Tuesday, August 24, 2010

Kuih Gunting dan boleh dipanggil MURUKU GUNTING juga

Bahan:
* 1 cawan tepung gandum
* 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
* 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk [skip]
* 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
* 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
* secubit garam
* 1 sudu besar minyak masak
* 110-120ml air (campurkan sikit2...)
* sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
* minyak untuk menggoreng secukupnya

Caranya:

* Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
* Tuang bahan kisar kedalam tepung
* masukkan garam dan minyak dan gaulkan
* Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
* Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
* kak watie buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
* Kemudian canai nipis2...& panjang
* taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
* potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
* ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
* pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
* Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma)
* Bila dah garing angkat dan sejatkan
* Siap untuk dimakan

Sumber : http://watiermanlife.blogspot.com/2009/07/kuih-gunting-kek-kukus-cokelat-lembab.html

No comments:

Post a Comment