Tuesday, November 30, 2010

jangan makan gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali

sawbebe,
akhirnya u dah terserempak dengan 'atok' yang tidak kenali nak bagi gula-gula kat u kan.
Walaupun mata u pandang kat i, tapi tangan u sudah pun dihulur untuk menyambut gula-gula itu, kalau bukan i melarangnya, mesti u dah ambik gula-gula itu kan.
[harap alasan i tak melukakan hati atok pelik itu : tak boleh makan gula-gula, nanti gigi rosak]

Kat situ juga, i bagi kuliah.
Tak kira laaa, orang tu atok ke, abang ke, kakak ke, makcik ke,
u tetap tak boleh ambil dan makan gula-gula ataupun apa-apa saja barang yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.
i takut nanti orang jahat tangkap u pergi tempat yang jauh-jauh. u dah tak boleh jumpa dengan daddy dan mummy lagi!! nanti daddy dan mummy menangis kat rumah.

Kali ke-2 atok yang pelik tu kembali hulurkan gula-gula kat u,
u dah lari sembunyi kat belakang i!!
Takpe, sembunyi laaa,
biar i yang handle atok pelik itu!
biar i sepak atok pelik tu pergi jauh-jauh supaya tak kacau u lagi!!!

balik rumah,
i takut-takutkan u lagi!

Sebelum tidur,
i pun takut-takutkan u dengan kejadian gula-gula itu sambil menangis betul-betul di depan u supaya u tahu i takut kehilangan u!!

Pagi ni,
hantar u ke nursery,
i pun masih lagi cerita atok pelik yang nak bagi gula-gula kat u!!

Petang nanti pun,
i masih nak ungkit hal ni!!

Nampaknya i terlalu senang dan merupakan seorang mak yang suka membebel!!!

蘇菲
千萬千萬要記住,
不可以隨便拿陌生人給的東西,
也千萬千萬不可以吃陌生人給的糖果或食物!
媽咪希望你已經從這次的事件得到教訓!

sawbebe menang

sawbebe menang tempat KE-6 Gaya Si Comel Berhari raya!!!

Photobucket

Result kat SINI dan SINI

terima kasih atas pemberitahuan Little Mama...Tahniah to Little Mama juga sebab Izzah pun menang!!

Thank you penganjur, thank you penaja dan thank you para juri!!!

Monday, November 29, 2010

OMG! laparnya

mimi,
awak lapar tak?

PS : tadi kami makan bihun + keuw teow [tak tau eja] yang ciput sikit!

SILA KLIK DI BAWAH

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today! .

SAHABAT dari makcik rehan

Photobucket
i pun tak tau kenapa sampai hari ni i baru terperasan makcik rehan ada bagi award kat i!!

sangat-sangat kelewatan dah bila i terperasan...entry HERE

Rehan,
terima kasih banyak-banyak ya!!!
kita memang sama GILA dan sama KEJI dan sama KIASU!!!
hahahaha
apa boleh buat kan,
sebab kita hanyalah manusia biasa-biasa yang mengejar 16K dalam dunia ini saja!!!
hehehehhehe

thx kawan-kawanku

terima kasih banyak-banyak kepada u all yang doakan my sawsomi cepat sembuh walaupun u all tak kenal my sawsomi pun!!!!!

u all 10000000 kali ganda kali lagi bagus daripada family sawsomi tau!!! diorang tak tanya apa-apa langsung tau!!! kenapa hati mereka boleh begitu cool? saya sangat-sangat tak faham...

Bila saya dan sawsomi dalam kesusahan, u all sentiasa berada di sisi saya walaupun hanya dengan membaca blog saya dan komen dalam blog saya...u all bagi kekuatan kepada saya untuk menghadapinya...saya tak boleh nak balas apa-apa, saya minta tuhan saja yang balas jasa baik u all...

sawsomi dah discaj sabtu lepas!!! saya berharap sawsomi cepat pulih dan boleh menjalankan aktiviti seharian seperti biasa!! Dialah tiang saya, so, dia kena berdiri lebih teguh dan tegak daripada saya...sebab saya wanita yang diperbuat dari air saja!!!!

akhir sekali,
to sawsomi,
i love u!!!
sebab dalam dunia ni, u lah orang yang i boleh pilih untuk sayang dan cinta u!!!
Tidak seperti kasih sayang mak bapak, adik beradik, anak beranak, kita tidak diberi pilihan, mau tak mau, kita kena sayang mereka...
Tapi,
u adalah kasih sayang yang paling tidak ada bebanan di dunia ni!!!
so, marilah kita minta dengan tuhan,
berilah kita umur yang panjang supaya kita boleh intai kat celah tingkap lelaki mana yang hantar sawbebe balik rumah...
ok?

