Thursday, March 10, 2011

aku bukan bidadari

tajuk entry memang dah tak senonoh habis-habisan!! isi kandungan kat bawah ni lagi rasa macam nak sepak diri sendiri ajer!!!

semalam dada i 'terbakar'!
[terbakar akibat pedih ulu hati dan terbakar disebabkan sawsomi]
makan semua ubat gastrik, ubat angin yang ada...baik sekejap...then datang balik!!! semalam adalah malam yang paling menyeksakan...tak boleh nak buat-buat tidur dan tak nak hirau...kejap-kejap kena bangun duduk untuk bagi 'api' turun!!
Maka malam-malam buta cari pasal dengan sawsomi laaaa!!

Lepas perang dingin dilancarkan...mula rasa menyesal pula...tambahan pula tak dipujuk-pujuk, maka start laaa dok fikir yang bukan-bukan...

Tiba-tiba teringat kata-kata nurse klinik kesihatan, ayat TUMPAH DARAH masa bersalin yang keluar dari mulut dia tu betul-betul menakutkan i...kalau apa-apa terjadi kat i, macam mana dengan sawbebe...kesian tau anak yang tak ada mak!! sawsomi adalah contoh yang terbaik!!!

sawsomi - pasti dia akan kawin lain...dia mesti happy dengan bini baru dan anak-anak barunya yang tak gila macam i...haizzz...sawbebe oiiii, awak anak lama, awak tak payah kacau life daddy awak laaa...untung laaa juga kalau u dapat mak tiri yang baik...kalau u dapat mak tiri yang macam mak bawang putih, haizzzz...i pula kena menjelma jadi ikan keli...

PIL - masalahnya bapa mertua kawin lain...mak tiri sudi ke jaga cucu tiri?

SIL no.1 - sebelum ambik anak angkat, boleh dikatakan tiap-tiap minggu pun datang ambik sawbebe, tapi lepas dah amik anak angkat, haram sekali pun tak pernah ajak sawbebe ke rumahnya lagi...bolehke nak harap dia jaga sawbebe kalau ada apa-apa terjadi kat i?

SIL no.2 - SIL ni terlalu lemah lembut dan penuh dengan sifat keibuan!! Anak-anak dia pula terlalu 'baik'!! haizzz...tak ada keberanian nak minta dia jaga sawbebe lor!!!

my sister - hari tu dah tanya dia. dia sudi! tapi masalahnya sawsomi dan family sawsomi kasi meh? mereka pasti risau sawbebe di-chinese-kan punya...silap-silap nanti masuk muka depan papers pula akibat perebutan sawbebe!!

rumah anak yatim - kesiannya sawbebe!!! malam-malam buta menangis tengok sawbebe yang tengah tidur lena...macam betul pula nak hantar dia ke rumah anak yatim!!! tapi tu laaa...fikir pun sudah sedih, bayangkan kalau i betul-betul dah tak ada, dan dia terpaksa dihantar ke sana....

barulah i faham kenapa mak india tu boleh racun 2 orang anaknya? kenapa mak chinese tu boleh lontar anaknya sebelum dia terjun flat? alasannya hanya ada satu : TAK ADA ORANG YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MENJAGA ANAK KITA BILA KITA DAH TAK ADA!


****Nampaknya i memang meroyan!! orang lain meroyan selepas bersalin! i pula meroyan sebelum bersalin!!! hebat!! kagum!!
[sekali nak jelaskan...kegilaan ni datang dengan sendiri dan bukan dibuat-buat ataupun direka-reka untuk mendapat kasih sayang tau]

No comments:

Post a Comment