Friday, August 27, 2010

dah 2 hari dah...

perut saya kembung dengan angin...[bukan ikan kembong yaaa]
nak sendawa tak boleh...terasa macam nak muntah...
nak kentut pula memerlukan kawalan rapi....kena menggunakan tenaga dalaman untuk mengawal pengeluaran gas itu yang khuatir didengari orang lain...nasib baiklah gas ni tak busuk!!!

seksanya....paling seksa ialah time sujud!!! 1st day kembung perut, 3 kali saya sembahyang asar tau!!! semuanya batal sebab sujud ajer puttttt secara tidak sengaja....

tengah cari apa punca menyebabkan saya kembung perut 2 hari berturut-turut..
1. sahur laksa asam pedas + horlick panas [memang sendiri cari pasal punya]
2. sahur telur mata kerbau tak berapa masak + roti + horlick panas [still kembung juga...mungkin telur tak berapa masak kot...ada bakteria kot]

perut kembung pun bagus....tak rasa lapar!!!
APAKAH ITU KEMBUNG?

Kembung disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan udara masuk. Kembung juga terjadi kesan dari tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tanpa bau) semasa memecahkan karbohidrat dan protein.

(sebahagian kecilnya mengeluarkan bau busuk yang dipanggil kentut) Biasanya angin ini dikeluarkan semula melalui mulut dengan bersendawa. Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus semasa berlakunya kembung.

APAKAH PENYEBABNYA?

* Kembung lazimnya disebabkan oleh:
* Makan yang tergesa-gesa
* Menelan angin
* Gangguan sistem penghadaman
* Makan terlalu banyak


Sesetengah gangguan seperti penyakit peptik ulser melibatkan pengeluaran air liur yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kemasukan angin. Kembung yang berlebihan mungkin merupakan gejala dari:

1. Penyakit Crohn
2. Diverticulitis
3. Sesetengah jangkitan bakteria dan protozoa di dalam sistem penghadaman
4. Penyakit dalam usus
5. Alahan terhadap laktosa
6. Pembiakan bakteria di dalam usus. (disebabkan oleh sesetengah antibiotik)


GEJALA/TANDA-TANDA

1. Perut sebu atau kembung
2. Kentut


SOALAN YANG PERLU DITANYA

Adakah kembung itu diikuti oleh rasa sakit yang amat sangat di bahagian atas abdomen berserta dengan loya dan muntah, mata atau kulit menjadi kekuningan?

* Jika YA berjumpalah doktor
* Jika TIDAK teruskan dengan soalan di bawah


Adakah kembung berlaku selepas mengambil antibiotik?

* Jika YA berjumpalah doktor
* Jika TIDAK – tumpukan kepada penjagaan sendiri.


PETUA PENJAGAAN SENDIRI:

Jauhi diri anda dari memakan makanan yang boleh menyebabkan angin ( atau mengambilnya sedikit sahaja) merupakan langkah bijak mencegak dari kembung.

Makanan yang telah diketahui menyumbang kepada kembung adalah:

1. Epal Aprikot
2. Kekacang
3. Bran peach
4. Brokoli pear
5. Brussel sprout bertih jagung
6. Bunga kobis prun
7. Lobak merah raisin
8. Kobis sorbitol
9. Kacang (kering, dimasak) bawang
10. Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) kacang soya
11. Catatan: Jauhi atau makan sedikit sahaja makanan yang boleh memberi kesan kepada anda. Kecuali sorbitol, kesemua makanan ini membekalkan zat makanan, oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan langsung makanan ini.
12. Sediakan senarai semua makanan yang anda makan selama beberapa hari. Catatkan bila dan berapa kali anda terkentut atau sedawa. Jika anda mengeluarkan gas berlebihan selepas minum susu, cuba kurangkan atau jauhi dari mengambilnya.
13. Sekiranya masalah ini berlarutan, jauhi semua makanan yang mungkin menyebabkan kembung.
14. Sekiranya anda mendapat alahan terhadap laktosa, gunakan hasil tenusu yang rendah laktosa. Anda juga boleh menggantikan Lactaid iaitu sejenis enzim laktosa yang dapat dibeli di kedai. Ia perlu diambil bersama hasil tenusu untuk menghadamkan laktosa di dalamnya.
15. Elakkan kemasukan angin semasa makan
16. Ubat Simethicone boleh meredakan kembung dengan meleraikan tumpukan-tumpukan angin di dalam perut yang boleh menimbulkan kembung. Ubat ini boleh didapati dari doktor atau dibeli di kedai ubat atau farmasi.
17. Makanlah dengan perlahan dan kunyah makanan tersebut keseluruhannya. Minum dengan menghirup beransur-ansur dan jangan meneguk sekaligus. Kurangkan meminum minuman bergas. Jangan mengambil gula-gula getah dan elak dari memakan makanan tanpa gula yang mengandungi sorbitol atau xylitol di mana kedua-duanya sukar dihadamkan dan boleh meransang pembiakan bakteria yang membantu pengeluaran angin.


PENCEGAHAN:

Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di

sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang

boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan

ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk

(semasa memandu) atau semasa buang air kecil.

Sumber : http://citrasupply.wordpress.com/2008/11/22/masalah-dalam-perut-kembung-perut/

panjangnya...malas nak baca!!! copy paste untuk syiok ajer!!!

4 comments:

  1. saya pun selalu berada dlm situasi ni..salah makan jer kembong..seb baek dlm bulan puasa ni tak terjadi sakit perut/kembong yg kronik yg buat sampai pengsan2..huhu

    ReplyDelete
  2. ena kan selalu gak kena kembung perut nie
    sebu jea perut tu
    rasa nak kentut tapi tak boleh nak kentut
    memulas-mulas jea perut tu
    dah tekan-tekan perut pun tak jalan gak
    tuam dengan air panas pun tak jalan jugak
    last-last tak tahan
    bagi umairah duduk atas perut ena
    hah amik terus boleh kentut hehehehehhe

    ReplyDelete
  3. makdara terdiva : hari ni hari ke-3 kembung perut!!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. ena : ok...balik nanti nak suruh bebe duduk atas perut!!

    ReplyDelete