Saturday, November 27, 2010

Friday, November 26, 2010

my kilograms

dari 62.5kg jadi 60kg!!!
jangan tanya i makan apa dan diet dengan apa ya?
terus terang i bagitau,
I TAK MAKAN!!!
hebatkan?

jangan makan langsung,
kilograms anda pasti akan turun!!!

membebel saja

Dah 3-4 hari,
dok ulang alik ofis-hospital-rumah!
tak kuat pun kena berpura-pura kuat,
tak boleh buat pun kena berpura-pura boleh buat!

nak harap kat adik beradik?
hmmmm
time susah laaaa,
baru akan nampak dengan jelas sikap sebenar manusia walaupun manusia tu adik beradik sendiri yang keluar dari perut yang sama....
bukan nak kutuk darah daging sendiri,
tapi apa yang i nampak,
orang luar yang tak ada pertalian darah dengan kita pun lagi baik daripada darah daging sendiri.

sawsomi dan oli oiii,
bukalah mata korang,
lihatlah adik beradik korang tu?
inikah yang dipanggil adik beradik?
kalau korang masih tak ada sedikit kesedaran,
pi laaa hantuk kepala kat dinding,
pastu lari laju-laju langgar tembok china!!!
pastu ambik garam tabur kat luka!!
supaya kesakitan tu mendalam dan boleh ingat sampai bila-bila!!!

bila cakap balik,
apalah yang hebat sangat laaaa dengan adik beradik kan?
masing-masing dah ada suami, dah ada isteri...
suami dan isteri lagi hebat!
mestilah utamakan suami dan isteri[ i maaa utamakan sawsomi dulu]
kang susah pula kalau isteri tak kasi masuk bilik [bukannya boleh masuk bilik kakak/adik pun]
kang suami merajuk, isteri kena masuk neraka [derhaka kat kakak/adik tak pe, tak masuk neraka pun]

oli oiii oli
mata tu pandang jauh sikit!!!
jangan dok pandang bawah ajer...cuba hang angkat kepala dan pandang langit...langit luaskan? [tiba-tiba lalu seekor burung dan melepaskan objek panas dan terkena hidung oli]

bukan apa,
cuma sedikit sedih apabila 2 orang kakak tak pergi melawat sawsomi yang sedang sakit...[bila mereka sakit, bukannya kita tak nak pi melawat, mereka diam-diam tak nak kasi tau, takut menyusahkan adik beradik...then, kita nak buat camner?]
[kakak sulung ada call bagitau dia pun tak sihat. tapi, yang ke-2 tu difahamkan....]
Yang i terkilan ialah, kalau marah kat i sebab i maki anak u, u boleh buat apa-apa saja kat i, tapi janganlah layan adik u macam tu...u pun tau kan adik ni u kan begitu rapat dan sayang dengan u....

haizzzzzzzzz

Thursday, November 25, 2010

operation lutut

23-11-2010
8.30am, i drop sawsomi kat hospital pantai ampang. I pergi kerja. kena settlekan komik sebelum ambik cuti. sampai hospital 2pm, sawsomi dah selesai operate, tapi sedang mamai, ubat bius belum habis sepenuhnya. tiba-tiba i menangis macam budak 3 tahun sebab tengok sawsomi yang sebesar gajah terlantar atas katil. sawsomi bagitau minor operation ajer, tapi pasal apa boleh pengsan sampai tak sedar-sedar lagi. fine...fine...i bukan wanita besi. i tak kuat langsung.
Photobucket

24-11-2010
Masih cuti jaga sawsomi. Tapi sepanjang hari dok baring atas katil orang sakit! sampai sawsomi pi fisio pun i tak sedar diri. hebatkan! i datang jaga pesakit ataupun datang tidur kan? sungguh meragui!!!nasib baik tak dimarahi misi kat situ sebab tidur atas katil pesakit. Petang tiba-tiba deman pula, doktor cakap mungkin jangkitan kuman!
Thx mymy and my aunty, thx maria dah yahya datang melawat sawsomi. dah sms kakak sawsomi tanpa pengetahuan sawsomi. tapi sorang pun tak datang melawat adik diaorang. haizzzzz....kalau i, mesti kecik hati punya!!! hehehheheh
Photobucket

sudah faham

Photobucket

akhirnya,
i sudah faham,
kenapa ada hospital yang melarang membawa budak kecil melawat pesakit....

[week 11]

4 Oct 2010 - 62.5kg
25 November 2010 - 60kg

Tuesday, November 23, 2010

taktik terbaik ambil gambar sendiri

Photobucket
aunty, i tabik spring sama kamu lor!!!

i sendiri ambik gambar sendiri pun malu macam nak mati dah...kalau keluarkan benda panjang ni, i korek lubang tanam kepala dulu!!!


sumber

Beringat sebelum kena

Hari sabtu,
pergi isi minyak...
kita madam besar, mesti laaa duduk dalam kereta ajer kan!!!
Sambil sambil tunggu sawsomi isi minyak, i pun menghayati permandangan melalui tingkap sebelah kiri i tu...

