Tuesday, November 30, 2010

jangan makan gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali

sawbebe,
akhirnya u dah terserempak dengan 'atok' yang tidak kenali nak bagi gula-gula kat u kan.
Walaupun mata u pandang kat i, tapi tangan u sudah pun dihulur untuk menyambut gula-gula itu, kalau bukan i melarangnya, mesti u dah ambik gula-gula itu kan.
[harap alasan i tak melukakan hati atok pelik itu : tak boleh makan gula-gula, nanti gigi rosak]

Kat situ juga, i bagi kuliah.
Tak kira laaa, orang tu atok ke, abang ke, kakak ke, makcik ke,
u tetap tak boleh ambil dan makan gula-gula ataupun apa-apa saja barang yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.
i takut nanti orang jahat tangkap u pergi tempat yang jauh-jauh. u dah tak boleh jumpa dengan daddy dan mummy lagi!! nanti daddy dan mummy menangis kat rumah.

Kali ke-2 atok yang pelik tu kembali hulurkan gula-gula kat u,
u dah lari sembunyi kat belakang i!!
Takpe, sembunyi laaa,
biar i yang handle atok pelik itu!
biar i sepak atok pelik tu pergi jauh-jauh supaya tak kacau u lagi!!!

balik rumah,
i takut-takutkan u lagi!

Sebelum tidur,
i pun takut-takutkan u dengan kejadian gula-gula itu sambil menangis betul-betul di depan u supaya u tahu i takut kehilangan u!!

Pagi ni,
hantar u ke nursery,
i pun masih lagi cerita atok pelik yang nak bagi gula-gula kat u!!

Petang nanti pun,
i masih nak ungkit hal ni!!

Nampaknya i terlalu senang dan merupakan seorang mak yang suka membebel!!!

蘇菲
千萬千萬要記住,
不可以隨便拿陌生人給的東西,
也千萬千萬不可以吃陌生人給的糖果或食物!
媽咪希望你已經從這次的事件得到教訓!

1 comment:

  1. Oli..betul la tindakan Oli tu,saya pun selalu pesan benda yang sama pada anak2 saya..beringat sebelum kena kan

    ReplyDelete