Wednesday, November 3, 2010

[3Y5M] dalam hati sawbebe ada taman

semalam bawa sawbebe pi tinjau-tinjau tadika/nursery barunya...
dia suka!
betul-betul dia sangat suka nak pi skol!
Dia cakap nak pi skol dora sebab dinding nursery tu ada lukisan dora!!
Dia cakap nak nak ramai kawan...
sawbebe ni tak macam i,
i tak suka bersosial!!!

Satu malam dok bising tak mau ke rumah nanny ros lagi!!
nak ke skol dora!!!
memang semalam last kat rumah nanny ros pun...
saja dok usik suruh dia pi lagi rumah nanny ros!
suka tengok dia menjerit 'TAK NAK'

Pagi ni, bangunkan dia!!
Tanya dia nak ke skol dora tak?
Dia cakap 蘇菲不要去skol, 蘇菲malu...[sufei tak nak pergi skol, sufei malu]
Malu?
dia pun tau malu?

tapi tak sampai 3 minit,
dia mintak nak mandi,
nak pergi skol dora!!!
hahahahahah!!

Siap-siapkan dia,
siap-siapakan i,
kemudian menghabiskan masa dok cari sijil kelahiran sawbebe!!
yang ada cuma sijil kelahiran yang agama i belum tukar tu ajer!!
mampus!!
mana pergi sijil kelahiran sawbebe yang sah!!

dah 8.15am,
mau tak mau kena keluar rumah juga!!!

Sampai depan nursery,
sawbebe sangat excited!!
tapi,
bila cikgu dah keluar,
dia dah jadi malu!!
peluk kaki kanan i!! sembunyi kat punggung i!!

OMG!!
sawbebe tak menangis,
tapi i pula nyaris nangsi dibuatnya!!!
berat hati sangat nak tinggalkan dia sorang-sorang kat situ!!!
tempat yang baru bagi dia,
dia kena sesuaikan diri pula.
Terpandang dalam rumah tu begitu ramai muka asing,
mereka pandang kami macam clown dalam circus,
jangan kata bebe,
i pun rasa 'malu' juga!!!
pastu startlah tayangan peluk memeluk 2 orang anak beranak macam 10 tahun tak jumpa!!!!

nasib baik seorang cikgu muda datang dukung dia masuk untuk hentikan sandiwara kami ,
i jalan laju-laju meninggalkan nursery sambil cepat-cepat lap air yang basah pipi!!!
cilaka punya pasir,
masuk mata pula!! sampai nak jalan pun tak nampak jalan!!!

akhirnya sawbebe terpaksa kembali ke life nursery juga!!!
hati tak tenteram,
dok risau keadaan sawbebe kat tempat baru!!
harap-harap cikgu-cikgu sayang kat dia!!
harap-harap kawan-kawan jangan buli dia! [sebab semalam masa bawa dia pin tinjau-tinjau, ada sorang budak laki tua sikit dari sawbebe mau hentam sawbebe depan kami akibat sawbebe nak naik buaian yang dia naik]
harap dia selamat kat situ!!

Photobucket
1st day melapor diri kat nursery baru!!!

2 comments:

  1. moga semuanya baik2 utk sawbebe :)

    ReplyDelete
  2. yeayyy sofea dah pi school.. selamat melapor diri yer sofea :)

    ReplyDelete