Then, datang sebuah kereta mewah yang 1 kali ganda lebih besar dari kereta kita orang!!
Pemandu tu turun kereta, kemudian keluarkan hp dari poket dia dan cakap kat sebelah pam minyak!!!
Dalam kereta dia, ada madam besar macam i juga dan seorang budak!!

Ish! Ish! Ish!
Bukan ke kat station minyak kena offkan hp!!
kalau u tak nak offkan,
tolonglah jangan cakap hp pula!!

abang oii,
u nak mati,
pi laaa mati sorang-sorang!
Ni tak,
nak mati,
nak heret orang lain sekali!!!

I pandang dia sambil tunjuk signboard ni yang ada kat pam minyak kepada dia. [tak tau laaa dia faham ke tak faham apa yang i tunjuk-tunjukkan]
Photobucket

Pernah juga i nampak mereka yang isi minyak tak tutup enjin kereta [salah seorang ialah my brother], maybe diorang takut awek diorang hangat dalam kereta...
kalau kereta terbakar, mesti awek mereka lagi hangat!!!

itu saja yang i nak membebel di pagi ini!!!

Monday, November 22, 2010

$52,000 USD untuk makan tengahari?

tersedak dengan air liur sendiri bila terbaca artikel orang terkaya russia membelanjakan lebih kurang $52,000 USD bersamaan RM161,590 untuk makan tengahari dengan kawan-kawannya di salah sebuah restoran terkenal di New York.

Photobucket
[gambar kredit kepada google]

Jumlah bil $47,221.09. then orang kaya berkenaan dengan begitu murah hati bagi $5000 tips kepada pelayan. Maka keseluruhannya, orang kaya itu telah membelanjakan $ 52,221.09 untuk makan tengahari.

nak tengok muka orang kaya itu, sila google sendiri!! i tak nak letak muka dia sebab i benci dengan dia!!!benci kenapa dia begitu kaya raya!!! bertambah benci dengan dia apabila lunch hari ni i makan pisang yang berharga $0.42 USD iaitu bersamaan dengan RM1.30. [pujuk hati sendiri]Takpe...dia mesti tak tau nak cari mana 4 batang pisang yang berharga $0.42USD!!!

[dalam hati masih membuat pengiraan] walao...orang kaya itu 1 kali lunch dengan kawan dia bersamaan dengan kita kena hutang dengan bank 30 tahun untuk membeli sebuah apartment lor!!!! [tersedak sekali lagi....]

Sumber

anak itu tidak dosa [part 2]

Raya haji hari tu, sempat berjumpa dengan Dya aka Alia Adriana...anak angkat eva [sawsomi punya cousin]. Rupa-rupanya dah 5 bulan bb girl itu!!! alahai...cute sangat-sangat!!! macam nak culik ajer!!!
Photobucket
suka sangat gambar ni!!! gambar ni ambik masa nikah aisyah [sepupu sawsomi]


Rupa-rupanya kat entry itu, i tersalah info...Sebenarnya mak kandung budak tu dirogol!!! binatang punya perogol!!! Dengar cerita, kes rogol gadis malang ni ditutup begitu saja sebab perogol tu anak orang yang agak ada power kat kawasan itu. apa-apa pun, gadis malang ni dah sambung balik sekolah...syukur alhamdulillah!! semoga gadis malang ni dapat menjalani kehidupan seperti remaja lain.

Photobucket
Baby yang sangat baik!!! letak kat atas tilam, langsung tak mintak dukung ke apa...dia baring main sendiri, bila dah boring baring, dia meniarap...bila dah penat meniarap, dia baring balik!!! sangat-sangat baik!!! 2-3 jam macam tu pun no hal. mak dia cuma dukung dia time bagi susu dan air ajer. cuba kalau anak kita, hmmmm...mesti menangis mau dukung punya!!

Photobucket
jangan terpedaya dengan gambar kakak dan adik yang sweet ini...sawbebe banyak kali GERAM dan hilang kawalan. Dia curi-curi ataupun terang-terang cucuk pipi baby Dya!!!

naik lemak

Photobucket

akibat dijangkiti enzima yang teruk,
akibat diserang oleh asma yang menyebabkan deman panas secara tiba-tiba di tengah malam [penjelasan doktor]
akibat sema-sema dan batuk-batuk,
akibat raksasa dah menewaskan ultraman,
maka sawbebe pun naik lemak kerana deman-deman itu membuat mak bapaknya terpaksa bertolak ansur 200% dengan kekecerewetan yang tahap dewi itu.

