Tuesday, February 22, 2011

Pengalaman Terkurung Dalam Lift

RUMUSAN:

Semalam petang,
I terkurung dalam lift masa nak pergi ambil sawbebe kat rumah pengasuh.
I terkurung bersama-sama 2 orang lagi amoi.
Lebih kurang 45 minit kami terkurung!


Lift naik sampai tingkat 4 tiba-tiba terjatuh ke tingkat 3 dan terberhenti kat tingkat 3. Nasib baik lampu tak terpadam. Kalau tak, i pasti orang yang jerit paling kuat ialah i lor!!! Dan paling nasib baik ialah masa nak keluar ambil sawbebe, I sempat pergi buang air kecil, kalau tak I mesti terkencing dalam lift punya!!!


Panik? Takut?
Sikit-sikit lor! Tapi masing-masing berpura-pura cool dan tak menunjukkan kelemahan lor! Tak mau jatuhkan maruah maaaaa!!! Kami sempat buat lawak bodoh dalam lift!!

P/S : Lepas diselamatkan, i naik lift yang kat hujung sekali naik ke tingkat 15...mau tak mau terpaksa naik lift lagi lor!!! i tak larat mau panjat 15 tingkat lor!!

1 comment:

  1. pas amek sawbebe..still naik lift tu lagi ker? giler menakutkan lift bleh jatuh2...haishh...

    ReplyDelete