Tuesday, November 16, 2010

hari ni HARI MALAS SEDUNIA

not in a good mood!!
[tiba-tiba teringin nak speaking untuk menyampaikan perasaan murung yang dilanda 2 hari yang lepas]

malas nak senyum
[hari biasa-biasa pun muka ketat 24 jam...nenek i tanya i kenapa muka macam nak menangis...dia suruh i jangan tipu dia sebab dia dah 88 tahun...kantoi...ampun nenek]

malas nak cakap
[Hari ni i puasa cakap!! harap maklum ya!!!]

malas nak kerja
[disebabkan esok cuti...maka hari ni terasa nak curi tulang...nak makan ular!!]

malas nak makan
[pagi tadi makan nasi lemak yang sedap!! sekarang kenyang sampai nak mati!nanti pukul 4 nanti perut mesti masuk angin....]

malas nak duduk
[nak tidur bawah meja, tapi bawah meja banyak nyamuk!]

malas nak marah
[hobi no.1 i...kalau dah tak ada hobi nih, apa makna hidup lagi...haizzzz]

malas nak fikir
[otak tengah kosong...tu yang tulis merepek-repek punya benda...]

malas nak fb
[tanpa sebab]

malas nak blogging
[sebab memang malas]

malas nak ke toilet
[nyaris-nyaris terpecah pundi kencing]

malas...malas...malas...
kesimpulannya hari ni sangat malas!!!

sekian, terima kasih.

2 comments: