucket
sawmummy berjaya melawan tarikan graviti!!!

mendarat macam chempedek jatuh!!!
Photobucket
punggung bulat + besar bini sawsomi hampir-hampir memecahkan lantai playground flat berkenaan!!!

sawbebe sedang membuat demo lompatan!!
Photobucket
ringan saja dia lompat!!! hurmmmm...