Tambahan pula nursery tutup hampir seminggu sempena dengan raya haji [cikgu nak pi sembelih lembu]
maka sawbebe telah mengada-ngada tak nak pergi nursery!!

alasannya ialah...
'sufei tak ada kawan'

nyaris muntah darah dibuatnya!!!

Saturday, November 20, 2010

masa raya haji,
terdengar abang ipar cerita ustaz dia bagitau,
kalau termimpi ular dan budak,
dalam diri kita tu ada 'sesuatu' laaaaa...

i tak berapa faham dengan ada 'sesuatu' itu.
i minta dia hurai supaya i faham,
tapi dia enggan.

dia cakap lagi,
ustaz tu bagitau,
hampir 70% dalam badan kita [maksudnya badan melayu] ada sesuatu.

Tapi,
tapi,
i cina siam maaaa!!!
i bukan melayu maaaa!!!

so,
i membuat tafsiran sendiri,
'sesuatu' yang dimaksudkan ialah
'SETAN' dan 'kuasa kejahatan' yang menentang ''keimanan' i!!!

keadaannya sama seperti,
di mana, bila time sawbebe deman, i nak suap dia ubat!!!
i akan cakap, kalau u tak mau makan ubat,
maka....
RAKSASA MENANG, ULTRAMAN KALAH!!!


part yang paling celakak ialah,
semalam i termimpi ular gergasi yang macam rupa belut yang super besar!!
haizzzzz...
Penat tau lari dalam mimpi!!!

15 Bendera Negara Yang Unik Dan Aneh Di Dunia

Memandangkan hari ni ialah hari sabtu [hari bukan untuk kerja],
maka i secara sukarela nak memperkenalkan 15 bendera negara yang unik [dan pelik] di dunia. sama-sama kita menambah ilmu pengetahuan tentang bendera negara lain...[pada masa yang sama, sangat bersyukur kerana bendera negara kita dikira normal]

1. Frysland (Netherlands)
Photobucket


2. Guam
Photobucket


3. Benin
Photobucket


4.Swaziland
Photobucket


5. Isle of Man
Photobucket


6.Antwerp (Belgium)
Photobucket


7. Mozambique
Photobucket


8. Kyrgyzstan
Photobucket



9. Bhutan
Photobucket



10. Northern Marianas Islands
Photobucket



11. U.S. Virgin Islands
Photobucket



12. Central African Republic
Photobucket



13. Lombardy (Italy)
Photobucket



14. Nepal
Photobucket



15. Libya
Photobucket

Friday, November 19, 2010

2 malam berturut-turut

sawbebe deman panas di tengah malam!!!

waktu siang,
dia ok pula!!!

kenapa boleh macam ni ya?

Tuesday, November 16, 2010

hari ni HARI MALAS SEDUNIA

not in a good mood!!
[tiba-tiba teringin nak speaking untuk menyampaikan perasaan murung yang dilanda 2 hari yang lepas]

malas nak senyum
[hari biasa-biasa pun muka ketat 24 jam...nenek i tanya i kenapa muka macam nak menangis...dia suruh i jangan tipu dia sebab dia dah 88 tahun...kantoi...ampun nenek]

malas nak cakap
[Hari ni i puasa cakap!! harap maklum ya!!!]

malas nak kerja
[disebabkan esok cuti...maka hari ni terasa nak curi tulang...nak makan ular!!]

malas nak makan
[pagi tadi makan nasi lemak yang sedap!! sekarang kenyang sampai nak mati!nanti pukul 4 nanti perut mesti masuk angin....]

malas nak duduk
[nak tidur bawah meja, tapi bawah meja banyak nyamuk!]

malas nak marah
[hobi no.1 i...kalau dah tak ada hobi nih, apa makna hidup lagi...haizzzz]

malas nak fikir
[otak tengah kosong...tu yang tulis merepek-repek punya benda...]

malas nak fb
[tanpa sebab]

malas nak blogging
[sebab memang malas]

malas nak ke toilet
[nyaris-nyaris terpecah pundi kencing]

malas...malas...malas...
kesimpulannya hari ni sangat malas!!!

sekian, terima kasih.

SEMUT vs NYAMUK

Photobucket

sawbebe masih confuse,
螞蟻 [ma yi] dengan 蚊子 [wen zi]


**Gambar kredit kepada google!

Monday, November 15, 2010

Mini Model Camera

Adakah anda mencari hadiah istimewa untuk teman yang sukakan fotografi?
Photobucket
Selain DSLR Camera USB Flash Drive, model kamera mini DSLR juga pilihan yang tepat!

Photobucket
Seperti yang dilihat, bentuk model mini ini sama seperti yang asal dan mempunyai ciri seperti DSLR sebenar.

