Saturday, June 25, 2011

Pengalaman Bersalin Ilyas Saw

8 June 2011 @ 12:30am
saya terjaga dari tidur sebab 'terasa' lendir yang mengalir keluar tu dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa [beberapa hari yang lepas, dah mula terdapat lendir-lendir yang cecair]. saya pun pergi cuci laaa...tiba-tiba, 'terkencing' pula walaupun tak kencing...lepas tu, 2 kali 'terkencing' kat hall dan bilik. i googled apa tanda-tanda pecah air ketuban. [nasib baik sehari sebelum tu sempat chatting dengan LSL dan sempat tanya pasal pecah air ketuban]

OMG!! saya rasa saya pecah air ketuban. Time tu, saya dan sawbebe berdua-duaan saja di rumah. sawsomi masih di tempat kerja.


8 June 2011 @ 1:00am
saya call sawsomi bagitau saya maybe dah nak bersalin sebab saya rasa saya pecah air ketuban. call part time 'bibik', tak dapat pula. Maka terpaksa call mimi, suruh dia tolong jaga sawbebe malam tu. saya mandi, cuci rambut. perasaan yang sungguh pelik cuci rambut tengah malam.


8 June 2011 @ 2:00am
sampai di hospital. masuk labor room. perut 'diikat'[tak tau apa nama]. doctor [rasanya doc kot] tanya macam-macam soalan yang pelik-pelik. contohnya: lepas air ketuban pecah, awak ada pakai pack? Tak, saya berdiri di bilik air biar air ketuban mengalir. Bagaimana awak datang ke hospital? seat tak basah? saya lapik dengan sarung batik, doc.jadi sarung batik yang basah, seat kereta saya tak basah.

Selepas tu, doc datang dengan satu benda alat. saya boleh rasa dia masukkan alat tu kemudian pecah air ketuban. then, dia 'seluk' pula. Begitulah rasa bila diseluk. Bukaan baru 1cm. saya pun ditempatkan ke wad untuk tunggu turn bersalin.


8 June 2011 @ 3am
dalam wad sementara nak tunggu bukaan. ada 4 katil. 2 katil ada orang. saya bagitau nurse, saya pedih ulu hati tak boleh tidur[ada hati nak tidur tau]. kemudian nurse kasi saya minum ubat.


8 June 2011 @ 4am
Contraction dah mula. Saya panggil nurse dengan tekan alat yang ada kat tepi katil. nurse datang. dia tanya saya masa datang bukaan berapa. saya bagitau 1cm. nurse tu cakap tak boleh panggil doctor check sebab bukaan 1 cm saja. then dia pergi macam tu. saya macam nak sepak muka dia. saya begitu harap dia akan offer saya ubat bius, epidural ke untuk mengurangkan sakit. tapi dia pula perli saya. celakak betul.


8 June 2011 @ lebih kurang 5am
dah tak tahan dah. saya dah mula buat bising dah. rasanya katil sebelah mesti mau sepak saya punya dengan kebisingan yang telah saya buat di malam-malam buta. saya dah terasa nak 'berak' sangat-sangat dah. saya mula teran sendiri. saya rasa sendiri kat tempat tu dah kembong-kembong. kebetulan ada nurse kat katil sebelah. saya bagitau mereka saya sangat sakit [sambil teran]. mereka segera panggil doctor[rasanya doctor kot]. doctor seluk, bagitau dah 9cm. mereka barulah kelam kabut tolak saya ke labor room. saya sambil meneran sambil call sawsomi bagitau dah buka 9cm [tapi sawsomi dalam mamai pula tersalah dengar 5cm]. kedengaran nurse suruh saya jangan teran dulu. masalahnya bukan saya yang nak buat-buat teran, tapi memang ia sendiri nak teran, jadi apa boleh saya buat.

hanya satu perkataan - SAKIT. hanya rambut dan kuku saja yang tak sakit. bila semua dah bersedia, mereka suruh saya TERAN. berpuluh-puluh kali saya teran tapi sawsomi masih tak sampai. saya berharap sawsomi dapat menyaksikan kelahiran anak dia, jadi saya sengaja lambat-lambatkan...hebatkan!!!....Mak oiiii, sakitnya beranak ni! Macam nak tarik diri, tapi dah tak ada jalan undur lagi. Inilah 'kesakitan' yang ditanggung selepas 'keseronokan'. Teran punya teran, akhirnya kedengaran mereka cakap, 'kepala dah keluar...teran lagi'...masa ni barulah saya gunakan tenaga susu saya untuk TERAN...Slurrrrpppp...terasa ada benda terkeluar...Ilyas dilahirkan pada pukul 5.54am. diikuti dengan ternampak muka sawsomi disebalik langsir...dia baru sampai...dia tak nampak macam mana saya menjerit, menarik tali 'kuda', menendang tempat letak kaki tu...yang dia nampak, hanyalah muka lesu saya selepas berperang dengan 'kuda' [saya dok bayangkan saya menunggang kuda, mesti putus kepala kuda tu saya tarik tadi, mesti patah kaki kuda tu saya tendang tadi.]...Lepas gunting tali pusat, mereka meletakkan baby kat badan saya. OMG! OMG! saat saat lepas ni terharu sangat-sangat bila dipeluk oleh sawsomi.

