Tuesday, October 5, 2010

kenapa Poon Poon? dan jawapannya ialah....

Ini dia, penjelasan norrimie anak pak ajis!!!



pada satu hari, norrimie sedang bertengkar dengan teman sekolahnya yang juga seorang pengusaha nasi lemak berjaya iaitu zamnamaselebihnyadirahsiakan. dia memarahi norrimie kerana selalu luangkan masa bersama temannya yang lain iaitu saw hui foon, see sheow ching dan tan hui lee hingga mengabaikannya. zamnamaselebihnyadirahsiakan merasa cemburu kerana saw hui foon, see sheow ching dan tan hui lee jarang menegurnya dan selalu membeli nasi lemak dari iliani ismail yang juga dikenali sebagai mak haji berbanding nasi lemaknya. dia fikir mereka bertiga ini sombong. lalu, norrimie cuba menegakkan benang yang basah serta dengan sebak sedihnya lantas berkata, ‘mana ada. mana ada. aku sayangkan semua kawan aku. ah ching pun sayang kat hang. hui lee pun sayangkan hang. [waktu ini airmata mula mencurah curah]. ah foon.. pun.. pun.. pun.. [nada sebak, tak dapat habiskan ayat, ayat sebenar adalah ahfon pun sayangkan hang]. jadi, dari sinilah sejarah ah pun pun bermula. harap maklum.



Tapi,
mimi...betul meh?
rasa-rasa ragu ajer!!!

No comments:

Post a Comment