Saturday, May 28, 2011

bahasa melayu merosot

sejak belajar tadika cina ni,
ada nampak kemajuan yang amat ketara dalam bahasa mandarin...
dengan i,
memang dah 100% pot pet pot pet dalam mandarin!
[kecuali bila i marah sawbebe, i akan marah dalam bahasa melayu supaya sawsomi faham apa yang i mengamuk]

mula-mula tak berapa perasan sangat BM dia merosot,
sebab i dan sawsomi cakap BM,
sawsomi dan sawbebe pun cakap BM!
So, kita orang ingat,
sawbebe tak ada masalah dalam berbahasa melayu laaaa....

****************

Suatu hari,
sawsomi gunting kuku...
sawbebe bawa keluar beg kecil yang masih ada tag...
i pun suruh sawbebe mintak daddy dia gunting tag tu [dalam bahasa mandarin]
dia pun pergi kat daddy dia...

'Daddy, tolong...' sambil tunjuk brg sambil buat pergerakkan tangan zaap zaap [potong potong]

daddy dia tak layan dia...

Tinggikan suara
'Daddy, tolong...' zaaappppp zaaapppp lagi.....

hahahahahahahaha

manalah daddy dia nak faham apa yang dia mau!!!

Rupa-rupanya sawbebe tak tau nak translate 'GUNTING' ke dalam bahasa melayu!! tu yang dok tunjuk zaaapppp zaaaapppp [potong potong]

**********

2 hari lepas,
i beli 'MILO SEJUK' yang boleh bancuh dengan air sejuk tu....

dah malam buta-buta,
sawbebe mintak nak minum MILO SEJUK lagi...

i suruh dia tanya sawsomi...

'Daddy, boleh sufei [terberhenti sekejap] milo sujuk?'

sawsomi buat-buat tak faham

'Daddy, boleh sufei [pandang i pula sebelum meneruskan percakapan] milo sujuk?'

'Mummy, bagaimana nak cakap minum?' [dalam mandarin]

sawsomi tepuk dahi!!!
aduh!!!
sawbebe tak tau nak sebut MINUM?


****************

Baru-baru ni ambik kertas exam dan report card dia,
semua subjek dia boleh score, kecuali Bahasa Malaysia dan coloring...

Coloring tu dah boleh agak dari homework yang cikgu bagi tu....sawbebe memang tak ada seni dan kesabaran langsung....nanti ada masa, i nak ambik gambar yang dia color yang sampai tak boleh nak nampak rupa asal objek itu...

tapi yang tak boleh kuasai bahasa malaysia tu tak boleh terima akal....

Photobucket
sawsomi bangga gila anak dia dapat tropi tempat ke-2! [siap bawa sawbebe keluar makan untuk celebrate...terlalu senang betul mak bapak zaman sekarang ni]
i bangga sikit-sikit ajer...hehehehehhe...apa-apa pun janji sawbebe enjoy perjalanan pembelajaran itu...[ayat nak cover bangga]

No comments:

Post a Comment