Wednesday, August 25, 2010

kuih sagu

Bahan-bahan :
1 cawan sagu halus – direndam hingga agak kembang dan toskan
? cawan gula pasir
1 helai daun pandan
2 cawan air
Sedikit pewarna ros / merah
Kelapa parut secukupnya – digaul dengan garam

Cara-cara :

1.
Masak air, gula pasir dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
2.
Keluarkan daun pandan. Masukkan pewarna dan kacau.
3.
Masukkan sagu dan kacau hingga sagu menjadi jernih. Pastikan api tidak terlalu besar.
4.Setelah sagu menjadi jernih, angkat dan tuangkan ke dalam loyang besar ataupun acuan2 kecil. Sejukkan.
5.
Keluarkan dari acuan2 kecil ataupun sudukan kecil2 dari loyang besar dan golek2kan di atas kelapa parut.
6.
Siap untuk dihidangkan.

Instead of warna merah, boleh jugak kalau nak guna pewarna lain. Ikut citarasa masing2.

http://rihannaidzmi.blogspot.com/2009/07/kuih-sagu-mata-ikan-hari-bahagia-esok_24.html

No comments:

Post a Comment