Sunday, October 31, 2010

ada 2 birthday jemputan...
2-2 pun tak dapat pergi!!!
sawsomi kerja nite shift,
i tak berapa sihat...
tak berani drive sorang-sorang,
dan takut tak boleh handle sawbebe...
[sebenarnya tak tau jalan...buta jalan...]

boringnya dok kat rumah!!!
tak tau nak buat apa?
sawbebe tengah layan peter pan...
boring!!!

Saturday, October 30, 2010

CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL

entry ni untuk yang berkenaan saja.
tuan rumah tengah gila men-join contest disebabkan punca yang tidak diketahui!!! Biasanya orang tua-tua akan mengata pompuan tu meroyan agaknya.

Hari ni,
saya nak join “CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL” anjuran ibu ‘Arisyanaziq’ ~ Diary Perjalanan Hidupku ~ sebab saya baru terperasan my sis ambik gambar sawbebe memuncung macam angelina jolie.

.
.
.
.
.
Photobucket
apa macam? seksi tak? saya telah dipaksa posing maut macam ni untuk kepuasan makcik saya!

Nama : ashadieeyah sofea saw
Umur : 3 tahun

Gaya Si Comel Berbaju Raya


Berita baik dari blog babyIbu iaitu selaku salah seorang puan penganjur telah mengumumkan,
Contest Gaya Si Comel Berbaju Raya akan dilanjutkan sehingga 8 November 2010.
Terima kasih puan penganjur babyIbu dan puan penganjur Azzamoro
ini ayat bodek habis-habisan dah...ada change menang tak?
[sambil-sambil main kelip-kelip mata dengan puan penganjur]

So, apa lagi?
Cepat angkat jari dan join laaaaaa!!!
mana tau ada tuah menang!!

Terlalu ramai handalan di luar sana, [macam filem kungfu pula]...Sila beri tunjuk ajar!!
maka,
Saya mempertaruhkan gambar anak saya ini yang diambil di masjid pandan indah!!!
Saya tak tamak! saya cuma mau menang Tempat Pertama saja!!! [larik sebelum dibunuh oleh handalan lain]
Photobucket
Nama si comel di atas : ashadieeyah sofea saw
Umur si comel itu : 3 tahun 5 bulan

Dah habis bodek puan penganjur,
sekarang turn bodek puan puan penaja pula...
[mesti handalan lain mau kasi lempar sama saya...saya terpaksa...saya nak menang!!]

Mereka yang mulia-mulia adalah :
* BabyRuffkins
* eoeonline
* Gin & Jacqie
* Izzabakery
* Mahanim
* Myavenue888
* MySuperkids
* SecretBargains
* sofeababywear
* Tote Boutique
* Tupperwareville
* Weego Bottles
* Victoria's Secret Heaven


** Link babyibu dan azzamoro kat oliandbebe.blogspot.com

Friday, October 29, 2010

mulut longkang

SIL( U-G ) send ayat-ayat tahniah kat wall fb i...i tak layan!!! then dia pun sms sawsomi.

'salam, tahniah. ko tak bagitau kat aku ye! kak yati call, dia yang bagi tau'

sawsomi reply : 'saja nak bagi surprise. lagipun kali ni mood tak berapa bagus.'

then SIL(U-G) reply : 'Yake, selalunya anak kedua lebih senang. agak-agaknya girl lagi kot. tu yang mood tak bagus.'

macam nak &*&^%$#%^&* dia ajer...

memang i tak kisah boy or girl...
tapi secara jujur dari hati,
siapa tak mau sepasangkan?
of course,
i pun berharap baby dalam perut i ni baby boy!!!
macam u juga berharap anak ke-2 u tu girl,
tapi last-last boy juga...
adakah i pi tambah dukacita kat atas badan u...
i puji anak u comel lagi tau!!!
i cakap i jeles lagi tau!!!

u sebagai orang yang berotak,
yang alim-alim, yang baik-baik,
yang boleh belajar sampai universiti azhar...
bukanke u patut suruh adik u sabar...
kasi nasihat sikit sama adik u sebab u pun pompuan macam i...biasalah pompuan mengandung...mood mesti banyak tak bagus...tambah lagi baru mengandung....baru nak biasakan dengan pertukaran hormon...
atau,
tak boleh ke u bohong sunat bagi menyedapkan hati kami walaupun u ada six sense perut i ni mengandung anak pompuan...

ni tak,
awal-awal dah simbah air atas kepala kami!!
mentang-mentanglah dia ada pengalaman 2 kali lahir anak!
u ingat saja-saja tak nak bagitau u,
anak dalam perut pun baru lagi,
takkan nak heboh satu kampung...
tunggulah 3-4 bulan,
baru bagitau pun belum terlambat lagi kot...
bukannya u yang bawa perut,
apa yang u cemas sangat nih?

u ni memang ada masalah BAHASA rasanya.

kesimpulannya:
kurangkanlah mengadu atau meminta simpati kepada manusia.