Photobucket
Berukuran 1 x 0.5 inci dan didatangkan bersama kanta yang boleh dibuka termasuklah lensa biasa, lensa telefoto dan lensa zoom di mana setiap satu sepanjang 1-2 inci berdiameter 0.5 inci. Model kamera mini ini berharga $USD28 (RM87)

Photobucket
Perbandingan lensa besar dan lensa kecil.

Sumber : Photojojo store

menangis di office

Komen dari aku-noi.blogspot.com



Salam,

me kenal 2 mualaf… mothers to my friends… sorang Eurasian, sorang macam you, Chinese. Keduanya dimadukan. Me rasa lelaki melayu muslim tu sunggh kejam.
TAPI ada juga my friend ni yang hidup aman bahagia rukun damai sampai akhir hayat… and that IS YOU!



amin~


***Macam nak menangis kuat-kuat! tapi takut buat orang lain terperanjat!! so, menangis teresak-esak ajer.....[harap my jiran tak dengar tangisan i] Thx Nurul Aznil!!

[week 10]

Berat : 61kg
my sis cakap dah nampak perut!! heheheheh...
tapi i tau,
itu PERUT BUNCIT!!!

jangan mulut tempayan tau

I mintak jasa baik awak,
jangan cerita HAL-HAL PERIBADI I dengan kawan awak tau!!!
[ i tak halal kan apa-apa saja sama ada yang baik ataupun yang tak baik]

Anggap ajer laaa di depan kawan awak tu,
u tak kenal i langsung!!!

Terima kasih atas keperihatian awak!!!

Saturday, November 13, 2010

cari pasal dengan diri sendiri

Khao Jam belum terjumpa [tapi nasib baik mery kim sudah bagi i resepinya!!!jadilah sekadar tengok resepi itu!!!]

ni nak makan nasi ikan goreng macam gambar di bawah pula!!
Photobucket
menelan air liur i tengok!!!
sedapkan?!
i suka bubuh kicap masin atas nasi panas-panas, pastu daging ikan goreng dihancur-hancurkan dan gaul dengan nasi...sebab tulah sawbebe tak gemuk, i yang gemuk sebab 1 sudu i suap dia, 3 sudu i suap mulut i!!!
kalau ada sambal belacan nenek i, mesti lagi marvelous!!!

gambar kredit kepada : THE HUNGRY CATERPILLAR

Peter Pan The Musical

Photobucket
sawbebe sangat suka PETER PAN. PETER PAN and THINKER BELL tu karakter baru kegemaran dia!!! Movie PETER PAN tu dah tengok sampai lebam!! [CD dah calar dengan amat teruk sekali]

Peter Pan The Musical akan diadakan di Sunway Lagoon dari 26 November 2010 sehingga 2 Januari 2011.....

Part yang penting sekali, intai-intai harga dulu!!!
Eh????? [kepelikan dan lompat kegembiraan]
Tak mahal sangat...Show pada 2.30pm selama 20 minit RM20 (adult), RM10 (child)!! OK kan OK kan itu harga!!! [sangat murah dan sangat sesuai untuk orang dasar kedekut macam i]

Friday, November 12, 2010

temporary househusband

sawsomi MC,
MC nak tunggu lutut dia untuk ditebuk!!!

kebetulan nursery tutup panjang sebab cikgu2 nak sembelih lembu korban,
so,
dia secara suka rela paksa kena jaga anak,
dan semua kerja rumah diambilalihnya buat sementara waktu!!!
tak boleh tahan bau busuk
dan
tak boleh tahan bau wangi juga!

coretan

i ♡ hujan!
i pakai payung jepun!!!
kalau ada sepasang rain boots,
mesti lagi perfect!
sawbebe malu nak pakai baju hujan pink dia!!!


******

PC hampir-hampir kena virus lagi!!!
Nasib baik, anti virus 360SD mampu membunuh itu virus!


******

Sembang dengan jiran macam kat pasar! tak sangka dah 6 tahun kerja bersama-sama.
dulu, cikbos selalu panggil kami masuk bilik belanja kami minum kopi!!
Tak sangka dulu kami begitu notty!!!

******

Hari ni 1/2 day,
sepupu sawsomi nikah!!!

*******

che che

semua orang sudah tau,
tapi semua orang pura-pura buat-buat tak tau!!
hohohohoho

Thursday, November 11, 2010

Newborns made of chocolate

Comelkan?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tapi,
apa motif mereka buat chocolate baby ni?
untuk DIMAKAN?

http://english.pravda.ru/photo/album/newborns_chocolate-3338/

orang muda zaman sekarang

semakin hari,
sawbebe semakin malu,
dan asyik dok sembunyi kat belakang i bila nampak siapa-siapa ajer sama ada yang dikenali ataupun yang tak dikenali!!!
kalau yang dikenali, lagi hebat penyembunyian dia!!tarik-tarik baju i, seluar i!! i pun kena tarik ke depan untuk tutup perut buncit!! macam dok main tarik tali pula!!!

tapi pagi ni,
tanpa segan malu dia tepuk dada dia dan cakap,

'che che kawin dengan ko ko'
[kakak kawin dengan abang!']

semata-mata nak pakai klik rambut yang ala-ala princess itu, dia sanggup nak kawin dengan ko ko...

aiyoyo!
Pengsan!!!