kemudian, menjahit pula. doc cakap tadi ada gunting, so kena jahit balik. entah bila masa mereka gunting, tak inform dulu pun. cissss! siapa cakap jahit tak sakit? sakit macam neraka, ok!!!

Photobucket
menyusukan ilyas buat pertama kalinya.baju pun disarung sebelah lengan saja.

Photobucket


8 June 2011 @ 9am
saya dan baby ditolak ke wad biasa dengan menggunakan wheelchair. pengalaman duduk di atas wheelchair adalah rasa sungguh tidak selamat. sangat takut nurse tu tolak saya langgar dinding. tapi jangan risau, mereka adalah sangat expert.

saya ditempatkan di katil sementara di wad kelas 3. sawsomi naik hantu sebab dia dah bayar deposit untuk saya tinggal di wad kelas 2 yang ada air-cond. bayangkan wad berkipas yang 4 katil tiba-tiba jadi 6 katil. orang yang tidur di katil sementara tu umpama penghuni rumah setinggan yang bina rumah setinggan di tanah orang. pukul 2 baru saya dapat katil di wad kelas 2. barulah nyaman udara walaupun masih terdapat 4 katil dalam satu bilik tu.

malam itu, saya telah dibuli oleh baby. saya tak tidur semalaman. baby tak mau diletak. saya bagi tek-kanan, bagi tek-kiri, bagi tek-kanan, bagi tek-kiri...last-last sampai terlupa giliran tek yang sebelah mana.... [rupa-rupanya baby Ilyas ni tak mau air-cond. kami baru dapat mengesan baby Ilyas tidur tak nyenyak bila berair-cond. dia akan keluarkan pelbagai bunyi pelik. tapi keadaan akan jadi tenang bila dalam keadaan berkipas saja. ]

9 june 2011 @ 1pm
saya dan baby dibenarkan pulang ke rumah selepas doctor mengesahkan keadaan kami adalah sihat dan stabil. Cabaran yang sebenar baru nak bermula!!! Bersedialah dari segi mental dan fizikal!!!

Inilah pengalaman bersalin normal. SAKIT macam neraka ok!!! Tapi rasa bertuah juga dapat merasai sakit bersalin. [dah lepas, bolehlah berlagak] ni kali last, no next time lagi...janji saya pada diri sendiri. Apa-apa pun, syukur alhamdulilah segala urusan dipermudahkan dan selamat beranak!

Terima kasih kerana sudi membaca!!! hehehheheheheh

8 comments:

  1. Baca entry olie ni terus teringat saat-saat bersalin dulu.Huhuhu..sakitnya xterkata tapi bila dapat jer tengok n cium baby, terus hilang rasa sakit tuh.Hihihi..

    ReplyDelete
  2. lol lol lawak la oli ni..tp oklah sakit sekejap je walaupun sakit cam neraka.. huhu sy pun ada pengalaman kena jahit yg sakit cam oli ckp tu.. 1 jam nak tggu dr siap jahit tau.... peluk cium utk bb awak tu...

    ReplyDelete
  3. hehe...first taim sakit normal ek..sama la dgn aku aritu..tp ok je..part kena jahit tu je yg tak tahan..and tak suka...sakittttttt

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH :)
    memang beranak normal sangat sakit..
    banding dengan ceaser

    ReplyDelete
  5. tahniah ye oli... seronok nye bila dpt baca pengalaman org nie,..terasa mcm i yg melalui nye..hehehe..

    ***mmg sgt sakit,..rase nak tercabut pinggang..***

    ReplyDelete
  6. :) macam sama je experience cuma u sekejap je sakit. mine semalaman walaupun air ketuban dah bocor...

    sure ker no more lepas ni?

    ReplyDelete
  7. hehehe...i baru terbaca blog u ni. i tak tau either u ni cina muslim or memang melayu.tapi gaya penulisan u ni kelakar.heheheh...macam alih bahasa citer ultraman.hehehe...tapi seronok baca.i memang suka guna bahasa2 macam alih bahasa ni bila berborak2 ngan kawan2 dan husband.hehehe....

    ReplyDelete
  8. @asterisk : saya cina muslim, kerja saya translate komik ke BM, tu yang bahasa kelam kabut sikit...hehehe...terima kasih sudi baca blog ini...hehehe

    ReplyDelete