Mereka bukan sahaja mudah jemu mendengar kita mengadu, bahkan balasan katanya juga boleh jadi pahit bagai hempedu!

Bentangkan sejadah.

Dia Teman sejatimu…[i pinjam ayat dari http://saifulislam.com/?p=7844]

makan besar

makan besar sempena sawsomi dah dapat gaji!!!
actually sejak deman ni, mulut i dah jadi tawar...selera pun tak berapa ada selera...[bagus-bagus...boleh diet]
semalam entah apa angin lintang,
teringin nak makan chinese food kat kedai pak ya...[kedai pak ya ni rumah kedua kami!!!]

Photobucket
ayam kong pao

Photobucket
siziling tauhu

Photobucket
kangkung belacan

Photobucket
sawbebe merenung masa depan!!
mana boleh tak risau selagi masalah belum selesai!!! mak ni lain...24jam memikir masalah...bapa pula lain...dia hanya memikir masalah bila dia ingin memikirkan masalah itu...

DSLR Camera USB Flash Drive

Photobucket
Nak! Nak! Nak!!!
Comelnya DSLR Camera USB Flash Drive nih!!!
Teringin nak satu laaaaa!!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Seperti yang anda lihat, ia seperti kamera DSLR dalam bentuk mini. Ia juga mempunyai lensa yang boleh ditinggalkan dan lensa ini mampu menyimpan memori simpanan pada kapasiti 4GB. Jadi kamera unik DSLR berukuran 2 x 1.25 inci ini mapu menyimpan koleksi gambar dan fail.

**gambar credit to google

pau char sau

sungguh heaven dapat makan pau char sau
[orang melayu panggil pau BBQ]...
semalam beli kat kedai pak ya...
pagi ni panaskan!!
heaven!!!

masalah pengasuh?
i sudah bahagi-bahagikan masalah ni...
sedikit untuk sawsomi...
sedikit untuk my sis...
tinggal sikit ajer untuk diri i...
macam ni baru adil maaa.
mamposlah i kalau i sorang ajer yang kena susah-susah hati!

saya boleh jadi gila dibuat nanny

salam oli, maaf jika rose nk inform dpt jaga sofea cuma sampai 12 nov depan je. baru trima offer kerja pagi tadi. kena start bln depan. maaf skali lg krn short notice, coz dorang pun inform pagi tadi.masa apply pun thn lepas, tp x sangka dpt 2nd offer. saya dh habis discust ngan husb, n dia pun setuju kerja semula. ok la, spatut direct ngan oli, tp kang petang takut lupa, so rose sms dulu.

baru terima tadi...
nanny ooo nanny
mana i nak pergi cari nanny dalam 2 hari ni?
memang dia boleh jaga sampai 12 nov,
tapi i perlu juga cari nanny secepat mungkin maaaaa...

sekali lagi,
cuba tak nak sangka yang tak baik-baik terhadap orang.
tapi,
kejadian semalam...sms semalam...
kejadian hari ni...sms hari ni...
i dah cuba tak nak kaitan antara satu sama lain!!!
tapi,
sebagai orang yang kuat curiga,
i tetap kaitkan 2 kejadian ni!!

Thursday, October 28, 2010

header

saya banyak suka themes baru ni laaaa!!!
suka sangat sangat sampai tak tau nak buat macam mana!!!

Photobucket
sangat teruja tau tengok blog saya ada sawbebe kat header!!
rasa macam setiap minit nak tukar gambar header!!!
[balas dendam selama ni tak ada header]

1st time jatuh cinta sama wordpress!!

nanny lagi

semalam petang pi ambik sawbebe,
nanny buka pintu ajer, terus cakap : 'oli, sorry yaa tadi menyusahkan u ajer' (lebih kurang macam tu laaa bunyinya...)
[i kan naik hot lepas terima sms dia dan terus pecut ke rumah dia hantar pampers cap tesco!!]

sebagai orang yang ada akal, dia memang boleh nampak muka i penuh ketidaksyiokkan atau atau atau atau dia membaca blog i! hahahahha

pastu dengan segan pilu i jawab : 'Tak pe! Kebetulan masa tu i ada kat luar pun'

Pangggg muka sendiri!!!