Pagi-pagi sudah kena bagi kuliah sama sawbebe!!! seperti biasa, dia macam faham dan tak faham!! sungguh mencabar membesarkan anak-anak!! kena bersiap sedia macam nak pergi medan perang!!!

Wednesday, November 10, 2010

krepak,apek dan sawbebe

krepak ialah KARIPAP!!
sawbebe sebut tak tepat!!
Melayu sebut tak betul!
Cina sebut tunggang terbalik!
hanya i seorang saja yang tau apa yang dia merepek hari-hari!!

Photobucket
ini apek semalam belanja sawbebe makan krepak! sebab apek tu cakap sawbebe cakap banyak!! sawbebe cakap banyak dengan i, apek tu belanja sawbebe 3 biji krepak...adakah bagi alasan macam tu? salah meh cakap anak i comei ke? cantik ke? apek ni....ish ish ish!

i tak habis-habis 'tuo jie' dengan apek tu walaupun pada mulanya i agak terkejut apabila apek tu lempar duit kat meja makcik jual kuih tu. sampai kereta dah jalan pun i angkat tangan dengan apek tu sambil curi tangkap gambar dia!!!

petang ni nak pi beli kuih lagi laaaa....mana tau terserempak dengan apek lagi!! hehehehhehe

Cucu Islam kebumi nenek budhha

Photobucket
Tertarik dengan berita ini. Tak sure bila punya berita, maybe 6 November kot! Terbaca kat blog sis aliya!!!

jeles yang sangat-sangat dengan cucu cicit nenek itu kerana mempunyai nenek yang begitu open minded!!! [bukan nak cakap nenek i tak open minded!cuma nenek i dikeliling oleh sekumpulan manusia yang suka menghasut! begitu juga my mum.makcik-makcik mesyuarat tingkap suka datang nak memburuk-burukkan keadaan.]

Full Story dari MyMetro

apa yang orang tua i tak terima?

melalui pengalaman mereka, terdapat juga saudara mereka yang kawin melayu. tapi diakhiri dengan sad ending. Yang laki, buang anak bini. Yang pompuan, last-last dicerai ataupun kongsi suami dengan 3 lagi pompuan lain. Oleh itu, apa yang orang tua i paling risau ialah suami i boleh kawin 4 bini. kemudian i dan anak i akan disia-siakan. nak kawin lain dah tak laku. heheheheh

kemudian satu lagi yang mereka takut ialah bila kita kawin melayu, kita telah jadi melayu! Pemakaian selepas kawin melayu menyumbangkan konsep yang salah kepada mereka. Bila kita pakai baju kurung dan pakai tudung tutup aurat, mereka ingat kita telah jadi orang melayu. mereka masih keliru islam dan melayu.

yang last sekali ialah dari segi makanan. apabila kita tak makan masakan orang tua kita, mereka anggap islam halang kita makan masakan mereka lagi. mereka ingat mereka tak masak pork pork kita dah boleh makan makanan masakan mereka. tapi hakikatnya masih tak boleh. tu yang buat mereka kecik hati! derhaka mak, masuk neraka.

hari ni emo sedikit,
tidur tak berapa baik akibat sepanjang malam dikejar mayat yang hidup semula...penat lari, penat sembunyi dan bila dah ditangkap hantu penat nak memberontak pula!!!

mimpi

termimpi digigit mayat yang hidup semula,
nasib baik sempat terjaga dari tidur,
kalau tak mesti mati digigit hantu tu!!
masa tersedar, terasa lagi sakit gigitan hantu itu!!!
takut!!!!

i'm a churper!

orang churp churp,
i pun churp churp,
tapi,
i sleeping churper!!
[sangat terserlah ketidakpandaian i]

makcik rehan,
hang dah sampai mana?
mai laaa tunjuk ajar sikit!!
jangan biar che tidak pandai sorang-sorang kat sini noh!!!

Tuesday, November 9, 2010

misi cari khao jam

terlalu senang! tu yang cari pasal dengan diri sendiri!!! tengok orang makan, i pun nak makan!!! sungguh keji!!!

Photobucket
mana nak cari ni? takkan nak jelajah ke kelantan?

Photobucket
OMG!! tergoda my batin!

