Tuesday, September 14, 2010

sawbebe sudah balik!
sweet sangat bila dia lari datang peluk saya dan cakap...'sufei rindu mummy'...terkejut!! tak sangka dia tau guna perkataan 'rindu' dalam keadaan ini! walao macam nak menitik air mata...tak sia-sia saya sayangkan dia!!!
pepatah jauh wangi bunga, dekat busyuk taik ayam memang betul laaaa!!!
dan malam tadi nak tukar baju tidur,
sudah GADUH!!!

dia perasan cantik sangat tidur dengan baju kurung mydin!
[ohya...sehari sebelum raya, kami serbu masjid india cari baju kurung anak lepas peperangan dunia ke-3]
saya?
saya mesti tak kasi dia tidur dengan pakai baju kurung laaaaa!!!
bergelut anak dan mak pasal nak tukar baju tidur!!!
bebe yang dalam keadaan mamai,
tapi mampu tendang lemak kat perut saya berkali-kali sehingga hidung saya sembur api akibat keimanan dan kesabaran dah terhakis!!!

sawsomi gunakan kelembutan 200% pujuk sawbebe...
lama tak jumpa maaaa....
so, keimanan dan kesabaran masih tinggi tahap dewa!!!

Photobucket
inilah baju kurung yang dimaksudkan!!
RM29.90 sahaja!!
rasa berbaloi sangat!!!
[tahun lepas, upah saja RM40, tapi kain cuma RM2 semeter!!]
selain cotton!! kainnya juga sangat tebal!! tebal sampai sawbebe gatal dan garu tak henti-henti!!!
sepatutnya kainnya warna pink muda, disebabkan kami rasa kain pink muda tu macam tak mix and match dengan baju bungannya [ini kes terlebih pandai], maka kami [actually saya] pun tukar kain pink muda dengan kain lain!!! keji sekali!!!

No comments:

Post a Comment