Pagi ni, 3 kali double check pampers ada dalam beg!!! bubuh 2 keping pampers dalam beg!!!

Wednesday, October 27, 2010

sila abaikan!! saya yang emo hari ni

hari ni,
dapat merasai,
tak kira u & me sebaik mana pun,
kita tetap ada perasaan selffish kan!

******

hari ni,
Terkilan pasal 3 benda!
1. of course nanny
2. pasal seorang kenalan
3. pasal orang yang sama di atas
[rasa sangat terkilan tak boleh tulis terang-terang dalam diary sendiri pula...]

******

Hari ni,
cuba tak nak beremosi,
cuba tak nak bersangka yang tak baik pada orang,
tapi hati ini tetap dikuasai setan!!!

******

hari ni,
perut masih lagi bergetar-getar!
lagi kuat bergetar-getar apabila lunch hanya makan pisang dan mempelam muda saja.
hati masih berdenyut dengan kenyang akibat geram, kecewa dan marah!!!
tapi kekecewaan lagi terasa!!!
terasa macam nak muntah keluar hati saya supaya saya jadi seorang yang tak berhati perut!

******

kebelakangan ni,
saya suka menangis!!
sikit-sikit pun nak menangis!!
saya menangis dengan begitu sungguh-sungguh macam kena dera.

******

mulai esok,
apa-apa masalah,
tak mau merungut depan siapa-siapa lagi!!! [kecuali blog]
sendiri punya air mata sendiri telan!
demi sawbebe, demi bebe saya!!

~The End~

nanny oooo nanny...hang memang mau cari pasal...

Photobucket
salam oli.jst nk inform next time mesti bwk pampers utk sofea pakai time tidur saja. atau simpan kat sini utk stok 1 week. saya tak mau dia terkencing masa tidur kat sini. susah saya takecare dia nanti kalau tiap hari macam ni.harap oli faham keadaan saya.ok.itu saja.tq.

*mesti - awat tak tulis wajib. kelihatan lebih formal!
*tiap kali - mana ada setiap kali? baru 2 kali
*susah saya takecare - kenapa saya harus faham keadaan u? bukannya i paksa u kerja sebagai nanny. adakah i paksa u jaga anak orang? tak ada kan? ataupun u jaga anak i free, that y i kena faham keadaan u? kalau u dah tak mampu nak jaga, sila terus terang, bolehtak? jangan nak suruh i faham keadaan u. i memang tak boleh nak faham.

i geram sampai perut buncit i bergetar-getar bila dapat sms dari nanny ros ini. terus i pecut kereta ke rumah dia untuk hantar 1 keping diapers cap tesco yang kebetulan memang stand by dalam kereta.

ini kali ke-2 i terlupa dan kali ke-2 dia bagi i warning. kali pertama dia call. dia cakap dia pakaikan pampers anak dia dulu. pastu nanti i ganti balik.

maybe dia terasa kot sebab i ganti balik diapers cap tesco ajer...dan maybe anak dia pakai mamypoko...tu yang dia rugi besar!!

setakat ni nanny ros tu jaga akib (1 tahun ++), pastu sawbebe(3tahun), pastu ambik irfan (5-6 bulan), dan baru bulan ni ambik pula khalis (2-3 bulan). plusssss anak pompuan dia sendiri yang 3 tahun dan anak laki dia yang darjah 1.

sabar!! sabar! sabar!!
semalam dia tak dapat tu!!
tu yang pagi ni dia nampak rambut i basah, dia angin satu badan!!!
cheer!!!

tukar theme

saya tukar theme blog saya!!!
saya suka theme baru ini sebab SAYA BOLEH LETAK HEADER SAYA SENDIRI!!! [sabar noh...saya tengah cemas mencari gambar sawbebe yang paling cun untuk dijadikan header]

saya buta IT that y saya kena theme yang ready made yang hanya perlu saya click-click saja...kalau yang tengok coding tu, saya pengsan terus...

amy yang kasi sempena perlancaran blog baru beliau

BEFORE
Photobucket

AFTER
Photobucket
sangat da comei...i suka sangat!!! thx amy...sayang nak guna pula....lepas ambik gambar, simpan dalam laci!! tunggu tahun 2011 baru nak guna!!!

ini dia link beliau
http://sw33tdarling.com

Tuesday, October 26, 2010

PAPA & BABY CONTEST

teringin nak join contest laaaaa...sikap yang tak boleh terima kalah pastu telah membuat saya bersara sementara waktu mengejoin contest



memandangkan PAPA & BABY CONTEST anjuran cute mum ni tak menyusahkan...maka saya pun tergedik-gedik nak join!!!