P/S : gambar kredit to currypook.blogspot.com

Monday, November 8, 2010

Stok Baru

http://kedaisawsawlady.blogspot.com/2010/11/batch-20-08112010.html



@

kat fb - kedaisawsawlady

[week 9]

dah masuk ke minggu yang ke-9,
belum buat apa-apa check up lagi!!!

kali ni,
nak dapatkan BUKU MERAH!!!
hehehe...
saja-saja...
orang lain ada buku merah,
i pun kena ada buku merah lor!!
macam nak tendang ajer bunt*t betina-betina kat luar tu apabila tengok muka mereka yang macam c!b@!...[i berani cakap mereka macam c!b@!, sebab i memang dah c@b@i pun!]

tiba-tiba,
rasa nak berhenti kerja~~~
nak bagi notis 24jam,
boleh?!

Saturday, November 6, 2010

banjir di alor star : rumah mak saya dah ditenggelami air

hari khamis,
dapat sms from my sis ' 10.38pm, rumah dah masuk air'
Air naik mendadak, tiba-tiba dah sampai paras lutut!
risau my mum dan my sis kat sana...
Dah laaa banjir,
semua jalan ditutup! [tak boleh keluar dan tak boleh masuk...macam mana mau melarikan diri dan menyelamatkan mereka]
pastu tak ada bekalan air dan gangguan elektrik!

gambar dari kwongwah dan chinapress
Photobucket
dekat stadium!!

Photobucket
bandar alor star yang ditenggalami air

Photobucket
jelapang padi!!

Insomnia

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:

1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.


kadang-kadang sampai bukan masalah i pun i tolong fikirkan untuk mereka!!!
hebatkan!!!
last-last bangun tengok astro lagi baik!!!
yang peliknya,
the next day,
i tak rasa mengantuk pun walaupun setiap malam i hanya tidur tak sampai 3-4 jam!!
hebatkan?!
memang hebat!!!

[week 8]

walaupun mabuk dah kurang [macam kurang],
tapi tak boleh tamak dalam pengambilan makanan [ewah bahasa tu].
tiba-tiba ajer makanan dan sampai ke tekak!!
Bila dah tersekat kat tekak,
mulaah rasa mual laaa, loya laaa,
seterusnya ialah agedan muntah!!!

masih lagi sangat suka makan manggo muda yang digaul dengan garam dan serbuk asam boi!!
masa pregnant sawbebe, entah berapa ribu taukeh juai buah potong tu untung duit i,
kali ni i dah pandai,
beli buah sendiri potong!!
hahahahha
pandaikan!!!

Thursday, November 4, 2010

aqiqah sesumpah kecil

dapat jemputan ayu ke majlis aqiqah sesumpah kecik ahad lepas kat meru...

seperti biasa, kami sampai lewat...sampai ajer kak heze dah nak pulang. El dan isterinya, momguess, adik momguess yang lawa dan mak momguess sedang makan...
Pastu ciklinn dan 4 orang heronya pun sampai!! lama gila tak jumpa ciklinn...seperti biasanya ciklinn kita tetap cantik dan ayu!!!

akibat mendapat kritikan kencang sawsomi, i tak berani keluarkan kamera untuk ambik gambar!!
ayu, pinjam gambar awak ya!!!

Photobucket
sesumpah kecik berminat sangat dengan sotong ayam sawbebe!!

Terima kasih tuan rumah sudi menjemput kami untuk memeriahkan majlis aqiqah sesumpah kecil. Terima kasih juga kepada mak ayu kasi tapao jelly kelapa!!

[3Y5M] soalan dari sawbebe

1st day balik dari taska,

sawbebe sudah tanya saya soalan:

Gopo 蘇菲的 'pot pot' 小小?

Gopo 別人的 'pot pot' panjang?

Ini mesti kes time nak mandi!

tu yang mereka berpeluang menyaksikan 'pot pot' masing-masing!!

hari ni bersamaan dengan 3 Nov

hari ni,
saya tak ada mood nak blogging!!

Pagi-pagi,
saya cemas dengan sawbebe!!

Tengahari pula,
saya geram dengan tukang masak tajira!!

Tadi pula,
saya geram dengan betina seekor tu!!!

Sekarang,
saya dah ceria!!

Saya sangat emo kan?

Wednesday, November 3, 2010

muka serbaguna

harus berhati-hati dengan orang ofis!!
sangat muka serbaguna!!

i dah inform dia dengan mulut i sendiri,
tiba-tiba dia boleh gossip yang dia terdengar perbualan i dan jiran i...
then buat-buat macam tak pernah dengar apa yang i cakap dengan dia,
sebaliknya gosip apa yang dia curi dengar tu!!

hebatkan!!
muka cute!
badan cute!
suara cute!
tapi hati sedikit pun tak cute!!!

that y,
i benci orang luar!!!

