Friday, August 27, 2010

takpe...kita-kita ajer yang makan

disebabkan tanam konsep macam ni kat otak, maka masak main campak ajer laaaaa....

Photobucket

Resepi Telur Masak Sambal

* 4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu)
* 6 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
* segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
* 1 bawang besar – potong bulat
* 1 batang serai – diketuk
* sedikit air (optional)
* garam secukup rasa
* minyak masak

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai dan bawang besar…tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5. Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6. ***Bg mrk yang minat telur goreng…boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan…;)
Sumber : http://www.blogresipi.com/2009/08/22/ayam-goreng-berempah-serai-telur-masak-sambal/

Saya dok fikir sorang-sorang: macam mana nak goreng telur rebus ni?!! Nak tanya kat FB, segan pula...nanti apa yang orang fikir? tambahan dah pukul 7pm...rasanya kalian dah duduk depan tv...saya pula masih berkung fu kat dapur dok gunakan kelogikan macam mana nak goreng telur rebus!!!

Tengok serai saya, besar-besarkan...resepi cakap ketuk...tak cakap potong kecil-kecil dan ketuk...so, saya pun ketuk ajer laaaa, lalu sepantas kilat campakkan ke dalam sambal...

walaupun serai kelihatan besar alam, tapi rasanya boleh dikatakan CUKUP RASA!

Burrpppssss...

2 comments:

  1. memang nampak sedap

    cukup sedap

    yum yum

    ReplyDelete
  2. VP : yum yum yum...senang masak dan senang makan...heheheheh

    ReplyDelete