Saturday, May 28, 2011

Bahasa Melayu merosot

sejak belajar tadika cina ni,
ada nampak kemajuan yang amat ketara dalam bahasa mandarin...
dengan i,
memang dah 100% pot pet pot pet dalam mandarin!
[kecuali bila i marah sawbebe, i akan marah dalam bahasa melayu supaya sawsomi faham apa yang i mengamuk]

mula-mula tak berapa perasan sangat BM dia merosot,
sebab i dan sawsomi cakap BM,
sawsomi dan sawbebe pun cakap BM!
So, kita orang ingat,
sawbebe tak ada masalah dalam berbahasa melayu laaaa....

****************

Suatu hari,
sawsomi gunting kuku...
sawbebe bawa keluar beg kecil yang masih ada tag...
i pun suruh sawbebe mintak daddy dia gunting tag tu [dalam bahasa mandarin]
dia pun pergi kat daddy dia...

'Daddy, tolong...' sambil tunjuk brg sambil buat pergerakkan tangan zaap zaap [potong potong]

daddy dia tak layan dia...

Tinggikan suara
'Daddy, tolong...' zaaappppp zaaapppp lagi.....

hahahahahahahaha

manalah daddy dia nak faham apa yang dia mau!!!

Rupa-rupanya sawbebe tak tau nak translate 'GUNTING' ke dalam bahasa melayu!! tu yang dok tunjuk zaaapppp zaaaapppp [potong potong]

**********

2 hari lepas,
i beli 'MILO SEJUK' yang boleh bancuh dengan air sejuk tu....

dah malam buta-buta,
sawbebe mintak nak minum MILO SEJUK lagi...

i suruh dia tanya sawsomi...

'Daddy, boleh sufei [terberhenti sekejap] milo sujuk?'

sawsomi buat-buat tak faham

'Daddy, boleh sufei [pandang i pula sebelum meneruskan percakapan] milo sujuk?'

'Mummy, bagaimana nak cakap minum?' [dalam mandarin]

sawsomi tepuk dahi!!!
aduh!!!
sawbebe tak tau nak sebut MINUM?

1 comment: