Saturday, March 5, 2011

hari ni bebe outing,melawat kilang roti

Photobucket
semalaman mummy tak tidur ok...
sebab risau pasal sawbebe nak pergi melawat kilang roti high5, pastu lunch kat McD...[bestkan]

suatu hari nanti, awak pun akan keluar kejar impian awak...jadi kali ni anggaplah sebagai practice untuk awak dan mummy[rupa-rupanya begitu berat hati nak biarkan awak pergi!!]
jaga diri elok-elok ya!!! [jangan terlalu enjoy macam burung terlepas sangkar ya!]
jangan selalu tapao makanan segera tau!! masaklah sup abc kalau malas...kan mummy dah kasi resepi.[tapi jangan risau, mummy awak lagi malas...sup abc yang begitu simple pun dia malas masak...so jangan ikut jejak dia tau]
selalulah balik melawat orang tua awak ya!!![orang tua sendiri tak lawat tapi mengharap anak-anak melawat pula]
jangan lupa solat ya!! [sendiri pun tunggang terbalik, ada hati nak nasihat orang]

P.S: nak tanya kilang high5 kat mana ya?

***sila abaikan orang gila yang tak cukup tidur!!

Eh! Dah 1pm!! nak pi ambik anak kat sekolah!!! Teacher pesan bas akan balik ke sekolah 1pm!! Bye!!!

2 comments:

  1. betul tu ..nk lepaskan anak kuar ikut lawatan ni mmg berat hehehe cam pernah lalui la pulak...
    takpe sawbebe pun dah besar nk jadi kakak tk lama lagi..hehehe

    **lin dah scan tadi..nampak baby gegirl dlm perut ni hehehe**

    ReplyDelete
  2. wah bebe dah ada first trip dgn kawan2 :)

    ReplyDelete