oleh yang demikian, silalah pilih saya sebagai pemenang [buat muka 10 sen macam makcik rehan] sebab saya menepati semua syarat:
1. saya blogger di malaysia
2. saya dah buat entry pasal contest ini seperti yang disuruh.
3. saya dah sertakan gambar my sawsomi bersama-sama dengan my girl yang saya perasan sangat comei.
4. saya dah nyatakan identiti mereka
5. saya yang turut perintah sebab nak menang juga telah letak Blog Badge Cute Mum

'Inilah daddy saya yang hensem...Saya suka kawan dengan daddy saya sebab daddy saya tak garang macam mummy saya'
Photobucket
Nama bapa : Mohamed faizal Mohamed Akib
Nama Baby Tua : Ashadieeyah Sofea Saw
Umur Baby Tua : 3 tahun 5 bulan

good luck to me!!!

Monday, October 25, 2010

pattern-pattern pregnant kali ini

** Tak boleh minum milo
** Tak boleh tengok dan makan ikan
** mabuk yang sederhana teruk
** Selera makan belum ada

main lampu

bukan sawbebe main lampu,
tapi maknya yang dok main lampu!!

Photobucket
iklan ini! main tutup lampu, nak jimat elektrik [sebelum ni sampul surat!]
best gamez ni!!
hehehhe

Photobucket
ini result terbaik saya!!
tak salah di sisi undang-undang nuffnang kan kalau main gamez kat iklan blog sendiri kan?

Buffered Earnings

Photobucket
kenapa tiba-tiba Buffered Earnings saya jadi banyak walaupun saya agak lembap update blog kebelakangan ni?
adakah disebabkan saya dah kosongkan 'simpanan'?

apa-apa pun,
thank you very much nuffnang!!!
saya sangat menghargainya!!!
u all pernah tak...
Terbayangkan ikan,
pastu terbayangkan ikan itu sangat hanyir...
pastu tiba-tiba bau hanyir tu ada kat depan-depan hidung!!!

MC 2 hari

doktor kasi MC 2 hari dari 22/10/10-23/10/10.

hari ni, kembali bekerja!!

*********************

Thursday, October 21, 2010

safety first

Photobucket
sawsomi hantar dia ke rumah nanny dengan motor!!! balik i ambik dia, dia request nak pakai helmet dalam kereta!!!

Photobucket
pakai laaaa...janji u bahagia!!! lagi pun u hot hot chicken shit ajer....hehehhehe
[seperti yang i jangkakan, kereta belum sempat jalan, dia dah cakap panas, nak buka helmet...hehehehehhe]

tengah baca blog beliau

LINK

i terlupa nak baca blognya!
sekarang tengah ulang kaji balik!
[kalau mak i terbaca mesti luku kepala i, time belajar tak tengok i baca buku pun...sekarang dok sibuk baca blog orang pula]

tak teruk mabuk

pagi ni tak rasa mabuk yang teruk..
mungkin pagi tadi dah uwekkkk uwekkkk uweekkkk semua air pahit dalam perut kot!!!

anak-anak, mari belajar a for apple, b for...

Selamat pagi murid-murid...
Selamat pagi cikgu!!!

Hari ni cikgu nak ajar murid-murid ABC!!!
Mari kita cikgu sebut...
A for Apple
B For Bluetooth
...
....
tak faham apa yang cikgu ajar!!!
murid-murid tengok carta di bawah, maka murid-murid akan faham sendiri!!
murid-murid belajar sendiri ya, cikgu nak berhenat sekejap!!

Photobucket

Wednesday, October 20, 2010

Pemasangan air-cond yang Extreme

air-cond di ofis, sekejap sejuk, sekejap tak sejuk...
nyaris gila i dibuatnya!!!

***************
Terjumpa beberapa keping gambar masa nak cari gambar air-cond di google!
harap-harap dia ada beli insuran.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket




LINK

kurang mabuk

hari ni kurang sikit mabuk!!!
pagi-pagi dah minum air asam boi + limau
tengahri minum limau ais kaw!!!

Tuesday, October 19, 2010

mabuk

masih belum pergi jumpa doktor, tapi dah heboh satu dunia!

i rasa,
i mengalami mabuk yang teruk laaa berbanding dengan mengandung sawbebe.
Pagi-mabuk
petang-kurang sikit mabuk
malam-kurang kurang mabuk

selain mabuk, rasa sakit kepala, lenguh badan (teruatamnya bahu) yang sangat-sangat!

