Thursday, March 31, 2011

kuih bom

Photobucket
semalam berbuka dengan kuih bom...sedap macam nak mati [tak ada orang puji, kena sendiri puji sendiri lor]
errmmm...petang ni nak makan apa ya?
Yeay...menu berbuka petang ni sudah berada dalam kuali...awal-awal pagi ni sudah masak!!!
menu tambahan berbuka mungkin bubur kacang hijau ajer kot! [kalau rajin laaaa]

catatan daripada orang malas yang hanya rajin bila puasa saja!!! [sawsomi suruh i puasa sepanjang tahun....apa punya somi?]



Nota resepi untuk masa akan datang :

Bahan-bahan (15 biji):
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut [i tuang setengah bungkus]
1 camca besar tepung gandum
1 camca teh air kapur
200ml air [air secukup untuk uli]
secubit garam

bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah [separuh gula melaka, tak berapa hitam]
20gm gula pasir [2 camca besar,next time tambah 1 camca lagi]
50ml air

cara:

1. cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
5. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
6. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
7. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
8. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
9. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
11. lakukan sehingga habis
12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
13. angkat dan hidangkan
14. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang
15. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan

note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik. [my catatan : my kuih bom tidak meletup, tapi merekah...dah ikut semua petua di atas...y eh?]

sumber

5 comments:

  1. kalau nak sedap lagi,tepung pulut tu ganti dengan keledek,macam nak buat kuih keria tu,sbb kdg2 tepung pulut ni liat,dah tu kalau kita goreng tepung tu pecah,kuih jadi tak cantik,,kalau guna keledek,cantik jer kuih tu,bulat2 jer!
    just info shj...jgn ambil hati yer!

    ReplyDelete
  2. kak long : tq kak long sudi bagi petua...nanti kita cuba!!

    ReplyDelete
  3. kuih kegemaran saya... yeaayyy dpt resepi...thx oli.. nty nak cuba la..

    ReplyDelete
  4. terer la...hehe yer la, apasal eh? klu puasa jer, mmg bole jer buat kuih kan...kesabaran orang berpuasa kot kikii :P

    ReplyDelete
  5. jamie : try laaa...ada blogger bagi petua gantikan tepung pulut dengan ubi keledek untuk mengelakkan merekah ketika digoreng!
    dedek : bukan kesabaran, tapi nak menghabiskan masa antara 1 jam nak berbuka tu...bagi i, time tu lah masa yang paling menyeksakan!!! jam dinding macam nak lekat kat muka.

    ReplyDelete