Friday, October 1, 2010

dasar orang kedekut : buat Review supaya senang nak compare harga di kemudian hari!

actually,
saya dah book Bala Holiday kat Tanah rata...2 pax RM160!!! Situ tak payah nak cakap laaa...memang cantik gila...ala-ala english style...boleh perasan diri seolah-olah berada di over the sea laaa...

Tapi, impian nak berlagak berada di over the sea hancur berkecai akibat sawsomi ketegaq juga nak duduk di Brinchang, konon-konon nak imbas balik time honeymoon dengan anak 2 bulan dalam perut laaa selepas menziarahi orang tua pada raya ke-4. Apa macam? Kami memang suka melarikan ke Cameron Highlands....

Sebagai isteri yang telah banyak dosa dan tak ingin menambahkan kedosaan kepada suami, maka saya pun ikut saja niat sawsomi itu dengan hati yang 2 ratus ribu tak ingin...masa tu muka memang dah tarik sampai ke lantai, mulut muncung sampai boleh gantung baju....

Sawsomi nak dok Jasmine, saya membantah!!! Kalau nak imbas balik masa keromantikan pun tak payahlah sampai tahap tu kan...nak minta jasmine hotel tu bagi balik no bilik yang sama tak?

Pilih punya piliha, terpilih hotel rainbow...satu malam RM85, 1 katil queen, 1 katil single, ada kettle boleh masak air untuk buat susu anak, ada bathtub...yang tak bestnya tak ada aircond...hahahahahahah

Photobucket
Hotel rainbow

Photobucket
daddy dan mummy saya tidur di sini!!!

Photobucket
daddy suruh saya tidur sini!! jangan kacau daddy dan mummy!!!

Photobucket
ada astro yooooo!!!

3 comments:

  1. kalo ada aircond br best kan :p

    ReplyDelete
  2. wat hati ai nak terus ke cameron highland sekarang hihihi

    ReplyDelete