[3Y5M] dalam hati sawbebe ada taman

semalam bawa sawbebe pi tinjau-tinjau tadika/nursery barunya...
dia suka!
betul-betul dia sangat suka nak pi skol!
Dia cakap nak pi skol dora sebab dinding nursery tu ada lukisan dora!!
Dia cakap nak nak ramai kawan...
sawbebe ni tak macam i,
i tak suka bersosial!!!

Satu malam dok bising tak mau ke rumah nanny ros lagi!!
nak ke skol dora!!!
memang semalam last kat rumah nanny ros pun...
saja dok usik suruh dia pi lagi rumah nanny ros!
suka tengok dia menjerit 'TAK NAK'

Pagi ni, bangunkan dia!!
Tanya dia nak ke skol dora tak?
Dia cakap 蘇菲不要去skol, 蘇菲malu...[sufei tak nak pergi skol, sufei malu]
Malu?
dia pun tau malu?

tapi tak sampai 3 minit,
dia mintak nak mandi,
nak pergi skol dora!!!
hahahahahah!!

Siap-siapkan dia,
siap-siapakan i,
kemudian menghabiskan masa dok cari sijil kelahiran sawbebe!!
yang ada cuma sijil kelahiran yang agama i belum tukar tu ajer!!
mampus!!
mana pergi sijil kelahiran sawbebe yang sah!!

dah 8.15am,
mau tak mau kena keluar rumah juga!!!

Sampai depan nursery,
sawbebe sangat excited!!
tapi,
bila cikgu dah keluar,
dia dah jadi malu!!
peluk kaki kanan i!! sembunyi kat punggung i!!

OMG!!
sawbebe tak menangis,
tapi i pula nyaris nangsi dibuatnya!!!
berat hati sangat nak tinggalkan dia sorang-sorang kat situ!!!
tempat yang baru bagi dia,
dia kena sesuaikan diri pula.
Terpandang dalam rumah tu begitu ramai muka asing,
mereka pandang kami macam clown dalam circus,
jangan kata bebe,
i pun rasa 'malu' juga!!!
pastu startlah tayangan peluk memeluk 2 orang anak beranak macam 10 tahun tak jumpa!!!!

nasib baik seorang cikgu muda datang dukung dia masuk untuk hentikan sandiwara kami ,
i jalan laju-laju meninggalkan nursery sambil cepat-cepat lap air yang basah pipi!!!
cilaka punya pasir,
masuk mata pula!! sampai nak jalan pun tak nampak jalan!!!

akhirnya sawbebe terpaksa kembali ke life nursery juga!!!
hati tak tenteram,
dok risau keadaan sawbebe kat tempat baru!!
harap-harap cikgu-cikgu sayang kat dia!!
harap-harap kawan-kawan jangan buli dia! [sebab semalam masa bawa dia pin tinjau-tinjau, ada sorang budak laki tua sikit dari sawbebe mau hentam sawbebe depan kami akibat sawbebe nak naik buaian yang dia naik]
harap dia selamat kat situ!!

Photobucket
1st day melapor diri kat nursery baru!!!

Tuesday, November 2, 2010

semuannya akan baik-baik

Photobucket
kepada mereka yang mengambil berat sawbebe,
tak payah risau ya!!
semuanya akan baik-baik!!!
thx u all,
sayang u all!!

sangat terharu kena marah

tadi,
kena marah dengan uncle mamak....

me : uncle, nasi separuh.
uncle pun tong tang tong tang ceduk nasi.
itu bukan nasi separuh! itu nasi penuh satu pinggan uncle.
me : uncle, buang sikit!banyak sangat laaa...
uncle pun buang sikit!!
me : uncle, buang lagi!!!
uncle : amoi, buat apa makan macam ni sikit? makan banyak sikit!

terharu.
tak sangka uncle tu begitu prihatin dengan pelanggannya!

Monday, November 1, 2010

[3Y5M] anak siapa?

sawmummy : awak anak siapa?

sawbebe : anak keling!

nyaris-nyaris pengsan dibuatnya bila sawbebe jawab macam ni!!!

Masalah besar ni!!!
ni semua salah sawsomi yang suka panggil sawbebe 'anak keling'!!!
nah! ambik!!
sekarang dia dah ingat dia tu anak keling dan bukannya anak mohamed faizal akib lagi!!

Photobucket
sekarang ni jenuh nak memperbetulkan keadaan!!
setiap hari kena tanya 50 kali dia ni anak siapa...dan yang paling penting kena memastikan dia jawab anak mohamed faizal mohamed akib...kang FIL i ni ingat i pi 'curi orang'...nanti tak ada pasal kena rejam sampai mati pulak!!!

** entry ni tak ada unsur perkauman ya!!! sawbebe adalah anak malaysia!!