Wednesday, December 1, 2010

Sekadar PERINGATAN untuk diri sendiri

I dah hilang ingatan tentang penghinaan tahun 2003 apabila mereka-mereka seolah-olah jadi baik dengan kami...
Ingatkan boleh melupakan semua kisah-kisah lama, rupa-rupanya tak boleh. kadang-kadang kisah-kisah lama nilah yang jadi PENGAJARAN dan PERINGKATAN kepada diri kita.

Tahun 2003,
dah setahun i couple dengan faizal [sawsomi laaa...kena panggil namanya sebab dia belum jadi member family sawsawlady lagi].
Memang orang tengah hangat bercinta, memang berkepit ke hulu dan ke hilir...macam ni dunia ni kita orang punya!!!
So, family faizal dah tak lalu pandang. mereka yang diwakili kakak sulung faizal telah mengumpan kami ke rumah 'ayah' angkat mereka. Kami dua-dua yang bodoh ingat kakak sulung nak belanja makan pun bergegar ke destinasi.
sampai di rumah ayah angkat mereka. Selain kakak sulung dan abang ipar sulung faizal, kakak kedua dan abang ipar kedua faizal, sepupu mereka kak yah dan husbandnya pun ada di sana. So, ini bukannya nak belanja makan. ini mesyuarat keluarga gempak.
Kami berdua dipersilakan duduk, dikelilingi oleh mereka-mereka. Ayah angkat mereka sebagai orang tua aka pengerusi pun memulakan bicara.
Ayah angkat : Bla bla bla...bla bla bla [ maksudnya lebih kurang kamu berdua ni aci tengok asyik berkepit ke hulu ke hilir....]

Husband sepupu faizal : Bla-bla-bla [maksudnya ialah tindakan kami berdua yang berkepit tu menjadi teladan yang tak baik kepada anak-anak mereka]

Ayah angkat : Bla-bla-bla [maksudnya kamu berdua tak ada perancangan apa-apa ke?]

Ayah angkat : [masuk ke topik utama] Awak nak masuk islam ke? Faizal yang nak masuk CINA?

[Penghinaan yang pertama : sebab dia sebagai seorang islam, mesti dia lagi tahu yang Islam tak boleh tukar ke CINA kan? So dia cakap semua ni nak perli kami lor]

lepas tu,
semua orang dah mula memberi pendapat masing-masing. Yang tukang umpan tu diam ajer. yang kakak kedua pun diam ajer. Yang abang ipar baru tanpa segan pilu memberi pendapat beliau.

Berikut adalah pendapat beliau :
'Ikutkan kami, kami pun tak suka awak, tapi disebabkan mamat[mamat tu gelaran faizal laaa] suka, maka kami pun terpaksa terima awak.'

[Penghinaan yang kedua : Dipaksa terima i? siapa yang paksa? faizal? ]

Tapi,
bila fikir balik,i respect abang ipar sulung faizal. sebab hanyalah dia seorang yang bercakap waras seperti seorang manusia yang berakal.

Lepas kejadian tu,
kita orang dah tak jumpa kakak dia. Dia bawa i balik teluk intan, rumah bapa dia. bapa dia suruh dia lain kali jangan bawa i lagi, nanti jiran mengumpat.

Akhir tahun 2004,
kami putuskan hubungan!
faizal dengan gf baru yang berbangsa malay.
i dengan bf baru yang berbangsa cina.
family dia happy.
of course family i pun happy.

No comments:

Post a Comment