Dah psiko diri sendiri,
jangan terlalu memikirkan pasal pregnant!

Tapi,
i dont know y laaaa...
Perasaan loya, mual, nak muntah tetap akan datang dengan sendiri...
ada selonggok 'hadiah' atas meja!!!
thx cikbos!

Monday, October 18, 2010

dah kenyang...alhamdulillah

kari ayam yang sangat sedap!!
limau ais yang heaven!!!

gambar yang tak ada kaitan dengan lunch di atas!!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

sekian, terima kasih!!

Dinner Cum Supper

semalam malam [orang lain dah siap-siap tidur, kami baru nak pi dinner...11 malam baru kami makan...dinner + supper]
maria dan yahya belanja dinner kat kedai Pak Yah sempena dengan 'rahsia'
thx a lot!!!

muka hijau

Photobucket
terasa nak muntah hijau!!

Saturday, October 16, 2010

Photobucket
ia sangat masam dan masin!!!
yummy!

perubahannya

1. Rasa pening, loya

2. Disebabkan faktor No.1 menyebabkan i kena makan makanan yang masam-masam.

3. Tetek yang mengembang dan menegang

4. rasa gembira dengan kurniaanNya

ultraman mebius di the mines

Photobucket
ultraman palsu

Photobucket
yang sangat tinggi!

Photobucket
ada pertunjukkan pentas

Photobucket


Photobucket


Photobucket
putera shazlan pun ada!!! tak sure kenapa dia ada di sana...

Photobucket
part ni yang paling penting!!

Friday, October 15, 2010

i have a date with ultraman

tengah siap-siap nak pi jumpa ultraman mebius kat The Mines!!!

ter-test dengan tester yang dah expired

Photobucket
macam ni pun bolehkah!

ingat nak pi minta ganti rugi mental dengan taukeh kedai ubat cina itu,
tapi segan laaaa...
sebenarnya ingin tenggelam dalam dunia khayalan sendiri lagi!!!

no more subahat

kata-kata mak mimi memang tepat sekali,
jangan salahkan siapa-siapa apabila terdapat halangan,
mesti ada silap kat mana-mana!

apabila tiada subahat lagi,
hati rasa lapang sekali!!!

Thursday, October 14, 2010

amy, jangan nangis pasal hilang traffic!!

Kepada mereka yang belum tau,
amy sweetdarling telah tukar link
Link baru ialah http://sw33tdarling.com!

Photobucket
itulah amy!!

sawbebe deman

Photobucket
sawbebe deman panas, sema-sema [sawbebe cakap selsema ialah sema-sema] dan sakit tekak [doktor sulah mulut dia dan mendapati tekak dia merah]

semalam i cuti jaga sawbebe!!
hari ni, sawsomi pula cuti jaga sawbebe!!

Photobucket
[gambar kredit to google]

jenuh nak pujuk makan ubat terutamanya tengah malam!!
siap kena gunakan teori otomen lawan raksasa, barulah nak minum ubat color pink itu sambil uweeekkk keluar!!!

Wednesday, October 13, 2010

tengah melayan mata yang berat

dah selesai masak nasi dan sup abc!
selesai kerja men-suap sawbebe dan men-suap diri sendiri!!
sekarang ni,
tengah melayan mata yang berat sambil berinternet!!!

*** ini kali kedua nak tidur petang!hehehhehe

mana satu pilihan u all?

kes : anak kecil deman panas, selsema dan batuk

bayar 1 ringgit,
pastu tunggu 2-3 jam?

ataupun

bayar 50 ringgit ke atas,
yang hanya tunggu kurang dari 1/2 jam?

****teringin nak intai apa yang doktor 1 ringgit tu buat dalam bilik rawatan.
_____________

pilihan sawsomi : bayar 50 ringgit

Tuesday, October 12, 2010

baru habis dimarahi/dirunguti/dibebeli oleh 'ceo' yang tak terpilih untuk menjadi kami punya rakan sekerja.
dia marah i depan-depan!
i maki dia belakang-belakang!!!

i-city shah alam

Tiket masuk RM10! jangan ingat itu tiket parking ya! sila angkat tiket itu bersama-sama dengan anda, supaya anda boleh masuk ke zon salji dan zon safari!!! [kami tinggal kat dashboard kereta!! sebab bermati-matian ingat itu resit parking...jangan ikut jejak langkah kami tau!]

Photobucket
cantik!!!
memang cantik

Photobucket
cantik juga!!!

tak rasa ke-syiok-an!!

****tak tau nak setting dslr ambik view malam!! haizzzzz!!!