Friday, September 3, 2010

tolong saya...

dah 200% confirm,
raya tahun ini, sawsomi kena kerja dari 9-13september!!
Dia dengan begitu mulia kasi peluang sama dia punya assistant beraya dulu sebab assistantnya 1st time kawin dan baru kawin...yang penting apam tu fresh lagi!!! [puasa-puasa-puasa...jangan carut]

Dengan kemuliaannya melepaskan assistantnya bercuti sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat beraya kat kampung maka dia dengan tidak teragak-agak suruh saya masak RENDANG DAGING, KUAH KACANG, KUAH LODEH, dan entah apa satu lagi di mana saya dah pengsan akibat terkejut dengan nama-nama masakan tersebut!!!

Adakah patut suruh saya masak makanan yang pelik-pelik ini?

Manalah saya tau masak?
[sila baca dalam nada yang hampir-hampir menangis tapi air mata tak keluar lagi]

Masalahnya,
saya tak suka semua makanan tu!!
Bukan tak suka laaaa,
tapi,
tapi,
tapi tak suka dari pagi 1st raya sampai malam 1st raya dok makan makanan tu ajer...
and tak suka juga raya kedua sambung lagi makan makanan yang sama juga selepas dipanaskan berjuta-juta kali...
and and lagi tak suka raya ketiga kena tapao bawa balik makan kat rumah sendiri...
hurmmmm
[ini pengalaman sepanjang saya beraya dengan sawsomi...sampai saya kena masak mee segera makan...then bising cari nasi.]

and u all tolong bayangkan...
saya masak semua makanan dengan kuantiti untuk 3 hari makan..
[saya tak tau masak kuantiti sikit]
sawsomi kerja fullshift tau,
bagitau u all iaitu dari 9pagi kerja sampai 12 malam....
then,
macam mana dengan makanan 3 hari 3 malam ni?
adakah saya dan sawbebe kena habiskan semua makanan ni?

OH! TIDAK!!!

1 comment:

  1. ha!! takkan sampai mcm tu sekali??? ermmmmm..cuba cari resepi kat mat gebu..mesti ada :)

    ReplyDelete